Bab 7

Short Story Series 3646

‘I miss you so much Elisya, I’m so sorry. I tak sepatutnya hadir dalam hidup you.’ Sebulan telah berlalu setelah dirinya pulang ke tempat kelahirannya. Ya, Adrian kembali bertugas di tempat kelahiranya. Jauh dari Elisya.

“Ehem, temenung apa tu?” Tanya gadis yang duduk di sofa berhadapan dengannya.

“Tak de apa la, fikir kerja saja.” Jawabnya malas.

“Dah sebulan abang balik, asyik termenung je. Ada buah hati ke kat sana?” Soalan itu berbunyi perlian. Namun tidak diendahkannya.

*****

Elisya termenung melihat keluar jendela pejabat. Hatinya pergi jauh melayang bersama pemergian Adrian yang katanya balik kepada keluarganya, dan sudah sebulan juga tiada khabar dari Adrian.

“You dekat mana Adrian, kenapa tiba-tiba hilang dan senyap? You kata 2 minggu sekarang dah sebulan.” Bisik Elisya, getaran suaranya cukup menyatakan yang dia sangat terluka. Elisya menggapai telefon pintarnya, mendail nombor telefon Adrian hanya untuk menerima jawapan yang sema setiap kali, tiada dalam perkhidmatan.

“Erina, come in.” Elisya menyambungkan panggilan ke telefon di meja Erina. “Coming” ucap Erina ringkas.

“Can you help me?” Tanya Elisya sebaik Erina sampai ke ruang pejabatnya. “Ye bos, apa dia?” Tanya Erina.

“Boleh tak you siasat pasal Adrian?” Tanya Elisya sayu sahaja.

“Boleh bos, nanti saya cari penyiasat yang hebat untuk bos.”

“Itu saja, you boleh keluar.”

“Baik bos” Erina mengangguk dan berlalu pergi.

****

“Abang keluar dulu.” Ucap Adrian pantas melangkah kan kakinya keluar. Memandu ke pasar berdekatan, hati dan fikirannya melayang jauh. Terlalu jauh berfikir, pasar pun terlepas dari pandangannya dan pemanduannya diteruskannya ke sebuah pantai.

Sampai saja dia terus merengus dan meraup wajahnya. “Bayangan you buat I separuh gila, I rindukan you Elisya. I rindukan you sangat-sangat. Namun, apa daya I untuk menjelaskan pada you? Macam mana Elisya, mampu ke you terima I?” Adrian berkata-kata sendiri, hatinya dirobek-robek oleh kelakuannya sendiri.

Sakit hati ke tak? Nak marah tapi kena sabar

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience