Series
3646
Elisya bangun pagi itu dengan hati yang masih sangat-sangat terluka meskipun sudah seminggu dia mengetahui akan hal itu. Namun dia bertekad untuk melepaskan kisahnya itu
“I love you so bad but you betrayed me” bisik Elisya perlahan.
“Now that you are gone, you are gone forever. Thank you for the love and memories. The memories will stay, but you didn’t exist. You make me feel so special just to hurt me this much.” Elisya memadam setiap perkara yang ada mengenai Adrian dari telefonnya.
Elisya bangkit dari katilnya untuk bersiap ke pejabat, sudah seminggu dia meminta untuk Erina maklum bahawa dia tidak akan masuk ke pejabat.
Hari ini Elisya bangun dengan harapan baru dan diri yang baru. Elisya mengenakan jeans dan tshirt putih dan jaket kulit berwarna hitam.
Elisya turun dari bilik dan terus ke garaj. “Hello baby.” Elisya bercakap sendiri dengan motor kesayanganya jenama Ninja Z1000 SX. Sudah lama dia tidak menunggang motor kegemarannya itu.
Hari itu Elisya ke pejabat menggunakan motornya. Memecut laju motornya, tidak menghiraukan kesibukkan dunia hanya fokus kepada pemanduannya memadam segala perih di hati.
‘Cinta I akan kekal, cuma you yang tak wujud’ gertak hatinya cuba memadamkan luka di hatinya.
****
Adrian melabuhkan punggungnya di kerusi kerja dalam ruang pejabatnya. “Elisya, I rindu. I tau I salah, I tak sepatutnya hadir dalam hidup you. Tapi I ingin memiliki you.” Rintih Adrian, itu saja yang dia mampu kerana dia sudah memadam semua maklumat mengenai Elisya sebelum kembali ke pangkuan isteri dan anak-anaknya.
“Ian” sapa Adriaz abang kepada Adrian, juga merupakan pemilik syarikat dimana Adrian bekerja.
“Sejak naik pangkat ni banyak termenung je, you tak suka ke kerja you sekarang?” Tanya Adriaz dalam perlian.
“Macam mana you boleh kawin dua Iaz?” Soalan berbalas soalan. Adriaz melopong mendengar soalan dari Adrian.
“You serious ke ni? You angau ek? Siapa perempuan tu?” Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Adriaz.
“I serious la, nampak macam I main-main ke?”
“Tak, masalahnya isteri you boleh terima ke?”
“Entah, mungkin terima mungkin tak.”
“Solusinya itulah yang pertama, kebenaran dari si isteri.”
“Hmmmmm”
“Perempuan tu tau you dah beristeri dan ada anak?”
“Tak, dia langsung tak tau. I tinggalkan dia without a break up and I hilang macam tu je.”
“What? You dah gila ke Ian, you mainkan hati perempuan macam tu je? How about her? Is she okay? Did you ever check what happened to her? Hati orang bukan boleh buat main Ian.” Marah Adriaz mendengar yang adiknya ini sewenangnya mempermainkan hati perempuan sedemikian.
Adrian senyap seribu bahasa, rasa bersalahnya semakin membelenggu hatinya.
“I am here to tell you yang I akan travelling for meeting with SNG. So you akan ambik alih tempat I untuk sementara waktu.” Beritahu Adriaz melihat adiknya itu kaku seribu bahasa.
“One more thing, I know yang I ada dua isteri but being honest is the key from the first place. Its just maybe kakak ipar you adalah wanita yang sangat baik.” Tambah Adriaz sebelum berlalu pergi membiarkan Adrian yang masih kaku dan bisu seribu bahasa.
Dendam mungkin
Share this novel