Ini lah kali pertama dalam hidupnya, dia rasa menyesal sangat hidup!
Serius!
Dia menyesal!
PAK!
PAK!
PAK!
PAK!
Bertalu-talu hentakan pedang buluh tu hentam pedang buluhnya sejak tadi. Macam-macam perasaan dia sedang rasai sekarang ni.
Rasa macam nak tertanggal pun ada bahu ni!
Rasa nak menangis pun ada!
Rasa nak berhenti pun ada.
Siapa sangka, orang berbadan kecil dan kurus depannya ini boleh tahan jugak staminanya!
Dua jam lebih Kaito kena hentam dengan Sera depan para pelajar pada hari itu. Biasanya latihan dijalankan untuk para pelajar. Hari ni mereka semua hanya saksikan perlawanan antara dua orang jurulatih legend mereka.
"Sera!"panggil Kaito dengan muka kemerahan kerana sudah letih.
Sera tidak dengar. Dia hayun kuat pedang buluhnya ke atas kepala Kaito. Namun di hadang oleh Kaito dengan jayanya.
"Saya tahu saya salah..saya tak patut rahsiakan semuanya dari awak...tapi saya hanya di arahkan saja.."jelas Kaito yang buat kali ke berapa pun tidak pasti selama dua jam ni.
Kaito telah tahu mengenai identitinya yang terbongkar setelah melihat cincin yang dipakai Sera pada jaris manis tiga hari lepas Sera masuk ke akademi. Dan sejak itu la Sera kerjakan Kaito bagai nak rak untuk balas dendam pada Kaito.
Bersama muka bengis keberangan, Sera jalan laju maju ke hadapan tanpa henti menghayun pedang buluhnya ke Kaito.
Kaito cuba halang, tapi kali ni dia terpaksa melutut sebelah kaki di lantai dan hadang serangan itu menggunakan kedua-dua tangan kerana sudah tiada tenaga lagi.
PRAK!
Pertahanan Kaito mengakibatkan pedang buluh Sera patah kepada dua.
Clap!
Clap!
Clap!
Bunyi tepukan kedengaran tidak lama selepas itu apabila para pelajar yang menyaksikan perlawanan berdiri memberi tepukan gemuruh kepada Sera.
"Cikgu Cantik memang terbaik!"sorak mereka.
Sementara Sera yabg dalam keadaan mengah hanya berdiri depan Kaito yang masih melutut sebelah kaki di depannya. Matanya jelas beritahu dia masih marah pada Kaito. Dan niatnya adalah untuk buatkan Kaito berhenti kerja. Tapi lelaki depannya ini terlalu degil untuk mengalah!
"Saya mintak maaf Sera..."terduduk kemudiannya Kaito dekat situ.
Berasa berang dengan ucapan maaf yang entah dah berapa kali dia dengar ni! Muak!Loya! Fed up! Semuanya ada!
"Ingat maaf tu boleh selesaikan semuanya ke!"Sera campak sisa pedangnya yang telah patah ke depan Kaito lalu gerak menghadap pelajar-pelajar di situ.
Mereka yang lihat terus mengerumuni Sera macam semut kerumun gula.
"Hebat la cikgu cantik..."
"Ahaha...terbaik!"
Sera angguk kepala untuk setiap kata mereka di situ. Tak bangga pun. Sebab dia tahu, Kaito sebenarnya boleh je kalahkan dia, tapi lelaki tu mengalah dengannya. What a coward! Kalahkan la dia kalau boleh. Dia tak.kisah. kalau dia sakit, kurang sikit stress dia ni! "Okay..kamu semua boleh tukar pakaian dan beransur pulang ke rumah masing-masing." maklumnya.
"BAIK!!"sahut mereka sambil tumbuk udara dengan gembira.
Mereka pun mula beransur kekuar dari ruang latihan untuk ke bilik lokar. Sedang pelajar-pelajar di situ hendak keluar, masa itu muncuknya seseorang dari arah bertentangan hendak masuk.
Kebetulan masa tu Sera sedang perhatikan mereka semua nampak akan kehadiran orang tersebut.
Terpinga sekejap Sera lepas kenal siapakah orang tersebut.
"Aiden?"Sera pandang terkejut ke lelaki segak bersut yang sedang berjalan masuk ke dalam ruangan itu menghampiri dirinya.
"Hai...sini rupanya. Jenuh saya cari awak, Sera.." sapa Aiden dengan senyuman mesra di bibir.
Kening Sera berkerut pelik. "Kenapa ada dekat sini?Bukan ke saya mula kerja minggu depan?" tanya Sera.
Berdiri saja Aiden di depan Sera, lelaki tu tunduk menilik Sera dengan minat. Rambut panjang yang terikat malas itu berada di serata arah. Peluh yang merintik pada dahi buatkan anak rambut melekat di sekitar leher jinjang itu buatkan Aiden sedikit teringin.
"Saja nak tahu apa puncanya awak tak nak masuk awal bekerja dengan saya."seloroh Aiden.
Sera buat muka "Macam mana Tuan boleh tahu saya ada dekat sini?"tanya Sera lagi.
"Resume awak la mana lagi..dah settle ke?Jom keluar minum sama."ajak Aiden.
Sera baru je nak bukak mulut masa lengan dia di tarik dari belakang sebelum mukanya bertentangan dengan belakang badan Kaito. Terus terbutang mata Sera menengoknya!
Dengan postur badan penuh dengan aura dominan, Kaito berdiri berhadapan dengan Aiden lalu bersuara. "Maaf....she unavaible for a while would you leave her alone."arah Kaito sambil sorokkan Sera di belakangnya.
Aiden sikit pun tak terkutik, malah dia berdiri depan Kaito yang sama saiz dan sama tinggi dengannya itu dengan berani. "Keputusan dia untuk tentukan sama ada dia terima pelawaan saya atau tidak. Bukan encik."jawabnya dengan mendatar bersama renungan serius.
Sera jengahkan kepala dari balik bahu Kaito. "Hei..apa ni?"marahnya.
Aiden kerling ke Sera bila nampak kepala Sera terjenguk dari balik bahu tu, tapi Kaito gerak ke tepi sorokkan Sera dari di pandang Aiden.
"Sera?Macam mana?"tanya Aiden.
Kaito pusingkan badan lalu hadapkan depan badan dia ke Sera.
Sera pegang lengan Kaito dan mahu gerak ke tepi tapi lelaki tu boleh pulak main cak-cak dengan dia dekat situ.
"Apa kena dengan awak ni!"marah Sera yang memukul geram belakang badan tu bila Kaito asyik halang dia dari bersemuka dengan Aiden. Bos dia kot depan ni! Cari pasal la!
"Auw!"Kaito pegang belakang badannya sambil berkerut muka kerana kesakitan. Dia palingkan badan dan mengalah dari terus nenghalang Sera berbual dengan Aiden.
Aiden berdengus kecil lalu menarik sengih meleretnya bila perhatikan tingkah Sera yang masih brutal seperti dulu. Sungguh mencuit hatinya betul! "Tak apa la kalau macam tu. Kita jumpa lagi nanti. It okay."
Kaito pandang Aiden dengan muka tak sukanya.
"Maaf tentang Kaito."ucap Sera.
Aiden geleng kepala. "Tak apa. Bye Sera."
Sera angkat tangan nak balas lambaian tu, tapi Kaito turunkan tangan Sera ke bawah serta merta sebelum sempat Sera nak angkat. Dan mulut Sera di tekup dengan Kaito.
Bergelut la Sera dekat situ dengan Kaito sementara Aiden melangkah keluar dari situ.
Sebaik saja Aiden tidak lagi kelihatan, baru la Kaito lepaskan Sera.
"Hoi!Kau dah kenapa!"marah Sera dengan bengang sambil kesat mulutnya dari brkas tekupan Kaito!
"Apa yang berlaku?Macam mana awak boleh kenal Aiden?And what?! Kerja dengan dia?"soal Kaito dengan nada tak percaya.
"Awak tu dah kenapa!"Sera tampar lengan tu dengan bengang. Geram betul la!
"Awak tu yang kenapa!"marah Kaito. "Ini..ingat sikit ni..cincin ni dah umpama awak dengan Dylan dah bertunang tahu tak!"Kaito pegang tangan kanan Sera lalu digoncang tangan tu dengan bengang.
"So?Apa kaitannya?"Sera tampar tangan Kaito dari pegang pergelangan tangannya. Lelaki ni kan! Grr! Kacau daun betul la!
"Awak tahu tak siapa lelaki tu tadi?"Kaito tunding jari ke arah pintu dimana Kaito lalu tadi.
Kening Sera berkerut. "Of course la saya kenal. Dia adalah senior dari satu akademi saya...."lafaznya dengan jengkel.
"He more than that...dia adala pesaing sengit Dylan sendiri. Company dia adalah orang yang dah rampas idea creator dari company Dylan sampaikan Dylan rugi beratus rindu untuk bayar ganti rugi produk yang dia sendiri reka kepada pencurinya sendiri. Dan awak nak bekerja untuk lelaki yang hampir musnahkan hidup Dylan?"
"What?"soal Sera dengan nafas tertahan.
"You heard me."
Macam kena tampar je dia rasa lepas dengar tu. Dadanya tak semena rasa senak dan sebu. "Tak mungkin!?"lafaz Sera dengan nada tak percaya. "Awak tipu kan?"
Kaito berdengus pendek. "Tipu? Kalau tak percaya tanya la Dylan sendiri. Awak rasa kenapa dia tinggalkan awak dua tahun lepas?"
Semakin berkerut kening tak faham Sera lepas dengar. Apa sebenarnya dah berlaku ni? "Sebab dia nak sambung belajar?"jawabnya tak pasti sama ada betul atau tak jawapannya.
Kaito geleng kepala."Dylan...dia korbankan masa dan perasaan dia sendiri demi membantu syarikat ayahnya Sera...Syarikat Aiden itu la punca kenapa Dylan pergi tak berkhabar...dia cuba pertahankan legasi ayahnya dengan alasan untuk sambung belajar. Selama dua tahun, Dylan bangunkan semula syarikat yang hampir nak runtuh gara-gara Si Aiden tu. Dan awak...awak sanggup terima tawaran untuk kerja dengan lelaki tak guna tu?"soal Kaito lagi dengan jengkel.
Sera menahan nafas terkejutnya dengan mata terbutang tak percaya. Hampir nak terduduk dia dekat situ.
"Saya ingat awak lebih bijak dari ni Sera." geleng Kaito dengan kesal sebelum pergi dari situ.
Sera yang dumbfounded hanya berdiri perhatikan langkah Kaito dengan mulut ternganga sedikit kerana tak terkata.
Semua ini terlalu mengejutkan buat dia!
Share this novel