Masa first time mereka sampai sini mereka ingatkan tepat ni teruk dan tak menarik.
Sekali lepas dapat tahu cikgu yang mengajar di sini cantik/ dan handsome kebanyakkannya, tempat ni dah jadi hospot untuk mereka.
Malah mereka lebih sukakan tempat ni dari sekolah sendiri!
Serius beritahu, sekalipun kena marah dan diberi latihan yang kera, mereka tak menyesal. Sebab dapat lihat dan bertemu dengan cikgu cantik dan handsome ni!
"Baik kelas! Pelajar senior 12-18 tahun sila beratur ikut barisan, pelajar junior bawah 12 sila ikut cikgu Sera."laung Cikgu Kaito Yamada, seorang trainer yang baru bekerja di situ hampir setahun yang lepas.
"BAIK!"laung Budak-Budak di situ dengan bersemangat dan tertib semasa berpecah. Paling excited sekali adalah student perempuan yang dapat Cikgu Kaito sebagai trainer mereka, sementara student lelaki yang sama dengan kumpulan Cikgu Sera.
Dalam akademi tu ada 10 orang trainer saja memandangkan tempat tu baru buka dan tak ramai sangat student yang apply di situ, jadi trainer disiti akan panggil secara bergilir setiap lima hari. Dua orang cikgu hadir hari ni, dua orang cikgu hadir hari tu. Dan seterusnya.
Dan hari ini Sera bertugas sama dengan Kaito, abang dari jepun yang berusia 25 tahun itu.
"Dah panaskan badan kamu belum?"tanya Sera pada 15 orang pelajar yang beratur dalam bentuk lima baris bertiga-tiga di depannya.
"SUDAH!"sahut mereka semua di situ dengan bersemangat.
Sera angguk kepala berpuas hati lalu berdiri dengan tangan di belakang badan. "Sekarang buka langkah dan mulakan dengan step basic dulu. CIkgu nak tengok kamu ikut atau tidak apa yang cikgu ajar..."
Dengan senyap mereka semua angkat pedang buluh masing-masing lantas buka langkah. Iaitu kaki kanan di depan, kaki kiri kekal di kedudukan asal. Dengan kedua-dua tangan pegang erat pedang buluh, mata mereka pandang ke depan.
Sera kemudiannya jalan melintasi celah barisan di situ. "1!"hitungnya.
"HAIYAK!"mereka hayun pedang buluh dengan serentak ke depan lalu kembali ke dudukan asal.
"2!"hitung Sera lagi sambil mematai tangan dan kaki pelajar-pelajar di situ dengan renungan helangnya.
Dan begitu la baki dua jam seterusnya.
Mereka semua berlatih dan berlatih hingga la waktu kelas tamat.
Seusai mengemas peralatan dan menukar pakaian, para pelajar di situ pamit meminta diri pada guru-guru mereka seperti kebiasaannya.
Namun seorang dari mereka sepertinya tidak berkelakuan seperti biasa, jalan menuju ke Cikgu Seranya dengan sesuatu tersorok di belakang.
Sera yang waktu itu sedang menyapu lantai itu berhenti dari lakukan kerjanya setelah menyedari akan kehadiran muridnya mendekat ke arahnya. "Kamu belum pulang lagi Isaac?"tegurnys semasa melihat murid berusia 16 tahun itu jalan dekati dia.
Sambil tersipu malu, Isaac berdiri depan Sera sambil tersenyum.
Sera pandang Isaac dengan muka tertanya-tanya. "Ada apa ni?"tanya dia bila pelik melihat Isaac hanya pandang dia tersenyum macam ada something.
"Cikgu...saya suka cikgu."dengan berani kotak berwarna merah jambu itu di sua ke Sera.
WHAT!
Mata Sera terbutang kaku saat pandang kotak tu lantas capai ianya teragak-agak. "Kamu tahu cikgu cukup tua untuk jadi teman wanita kamu?"selorohnya.
"Tak apa...usia bukan segalanya. Nanti bila saya besar dan dewasa, saya akan jadikan cikgu isteri saya."ujar Isaac dengan bersemangat.
Okaaay~
Ketawa Sera lepas tu, dia geleng kepala tak percaya dengan apa yang di dengarnya. Macam-macam betul Budak zaman sekarang. Makin berani. Seberani-berani Sera, tak ada la seberani Isaac untuk lafazkan perasaan suka pada seseorang. Baru dia nak buka mulut, satu tangan tiba-tiba hinggap di atas bahunya dari tepi, lalu suara itu kedengaran.
"No...Cikgu Sera kamu dah berpunya. Jadi batalkan apa saja niat kamu tu..."Kaito berkata.
Sera yang terkejut dengan kehadiran lelaki lampai itu pandang ke sisinya lalu bertentang muka dengan tepi muka tu Bersama mata terbuka luas. Sejak bila pulak Kaito ada dekat sini?Bukan ke lelaki ni ada dekat hujung bilik sana tadi.
"Oh...ya?Siapa?Setahu saya Cikgu Sera single,kan cikgu?"balas Isaac yang tak nak mengalah.
Kaito tarik sengih boyishnya lalu pandang ke tepinya lalu bertentang muka dengan Sera yang waktu itu turut sedang memandang dia. "Sebab orang tu adalah cikgu sendiri, kan sayang?"sengihnya dengan meleret.
Mata Sera tak berkedip taktala bertentang mata dengan Kaito. Dia buat muka 'WTH' masa pandang tu.
Apahal pulak mamat ni?Tiba-tiba je!
Isaac pandang kedua-dua itu dengan mulut ternganga. "Jadi betulla apa yang saya dengar selama ni?"
Dengan laju, Sera pandang ke Isaac semula lepas dengar soalan itu. Keningnya berkerut tak faham. "Apa yang kamu dengar?"
"Yang Cikgu Kaito ni adalah teman lelaki Cikgu Sera..saya ingatkan khabar angin je"
"Yes."
"No!"
Jawab Sera dan Kaito dengan serentak lantas mereka saling memandang antara satu sama lain dengan mata terbutang. Seorang menjegil bulat kerana marah, seorang lagi membutang mata kerana tak sangka jawapan mereka berbeza.
"Alah...melepas la ni"Isaac cebik muncung terkilan dia. "Tak apa la...cikgu ambik la hadiah tu..sebagai hadiah terima kasih...saya mintak diri dulu. Terima kasih cikgu.." tunduknya sejurus itu.
Sera buka mulut nak bersuara, sekali tu Kaito cepat-cepat tutup mulutnya dengan tangan yang ada dibahunya.
"Bye..."lambai Kaito pada Isaac dengan riang yang sudahpun berpaling pergi dari situ meninggalkan mereka.
Masih tak dapat terima apa yang berlaku, Sera tolak badan Kaito jauh dari dia lalu pukul tepi lengan tu sekuat hati kerana geram. "Apa yang awak cuba buat ha!"marahnya serta merta. Suka hati je! geram betul.
"Auw"aduh Kaito sambil pegang tempat pukulan Sera dengan kening berkerut. "Sakit la.."cemberutnya sewaktu pandang muka marah Sera.
Sera kepal penumbuk dia erat-erat sewaktu keningnya mencerlung tak puas hati. "Padan la muka situ, siapa suruh buat cerita bukan-bukan depan anak murid."Nasib baik bukan muka dia tumbuk!
Kaito tersengih. "Hei...awak patutnya ucap terima kasih dekat saya sebab tolong awak lepaskan diri dari peminat awak tu...ini tak malah pukul saya"cebiknya acah-acah bersedih.
Mata Sera naik turun perhatikan Kaito macam nak belasah lelaki lampai berambut hitam depannya cukup-cukup. Dah mulut tu tak reti nak tutupkan, mendapatla!"Terima kasih kepala jadahnya...masalah sekarang habis satu akademi ni fikir saya teman wanita awak!" bebelnya.
Kaito terus mencekak pinggang lantas bongkok sedikit ke depan mendekati muka Sera.
Secara reflex, Sera pun kebelakangkan kepala menjarakkan muka mereka dari berdekatan macam tu. Lelaki ni kan...kena jugak nanti. Dekat-dekat.
"Apa salahnya. Kan lagi bagus macam tu. Tak adalah trainer lain atau student lelaki di sini cuba usha awak. You know I'm doing a big favour for you here."Kaito jungkit kening kiri dengan renungan bangga dia.
Tolong?
Tolong my ass!
Berdengus tak percaya Sera lepas dengar, dia pandang judging ke Kaito lalu tolak dahi tu dengan jari supaya menjauh dari mukanya lantas berkata. "Yeah...big favour untuk saya di pecat dari bekerja di sini sekiranya ayah saya tahu mengenai hal ni."
Kaito buat muka terpempan dia lepas dengar. "Dipecat?Kenapa dengan ayah awak?Apa maksudnya?"bingung-bingung Kaito pandang Sera macam meerkat.
Sera julingkan mata kejengkelannya lalu kembali menyambung kerja menyapunya. Malas dia nak war-warkan dirinya adalah anak kepada empunya akademi ni. Bukannya untung pun kalau dia beritahu tambah lagi masalah ada la.
"Hah?"Kaito ikut Sera ingin tahu apa yang dimaksudkan olehnya tadi. "Apa maksud awak?Staf dekat sini tak boleh bercinta ke?Sampai kena pecat?Ke ayah awak tak bagi awak bercinta?"
Malas nak pedulikan Kaito, Sera hanya sibukkan dirinya dengan kerja membersihnya.
Share this novel