Bab 8

Short Story Series 3646

“Bos, errr.. saya dah dapat hasil siasatan mengenai Adrian.” Suara Erina begetar untuk menyampaikan apa yang baru sahaja dia baca.

“Teruskan, tell me.”

“Mengikut rekod, Adrian errr… errr…” Elisya memandang wajah Erina yang seperti takut untuk bersuara. “Kenapa? Cakap je la, susah sangat ke nak baca?” Elisya berseloroh namun dalam nada suaranya ada kekesalan.

“Adrian suami orang, dan dah ada 2 orang anak. Dia bukan balik bercuti, sebaliknya sudah naik pangkat dan di transfer untuk bertugas di tempat kelahirannya sendiri” Erina memberitahu Elisya maklumat yang telah diperolehnya dengan rasa yang sangat cemas.

“Ada bukti dia dah kawin?” Hati Elisya bagaikan disiat-siat namun masih cuba untuk menenangkan diri. Erina mengeluarkan beberapa keping gambar kawin Adrian dan juga gambar Adrian dan isterinya juga anak-anaknya. Sekali lagi bagaikan gelas kaca yang terhempas ke lantai, hatinya hancur sehancurnya, matanya yang sedari tadi sudah bekaca sudah gagal untuk menampung empangan airmatanya. Airmatanya jatuh di depan Erina tanpa dapat ditahannya. Erina bergegas ke sisi Elisya, memeluk erat Elisya. Mengusap belakang Elisya mencuba menenangkan Elisya.

Elisya memandang ke arah Erina. “Kenapa Erina? Kenapa? Apa salah aku?” Elisya merintih, hati Erina turut sakit melihat Elisya. “Tak sya, you tak buat salah pun. Cuma you mencintai orang yang salah, tapi you tak tau semua tu.” Erina cuba menjelaskan agar Elisya tidak menyalahkan dirinya.

“Tolong mintak driver hantar I balik, I nak balik dan I tak nak drive.” Pinta Elisya merayu. Elisya melepaskan pelukan Erina, menandakan dia mahukan untuk Erina segera memaklumkan pemandu untuk mengambil Elisya.

Tidak sampai 10 minit,Erina kembali untuk memaklumkan bahawa kenderaannya sudah tersedia. Elisya menggapai cermin mata hitamnya untuk menutup matanya yang sudah sembab. Kakinya melangkah laju ke dalam kereta.

****

“Papa” panggil anak kecil berumur lima tahun. “Ye sayang” balas Adrian mesra. “Sayang nak apa?” Tanya Adrian kepada anak kecil itu. “Kenapa papa temenung, papa fikir apa?” Anaknya itu sememangnya petah becakap.

“Jauh betul temenung, sampai anak pun boleh perasan ye.” Perlian lagi dari isterinya.

“Tak de apalah sayang, tak fikir apa pun.”

“Go to your room now” arah isterinya kepada anaknya. Anaknya menurut dan meninggalkan Adrian dan isterinya berdua.

“You ada orang lain ke? Tiap kali balik termenung, siapa perempuan tu?” Isteri Adrian bertanya dengan nada marah.

“Can you please stop? I tak de orang lain pun lah. Buktinya I ada dekat sini.”

“Ye, you dekat sini tapi hati you tertinggal kat tempat lain.”

“Okay okay, I mintak maaf. I’m so sorry, mungkin sebab kerja I dekat office tak sama macam dulu, banyak benda nak fikir dan kan I baru nak menyesuaikan diri dengan tugas baru, and its super tiring sayang. Can you please forgive me? I sayang you dan anak-anak kita.” Alasan dan alasan demi menjaga hati isterinya, tapi bagaimana pula dengan hati Elisya.

Sakit hati ke tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience