Part 7 : Malang tak berbau

Other Completed 8719

Sebelum matahari terbit lagi, setiap hari biasa selain hujung minggu, ini la rutin pagi dia setiap hari.

Iaitu bangun seawal lima pagi.

Bersarapan.

Kemudian siap-siapkan kenakan pakaian jogging.

Kemudian jogging dari apartment hingga la ke taman tasik buatan beberapa meter dari apartment tu.

Sendirian sambil ditemani lagu melalui ipod yang diikat pada tepi lengan, Sera akan lari sekeliling taman tasik beberapa kali.

Setelah puas sakitkan badan dan keluarkan peluh, Sera akan ambil tempat biasa dia duduk untuk bertapa di tepi tasik itu.

Maka duduk la dia di situ dalam keadaan bersila selama beberapa jam untuk tenangkan fikiran dengan menikmati tiupan angin awal pagi, nyanyian alam semula jadi di sekitar lalu di temani cahaya matahari terbit pada pagi tu.

Ini la caranya dia hilangkan stress dan manage kesihatan emosi dan psikologinya. Keluarkan semuanya melalui larian dan pulihkan semula dengan bertapa di situ tanpa memikirkan apa-apa.

Tapi itu la...

"Woof!Woof!"

Mesti punya...

"Woof!Woof!"

Gerenti.

Mesti ada yang akan merosakkan moment dia ini!

Tak manusia!

Tak haiwan.

Semuanya sama.

Anti dengan dia untuk bersendirian!

Atau mungkin sebab dia langkah kiri hari ni, itu yang nasib tak menyebelahi dia.

Aduhai...apa la nasib dia!

Niat nak berjoging sekali tu di kejar anjing!

Tak tahu nak buat apa, Sera hanya berlari merentasi laluan pejalan kaki tu sekuat hatinya dari di kejar dengan anjing liar yang entah dari mana muncul, tiba-tiba je boleh bertembung dengan dia dekat taman tu.

Dah la dia tak ada apa-apa yang boleh digunakan untuk halau anjing tersebut. Jadi lari je la yang dia dapat lakukan. Nak ke pintu keluar pulak jauh lagi.

Memang habis la dia kalau kena gigit ni!

Warghhhh!!!

Why!

Kenapa dia jugak!

Why!

"Woof!Woof!"

Dalam keadaan termengah-mengah itu, Sera pandang kanan dan kiri dia dengan cemas cuba cari seseorang atau something yang boleh tolong dia!

Akhirnya dia ternampak sebatang pokok yang agak rendang tapi cukup tinggi untuk dia selamatkan diri.

Sera lari ke kanan secepatnya dengan sisa tenaga yang ada. Dan bila dia semakin mendekat ke pokok itu, Sera pecut sehabis boleh lalu melompat tinggi sehingga berjaya memaut batang pokok di situ dan tarik diri dia panjat naik ke atas menggunakannya.

"Woof!Woof!"anjing itu berdiri lalu cuba hendak panjat pokok tersebut dalam sekelip mata.

"Shooo!"halau Sera dalam keadaan terketar-ketar dan menggigil.

Dia sedaya upaya memeluk erat batang pokok di situ untuk sokong dirinya dari terjatuh dan jauhkan kakinya dari anjing yang menyeringai  bengis padanya di bawah pokok itu.

"Grrr...."anjing itu berderam dengan menakutkan sekali sambil tayang gigi bertaring tajam pada Sera sewaktu mencakar batang pokok tersebut hendak dapatkan kaki Sera.

Sera yang lihat sudah berpeluh dingin seluruh wajah dan lehernya itu pandang ke anjing dengan mata terbutang cemas. Sambil tu dia seluk tangan ke dalam poket seluar track yang dipakai untuk keluarkan telefon bimbitnya.

Entah macam mana, tangan dia yang ikut berpeluh tu salah pegang dan telefonnya tergelincir dari tangannya lantas jatuh ke bawah.

Dan masa itu la Sera rasakan hidup dia bakal berakhir dan serta merta air mata dia pun mengalir turun ke pipi berjuraian.

Mati akal ni hah!

Takut punya pasal sebab tak ada sesiapa dekat sekitar tu.

Dia takut nak jerit sebab tak nak buatkan anjing menakutkan ni semakin marah.

Jadi apa yang mampu dilakukan hanya la menangis sambil peluk batang pokok itu seeratnya.

"Tolong la pergi anjing...aku tak kacau kau kan..."rintih Sera sendirian dekat situ sambil tersedu sedan teruk. "Huhu..ibu tolong Sera..." rengeknya. Dia takut sangat sampai hujung kaki dia dah tak dapat dirasai langsung. Kebas semuanya!

"Grrr!Woof!!!Woof!!!"tiba-tiba anjing tu melompat lalu berjaya gigit tepi seluar trek Sera.

"Arghhh!!!"Secara refleks Sera pun menjerit sekuat hatinya sambil tendang anjing tu jauh dengan kaki satu lagi. Sampaikan kerana terlalu kalut, Sera dengan tak sedar terlepas pegang dari batang pokok lalu menggelongsor turun dari pokok dan mendarat di atas tanah dalam sekelip mata.

KEDEBUK!

"Oof!"dalam keadaan separa meniarap Sera jatuh terbaring di atas rumput di situ. Dalam kesakitan itu, Sera pandang ke hujung kakinya dimana anjing liar tadi berada.

Dalam keadaan bersedia hendak menerkam, anjing tu aim Sera dalam-dalam lalu menyeringai menayang gigi ke dia.

"No...please.."rayu Sera dengan perlahan dekat situ tak dapat bergerak sebab terlalu takut.

Seakan dengar apa yang Sera sebutkan, anjing itupun gerak menerkam Sera.

Berserah apa yang bakal menimpa dirinya, Sera terus bawa kedua-dua lengan dia menghadang kepala dan muka sambil memejam rapat matanya.

Seinci sebelum anjing itu tiba ke Sera, masa itu la muncul satu kelibat dari belakang anjing tersebut lantas satu libasan batang kayu hinggap di badan berbulu hitam itu. Libasan itu membuatkan anjing tersebut tercampak ke tepi sambil merintih sakit.

Anjing liar itu cuba melawan, namun bila ia nampak manusia di depannya kelihatan lebih berani dari ia, anjing tersebut terus melarikan diri dari situ sepantasnya dan masuk ke dalam semak sebelum hilang dari pandangan.

Sera yang terbaring itu kemudiannya di dekati oleh si penyelamat. Perlahan-lahan orang itu bercakung di sebelah Sera lantas pegang tangan itu.

"Arghh!!!"ronta Sera apabila dia terasa sentuhan pada tangannya. Dia cuba sepak cubaan untuk halau apa saja yang dekati dia. Sekali tu, kedua-dua tangannya di cengkam kuat.

"Enough Sera!"marah suara tu.

Dalam keadaan cemasnya Sera kembali tenang dan tidak lagi meronta untuk pandang atasnya dengan kening berkerut dan air mata berjuraian di pipi.

"Dylan?"sebut Sera dengan suara kecil. Dia mimpi ke? "Kau ke ni?"

Bersama wajah tegang dan muka berpeluhnya, Dylan lepaskan keluhan lalu tarik Sera bangun dari situ. "Ya...ini aku."

Dalam keadaan menggeletar seluruh badan, Sera hanya mampu bangun lalu bersimpuh di situ. Tak larat nak berdiri sebab kaki dia sedang kebas dan terasa seakan sedang mencair. "Mana anjing tadi?"tanya dia sambil melihat dengan liar sekelilingnya. Takut dia kalau haiwan tu tiba-tiba terkam dia.

Dylan tunduk memeriksa tangan dan kaki Sera lalu cempung badan tu untuk di berdirikan. Tapi Sera mengeraskan badan untuk tetap duduk di situ. "Anjing tu dah pergi...kau boleh berdiri tak ni?"

"Dah pergi?"tanya Sera lagi sambil cengkam kuat kain sweater Dylan.

"Ya..."

Sera pandang ke Dylan dengan nafas naik turun ketakutan setelah itu. Buat beberapa saat dia pandang muka tu untuk proses apa yang berlaku. Lantas setelah menyedari akan jarak mereka yang begitu dekat, Sera terus tolak Dylan hingga membuatkan lelaki itu jatuh terduduk ke belakang.

Terduduk je dekat situ, Dylan buat muka 'what the hell' sambil pandang Sera.

"Kau dah kenapa?"soalnya serta merta. "Boleh tak sekali tu berhenti tunjuk perangai degil kau? Kau nak marah, marah kemudian..sekarang ni kita kena bawak kau pergi dari sini.."marah Dylan tak semena.

Sera apa lagi. Dia pun melawan la. "Well terima kasih sebab tolong! Sekarang aku dah tak apa-apa! Kau boleh pergi dari sini."

Dylan merenggus kasar. dia bangun dari situ. Lantak la situ! Kalau bercakap dengan perempuan degil dan keras kepala macam Sera ni hanya buang masa. Nak berurusan dengan Sera ni more to action, talk less!

Mata Sera menjegil bulat sewaktu perhatikan Dylan berdiri melangit di depannya. Ingatkan nak pergi ke apa, sekali tu, Dylan malah tunduk bongkok ke dia lalu mendukungnya gaya pengantin begitu saja.

"Apa ni! Lepaskan aku la!Lepas!!!"ronta Sera dalam pelukan itu sambil pukul bilah bahu Dylan.

Dylan berdiri dekat situ lepas dukung Sera lalu pandang bengang ke Sera. Dia perhatikan je tantrum Sera."Kau jerit lagi, aku sumpah Sera, dengan kau-kau sekali aku diamkan macam anjing tu tadi."deramnya.

Terkedu terus Sera lepas tu. Dia pandang bungkam ke Dylan dengan mata bulatnya.

Bila keadaan menjadi senyap dan tenang, Dylan kemudiannya berjalan pergi dari situ bersama-sama Sera dalam cempungannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience