Series
3646
Setelah seminggu cuti bernikah, Elisya dan Ikmal kembali bekerja seperti biasa. Elisya masuk ke pejabat hari itu dengan wajah yang berseri-seri.
Sampai ke pejabat dia meminta Erina untuk masuk keruangnya untuk memaklumkan setiap laporan sepanjang dia tidak berada di pejabat dan juga jadual nya untuk hari itu.
“So bos, the projek on that land Sir Adriaz dah berjalan as plan last week. Semua berjalan lancar, and also we already ada pembeli for the property atas tanah tu. Jangka masa yang ditetapkan untuk pembangunan siap adalah 3 bulan and below. Capaian laporan butik sudah melebihi target, cafe catering fully booked this month untuk weekend. Homestay dan hotel juga fully booked. Semua laporan diterima minggu lepas dan menunjukkan prestasi yang bagus.” Elisya mengangguk mendengar penjelasan Erina.
“Did you miss something Erina?” Tanya Elisya mengingat bahawa ada dua yang tidak disebutkan Erina.
“Errr, ohh ok Im sorry. Rumah anak yatim ada menerima 3 lagi kanak-kanak yang ditinggalkan dihospital, 2 bayi berusia di bawah umur 3 bulan dan seorang kanak kanak lelaki berusia 2 tahun. Rumah orang tua pula ada 2 penghuni telah diambil semula oleh anak mereka dan ada 1 penghuni baru yang ditemui di tempat awam dan ditinggalkan begitu saja oleh anak mereka. Dan untuk kedua dua rumah kita ada penderma baru atas nama sebuah syarikat.” Elisya agak kecewa kerana hampir tiap bulan ada saja kemasukkan baru ke rumah anak yatim miliknya itu.
“Erina, orderkan I kuih sesuai jumlah anak yatim disana untuk this weekend and tolong cari kan baju baby sesuai umur bawah 3 bulan untuk I. You done a good job, thank you for the report and yah project dengan team Adriaz pastikan selesai on time and everything between us done dan pastikan semua sesuai permintaan mereka so no perlanjutan or whatsover, that could cost us more.” Arah Elisya tegas dan bersahaja. Erina yang cukup maklum dan faham dengan sifat Elisya sudah terlalu biasa dengan semua arahan.
“One more thing Erina, did you remember ada one property dekat tapak tu was on hold, which I told you rumah itu sudah berpunya. Berapa lama you dah berkhidmat dekat sini?” Sambung Elisya lagi.
“12 tahun, and ya that one property is on hold and still without a plan. Why was that?” Erina bertanya hairan.
“That house is for you, I tau you nak beli rumah dah lama, walaupun gaji you besar tapi you banyak tanggungjawab and being a single mother tak mudah, also you telah berkhidmat untuk I lebih dari sepatutnya. You handle every company well, and it wasnt easy. And plan rumah tu you yang akan design sendiri, you ada masa two weeks untuk submit design, kalau tak you akan dapat sama macam yang lain. One reminder, jangan sampai staf lain tau. It is a secret.” Jelas Elisya serious.
“Tapi itu terlalu mahal Sya, I tak boleh terima rumah tu.” Erina menolak dan hatinya benar benar terharu dengan keprihatinan Elisya.
“Kalau you menolak itu bermakna you memilih untuk berhenti bekerja dengan I.” Ugut Elisya hanya untuk Erina menerima.
“Tapi…” Erina masih cuba memberi alasan. “Takde tapi, anggap hadiah birthday!” Tegas Elisya tidak menerima sebarang alasan. Semenjak ayah dan ibunya meninggal, Erina banyak menjaga dan mengajarnya. Beza umurnya dengan Erina adalah 14 tahun, sebelumnya dia memanggil Erina dengan panggilan kak, tapi Erina tidak ingin digelar begitu oleh bosnya itu dan meminta Elisya memanggilnya Erina sahaja, kecuali di luar dari urusan kerja barulah Erina membolehkan panggilan itu.
“Dah you can go now, jangan lupa submit plan.” Arahan dan peringatan dari Elisya. Erina tidak tahu bagaimana hendak mengambarkan perasaannya, dia berlalu dengan mata yang berkaca. Erina kembali ke meja kerjanya di depan bilik Elisya.
“Hello, saya mencari orang bernama Elisya.” Tiba tiba suara seorang delivery boy menganggu drama tv3 Erina yang belum lagi selesai. ‘Masa aku tengah terharu ni jugak nak datang!’ Getus hatinya mengesat airmatanya yang sedari tadi cuba ditahannya.
“Ye, ada apa?” Tanya Erina cuba meramahkan diri.
“Saya nak hantar bunga ni, ada orang kirim untuk Cik Elisya.” Jawab delivery boy tersebut menunjukkan sejambak bunga ros bewarna merah. Erina mengangguk dan menerima bunga tersebut dan terus membawa bunga itu kepada Elisya.
Elisya menerima bunga itu dan membuka kad ucapn yang terselit pada bunga itu.
“Buangkan!” Tegas suara Elisya namun sedikit kasar ditelinga Erina. Erina binggung, ‘takkan bergaduh dengan suami?’ Tanyanya dalam hati. Melihat wajah Erina kebingungan, “Adrian bukan Ikmal!” Beritahu Elisya. Laju Erina keluar membawa bunga itu keluar.
Mungkinkah?
Share this novel