Series
3646
Berita mengenai pernikahan Elisya dan Ikmal tersebar dengan cepat. Pagi itu Elisya dan Ikmal keluar untuk bersarapan dan keluar membeli barang keperluan.
Elisya: Abang nak makan apa tengahari ni?
Ikmal: Kalau abang request makanan kampung boleh?
Elisya: Boleh je.
Ikmal dan Elisya bersarapan di cafe milik Elisya.
“Selamat pengantin baru boss.” Ucap Aja sebaik tiba di meja Elisya dan Ikmal.
“Thank you Ja, I macam biasa. You nak makan apa?” Beritahu Elisya kepada Aja dan bertanya kepada Ikmal.
“Sama macam my wife punya, I nak tau apa yang dia suka makan.” Jawab Ikmal bersahaja. Aja menerima arahan tersebut dan berlalu pergi.
“Elisya!” Tiba tiba ada satu suara memanggil Elisya.
“Adrian!” Elisya terkejut dengan kehadiran Adrian.
“Jadi selama ni you tak cintakan I? Baru berapa lama I tinggalkan you, you dah ada pengganti dan you dah kawin?” Bentak Adrian. Ikmal bangkit dari duduknya berdiri dihadapan Elisya melindungi Elisya daripada Adrian. Staf cafe milik Elisya juga turut berdiri membuat bentang di hadapan Elisya.
“Eh! Kau yang tinggalkan dia, kenapa kau yang cari dia sekarang?!” Aja mulai bersuara mempertahankan Elisya.
“We know well how much you hurt her! Kau tipu dia mengenai status kau! Kau dah beristeri!” Kimi yang juga salah satu staf cafe juga turut berbunyi, sifat Elisya yang baik membuat semua stafnya sangat menghormatinya dan menyayanginya, mereka bahkan bagai satu keluarga.
Elisya tidak berganjak dari tempat duduknya, dia menggenggam erat tangan Ikmal. Ikmal juga memegang erat tangan Elisya.
“Eh! Korang tak payah masuk campur urusan aku dengan Elisya! Aku nak kan dia! Aku cintakan dia!” Jerit Adrian membalas.
“I tak cinta kan you Ian, I dah bersuami, I cintakan dia dan I tak nak ada kaitan dengan you.” Tegas jawapan Elisya namun sedikit pun dia tidak ingin memandang Adrian. Baginya apa yang dilakukan Adrian cukup melampau dan apa yang dilakukannya itu sungguh tidak lagi dapat diterima oleh Elisya.
Ikmal maju selangkah ke hadapan selepas menghadiahkan kucupan di belakang tangan Elisya sebelum melepaskan tangan itu.
“You heard her bro, let her go. She is my wife!” Ikmal pula bersuara, suara yang tegas penuh amaran.
“Aku akan pastikan aku dapat dia balik!” Adrian marah dan meninggalkan cafe itu. Melihat kelibat Adrian menghilang, Ikmal kembali kepada Elisya.
“You okay sayang?” Tanya Ikmal memegang lembut wajah isterinya itu.
“Okay, abang okay??” Tanya Elisya kembali. Ikmal mengangguk perlahan.
“Im sorry about that.” Ucap Elisya lemah menundukkan wajahnya.
“Tell me about him, I want to know.”
“I dont really want to talk about him, because he is my pass. I know him a few month back, fall in love with him. One day he said that he is going back to his hometown for two weeks, and he told me it will be hard to get in touch with him if he was home because he wont be on phone around his family, and I said its ok. But day pass, dah sebulan he never contacted me and he didnt come back. I mintak someone untuk siasat pasal dia, end up dia suami orang. I move on and I ikhlaskan.” Elisya menceritakan kisah Adrian dengannya secara ringkas.
“Malam I dinner dengan you, actually dia ada datang. I halau dia balik sebab dia paksa I terima dia balik. Masa tu hati I dah cukup bulat untuk terima you, I lambat angkat call you sebab I really want to let him go.” Sambung Elisya lagi.
“Sayang, lupakan okay? We are good kan?” Pujuk Ikmal melihat wajah Elisya yang redup. Sejujurnya hati Ikmal sakit mendengar yang lelaki itu pernah melukai hati isterinya. Tapi dia tidak ingin kisah itu mengahantui kehidupan mereka berdua jadi sebaik mungkin dia bertekad untuk menjadi penghapus kepada sebarang luka di hati Elisya.
Tidak menghiraukan orang disekeliling, Ikmal menarik tangan Elisya dan mengucup tangan Elisya. Elisya menghadiahkan sebuah senyuman. Elisya kini yakin yang Ikmal ikhlas mencintainya. Dan dalam jangka masa yang pendek itu siapa sangka keikhlasan Ikmal mengikat hatinya pada Ikmal.
Adrian datang kembali untuk meraih cinta Elisya?
Share this novel