Lepas semua orang berkumpul dekat meja makan, sarapan sama-sama, sambil tu berborak sedikit, mereka semua bekerjasama mengemaskan rumah tersebut dari sisa majlis malam tadi.
Nak dikatakan semua, bukan la semua.
Kebanyakkannya buat hal masing-masing sikit pun tak peduli untuk hulurkan tangan mengemas apa yang patut.
Balil-balik orang yang sama.
Sera dan ahli keluarganya terkecuali. Mereka semua anak beranak tolong kemas, cuci, sapu apa yang patut, susun semula apa yang ada.
Dan anak-anak buah yang kecil-kecil tolong kutip dan buang sampah.
Lepas semua selesai, mereka buat makan-makan sikit dekat swimming pool. Meriah la tempat tu dengan abang-abang-kakak-kakak yang tidak berbaju dan berbikini tayang body di sana sini.
Disebabkan semua di sini hanyala family dan sanak saudara, sikit pun mereka tak rasa malu. Especially....
"So awak kerja dekat company ayah la lepas habis belajar?"
"Cool nya..."
"Bertuah siapa jadi teman wanita awak kan, Dylan?"
"Yalah..saya ada buat parti hujung minggu di rumah kotej family saya...nak join sekali?"
Bual para gadis berbikini di bawah gazebo tepi kolam renang tu pada Dylan yang berseluar pendek hitam atas lutut dan tidak berbaju tetapi berkaca mata hitam.
Memang cantik-cantik dan seksi belaka cik adik di depannya itu, tapi fokus Dylan bukan pada mereka. Tapi pada orang yang sedang duduk di kerumuni anak-anak kecil dengan belon dekat tangan masing-masing.
Sejak tadi diperhatikan oleh Dylan tanpa alih.
"Aunty Sera...tiupkan kita punya sekali.."
"Kita pun.."
"Abang dulu.."
"Siapa sampai dulu, dia punya dulu la kena tiup!"
"Ihh..sempit la.."
"Aunty tiup besar-besar lagi!"
Seira yang duduk dekat bangku sebelah hanya ketawa melihat keletah anak-anak buah dan sepupunya di situ. Gemar betul mereka dengan Sera. Ramai je mak saudara dekat situ, tapi Sera si Grumpy ni jugak yang mereka cari.
"Ahh...bising la kau orang ni. Penat dah aku tiup. Pergi!"halau Sera yang tidak mahu lagi meniup belon mereka. Asal dia tiuo mereka letup, ditiup meletup lagi! Pengsan pulak ni nanti kang!
"Alah aunty boleh la..."rengek mereka yang kebanyakannya sekitar 11-4 tahun.
Sera tolak mereka semua jauh dari bangku menjemurnya. "Pergi main jauh-jauh sana la...aunty penat. Kau orang tu kam, aku tiup, kau orang letupkan..aku tiup diletupkan lagi...ingat aku ni tangki helium apa!"bebelnya.
"Alah..last aunt..last. kali ni je..ppelase.."rayu mereka sambil buat muka 10 sen depan Sera.
"Buat je la Sera...nak sangat tu.."aju Seira dekat sebelah.
Bersama muka kesal dan jengkel, Sera pun mengalah. Dia ambik plastik berisi belon di situ lalu tiup beberapa belon untuk mereka.
"Terima kasih aunty...sayang aunty!"ucap seorang dua budak di situ sebaik menerima belon dari Sera.
Ada yang siap cium pipi Sera lagi tu sebagai tanda terima kasih.
Setelah semua di situ pegang dua belon setiap seorang baru la mereka pergi dari situ dan main air menggunakan belon tersebut.
"Ahh!"hela Sera dengan letih sewaktu sandar ke bangku tu cuba cari nafas. Mengah dia tiup belon-belon tu tadi!
"Kau okay tak?"tanya Seira.
Sera angguk kepala. "Ni la sebab kenapa aku suka sembunyikan diri.."sungutnya.
"Ahahaha....sorry la sebab aku, kau terpaksa hadap dia orang, kalau aku boleh tiup, lama dah aku tiupkan."ujar Seira.
Sera palingkan kepala ke Seira dengan kening berkerut kerana silau cahaya matahari. "Kau enjoy tak?"tanya dia sambil selak anak rambut ke belakang telinga dari terus menyentuh mukanya.
Seira angguk kepala. "Of course.."katanya sambil pandang Sera. Sedang dia pandang, Seira ternampak cincin di jari manis Sera masa Sera selak anak rambut. "Wow...cantik cincin siapa bagi?"tegurnya sejurus itu.
Sera tersentak, dia pandnag cincin dijarinya lalu lepaskan keluhan panjang. Haih.. "Entah..aku jumpa dekat tengah jalan..nampak cantik itu yang aku pakai.."loyar dia.
Seira buat muka. "Yalah tu...entah-entah Dylan yang bagi.."
Sera menjegil mata dengan bulat. "Hish kau ni.. Perlu dia jugak ke?Macam tak ada lelaki lain apa?"
Seira ketawa. "What?Memangnya salah ke aku cakap. Nak kata lelaki lain, kau kenal siapa je selain Dylan?Hah?"gelengnya. "It okay la...apapun aku wish terbaik untuk kau tak kira dengan siapa kau bersama. Kalau dengan Dylan. Aku lagi suka. Ramai sepupu kita tergilakan dia...kalau kau dengan dia orang mestinreaction dia orang tak boleh blah...tengok tu."juihnya ke arah gazebo dimana Dylan berada.
Sera ikut palingkan kepala ke arah yang ditunjukkan Seira. Sekali dia pandang, enam orang sepupu perempuan dia yang berbiki macam model majalah, duduk sekeliling Dylan. Hanya dia dan Sera saja tak berbikini.
Seira sebab dia ada parur dekat dada kesan pembedahan hari tu, disebabkan masa rasa insecure, Seira hanya kenakan t-shirt labuh dengan seluar pendek.
Sementara Sera yang tak suka berjemur dan belangkan kulit, kenakan kemeja putih dan short jean sahaja. Rambut oanjang berwarna biru gelapnya di sanggul tinggi ke atas.
"Kau tak rasa jelous apa bila Dylan digilai ramai macam tu?"kata Seira lagi.
Sera berdecit menyampah lalu palingkan kepala ke arah lain. Darinduku lagi Dylan srlalu jadi perhatian perempuan. Macam dia kisah. Buat apa dia nak jelous. Dylan bukan suami atau kepunyaan dia. Kalau dah jadi suami lain la!
"Oh-oh...tengok tu...dia datang sini la. Better aku blah dulu.."Seira siap-siap bangun dari situ nak berikan ruang.
Sera yang nampak terus bangun dari sandarnya lalu cepat-cepat pegang pergelangan tangan Seira."Eh..jangan nak mengada. Duduk sini..patutnya dia yang blah bukan kau.."
Seira turunkan tangan Sera dari pergelangannya. "Haish..kau ni..duduk situ diam-diam. Aku masuk dalam dulu...hihi.." ketawnya sambil kalut melangkah pergi dari situ.
Sera yang ditinggalkan pandang tak percaya ke belakang kepala Seira. Entah apa-apa je la! Itupun nak pergi, duduk sama je pun tak apa.
Flop!
Tak pasal-pasal sesuatu jatuh mengenai dada lalu mendarat dalam silaan Sera. Terkejut Sera dibuatnya.
Dia yang pelik kemudiannya tunduk pandang ke kakinya, dan sewaktu dia berbuat begitu, seseorang pula muncul lalu duduk di tepi kakinya.
"Sapukan untuk aku.."demand Dylan tiba-tiba.
Dengan kening berkerut, Sera pandang belakang badan Dylan yang bidang itu lalu ke tiub losyen sunblock yang berada di celah silaan kakinya.
"Sapu la sendiri...dah tak ada tangan ke?"Sera letakkan sunblock itu ke atas peha Dylan.
Dylan pandang ke balik bahunya lantas menghadapkan muka bercermin mata hitam ke Sera yang sedang berkerut kening.
"Kau nak aku bagi tahu satu family ke yang kau terima lamaran aku, wahai cik fiance'?" ugut Dylan dengan sengih meleretnya.
Sera duduk tegak lalu betulkan silaannya lepas dengar. "Hish...benci betul la aku dengan kau ni!"tiub sunblock tadi di ambil dia dengan kasar lalu di buka penutupnya.
Dylan ketawa. "Benci la sebanyak mana kau nak, sebab mama aku kata, makin benci kita dekat seseorang maka makin sayang la orang tu dekat kita..."
Sera picit tiub tu laku keluarkan sunblock tersebut atas tapak tangannya dengan hari menggerutu. Tanpa belas, terus dia tepek krim tu kuat-kuat dekat belakang tu.
PEKK!
"Arph!"aduh Dylan bila rasa sakit dek tamparan tu. "Hei. Slow la sikit."
"Padan muka. Kau bukak mulut aku tampar kuat-kuat lagi."ugut Sera sambil ratakan krim sunblock warna putih tu di belakang badan tu.
Dylan tersenyum. Dia perhatikan semua di situ. "Aku suka tengok family besar kau ni..meriah sangat."komennya. Dia harap dia pun ada family besar macam ni. Tapi tak. Datuknya anak tunggal. Ayahnya anak tunggal. Jadi dia tak ada ramai saudara macam ni. Yang ada hanya saudar sebelah mamanya saja. Itu pun berapa orang je. Tak ada la ramai macam ni.
Sera hanya diam melakukan tugasnya itu. Ramai-ramai pun kalau tak ada feeling family sama je. Tak ada beza. Tapi tak lama. Sesaat kemudian bersuara pulak. "Asal kau tak mintak tolong sepupu aku yang kerumun kau tadi tu...kan dia orang ada depan mata...aku yang jauh ni jugak yang kau suruh.."
Dylan tersentak dia hadapkan badan yang berketak-ketak dan berotot itu ke Sera. Lalu dia letakkan tangan dekat sisi kanan dan kiri Sera saat menyondong rapat ke depan. "Kenapa?Jelous ke?"
Sera berdecit menyampah. Tak ada jelous mana pun, cuma rasa menyampah tu adala. Mentang-mentang la hot, jadi dia tak boleh nak cakap apa-apa.
"Jangan nak perasan sangat boleh tak.."Sera dekatkan muka dia depan Dylan. Ingat Dylan je boleh buat, dia pun boleh la...cuma itu la..gelabah sikit bila rapat-rapat macam ni.
Dylan tersenyum meleret lalu pegang bawah dagu Sera lantas di dongakkan."Princess...you look pretty when you jelous..."ujarnya depan muka Sera. Salah je gerak ni, terkiss la mereka berdua nanti.
Sera terkesan dengan kata-kata itu. Tiba-tiba je dia rasa semacam lagi-lagi lepa dengar nickname tu. Bila dia terasa bahang mula menjalar dari leher ke muka, Sera tolak dada Dylan tidak berbaju itu supaya menjauh cepat-cepat. "Dah la kau..pergi sana. Menyemak je."
Dylan yang nampak apa yang berlaku angkat kening tinggi. "Oh my god...did you just blushing?"solanya dengan terkejut.
"Mana ada...cuaca panas ni buat muka aku merah la!"dalih Sera.
Dylan ketawa lagi sewaktu mengagah Sera yang sedang blushing itu.
Akibat jarak mereka yang dekat itu, sepupu Sera dan beberapa orang yang ada berdekat dekat situ nampak. Ada yang sedia maklum, ada yang pandang tak puas hati.
Share this novel