Bab 19

Short Story Series 3646

Elisya yang berada di dapur mendengar panggilan dari suaminya. “I kat dapur!” Jerit Elisya selamber.

“Sini rupanya dia.” Ikmal memeluk Elisya dari belakang.

“Sayang nak masak apa? Tak penat?” Tanya Ikmal melihat isterinya yang sedang sibuk menyediakan bahan masakan.

“I nak masak spaghetti carbonara. You suka makan tak?”

“I tak kesah, I makan je.” Satu kucupan hinggap di wajah Elisya. Elisya terhenti seketika. Hatinya benar-benar tersentuh dengan cara Ikmal melayaninya.

“I tanya tadi, sayang tak penat ke?” Jawapan yang tak berjawab tadi disoal kembali.

“Penat sikit je, masih boleh masak.” Jawab Elisya.

“Sayang, you jadi isteri I bukan untuk jadi tukang masak I tau. Kalau you penat kita boleh makan dekat luar, I tak nak you penat sangat.” Jelas Ikmal dan lagi satu lagi kucupan hinggap di bahunya yang terdedah itu.

“Sekarang dah boleh tengok sayang I ni puas puas.” Usik Ikmal mengeratkan pelukannya.

Elisya melonggarkan pelukan dan berpusing menghadap Ikmal, tangannya tergantung pada leher Ikmal.

“Tak pe la I nak masak, for the first time untuk abang.” Tiba tiba perkataan abang itu tidak lagi janggal keluar dari mulutnya.

“Abang teman sayang masak okay?”

“Okay.” Balas Elisya menghadiahkan satu kucupan di pipi Ikmal. Ikmal terkedu dengan tindakan isterinya, hatinya sangat gembira. Mengusik Elisya dia menunjukkan bibirnya pada Elisya, tanpa diduga Elisya menghadiahkan sebuah kucupan untuk suaminya itu.

Melepaskan bibirnya dari suaminya, Elisya tersenyum kepada Ikmal. “Tak makan nanti kalau macam ni.” Usik Elisya lagi.

Ikmal duduk di samping isterinya, memerhati isterinya yang tengah sibuk menyiapkan hidangannya. Hatinya benar-benar bahagia dapat memiliki Elisya.

“Abang, dah siap.” Beritahu Elisya menyuakan pinggan berisi spagheti carbonara yang dibuatnya. Ikmal mengangguk dan mengetui bacaan doa makan. Sambil makan Elisya dan Ikmal berborak panjang.

Ikmal: Sayang, lepas resepsi kita pergi bercuti nak?
Elisya: Nak pergi mana?
Ikmal: New Zealand
Elisya: Boleh jugak.
Ikmal: Honeymoon.

Elisya mengangguk laju, bibirnya mekar dengan senyuman. Selesai makan malam Elisya dan Ikmal mengambil masa untuk menonton televisyen.

“Can I post our picture in instagram sayang?” Tanya Ikmal melihat gambar gambar yang di ambil sepanjang pernikahannya tadi.

“Boleh, tag I terus tau.” Balas Elisya bersahaja. ‘You buat I wanita paling bahagia, hati I. Cair!’ Gumam hati Elisya.

Ikmal bukan saja tampan tapi sangat penyayang dan gentleman. Meskipun pernikahan itu terasa sangat cepat, mungkin inilah yang dikatakan bercinta selepas kawin.

Malam itu seperti malam pertama pengantin yang lainnya, Elisya dan Ikmal melayari bahtera malam pertama mereka.

“Jangan kasar tau, I belum pernah lagi bersama mana-mana lelaki.” Bisik Elisya sedikit takut. Kedua mereka kelihatan sedikit kekok kerana kedua-duanya adalah kali pertama. Meskipun begitu malam pengantin itu berjalan dengan baik.

For those yg komen, saya minta maaf dengan semua tanda soal itu. Suka sngt tekan tanda soal

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience