Bab 13

Short Story Series 3646

“Semua dokumen dah ready kan?” Tanya Elisya kepada Erina. Hari ini hari yang dia akan bertentang mata dengan Adrian. Elisya sengaja merubah penampilannya sebelum bertemu Adrian. Dia ingin Adrian tahu dia telah pun membunuh Elisya yang pernah dia kenali.

“Sudah bos. Meeting akan bermula sebaik mereka sampai di ruang meeting bos.”

****

“SNG” sebut Adrian sebaik tiba di depan pejabat SNG Sdn. Bhd. Hati Adrian berdegup dengan sangat kencang. Mana mungkin dia lupa pejabat gadis kesayangannya itu.

“Kenapa kita kat sini Iaz?” Tanya Adrian kepada abangnya yang duduk disebelahnya di tempat penumpang kereta.

“Kita meeting dekat sini. Our project is with them.” Jawab Adriaz sinis.

“You never tell me about them.” Adrian mengeluh kepada Adrian.

“I’ve been mentioning them around you when I told you about the meeting.” Sinis ucapan dari Adriaz, menjeling ke arah Adrian.

“Lets go!” Adriaz menyergah Adrian yang masih kaku di dalam kereta.

Adrian merasa betapa beratnya langkahnya dan hatinya. Adakah dia sanggup berdepan dengan Elisya? Tanpa ada sebarang pilihan, kakinya melangkah masuk ke SNG Sdn. Bhd.

Erina yang sudah sedia di mejanya melihat kelibat Adriaz, namun Erina gusar sebentar melihat kehadiran Adrian. Tidak mengendahkan kehadiran Adrian, Erina membawa Adriaz dan Adrian ke bilik meeting yang sudah ditetapkan. Erina keluar semula dari bilik meeting untuk memaklumkan kepada Elisya.

“Bossss… adaaa” belum sempat Erina menghabiskan ayatnya. “I know.” Ucap Elisya sebelum habis ayat Erina. Elisya mengangkat kepalanya menunjuk ke arah pintu. Erina mengangguk dan berlalu pergi menuju ke bilik meeting semula, dan duduk di tempatnya yang sudah tersedia di bilik meeting tersebut.

Tidak menunggu lama Elisya masuk ke bilik meeting. “Good morning semua.” Sapa Elisya ramah. “Hai Tuan Adriaz, and Adrian.” Satu kerlingan tajam hinggap ke wajah Adrian. Adrian hanya mampu menundukkan wajahnya.

‘You nampak lain, tapi you masih nampak cantik tapi I tak mampu menatap mata you.’ Getus hati Adrian sendiri. Hatinya sakit melihat gadis itu, gadis yang ayu itu tidak lagi sama, dia merubah penampilannya. Penampilan yang menampakkan dirinya lebih berani dan garang.

Elisya tidak menghiraukan kehadiran Adrian, sepanjang meeting dirinya hanya fokus pada meeting dengan sifat tegas dan integriti yang penuh,

“So the deal is on Tuan Adriaz?” Soal Elisya setelah kedua-dua belah pihak berpuas hati dengan apa yang dibincangkan.

“Yes, absolute yes. You are so smart and I am impress.” Jawab Adriaz bersama pujian.

“How about you Adrian? Anything to say? Dari tadi you senyap.” Soal Elisya sengaja memancing Adrian menatap wajahnya.

“You kenal Ian?” Tanya Adriaz menyedari tindakan Elisya.

“Tak rasanya cuma he remind me of someone, someone who betrayed me for my love. But he’s dead now.” Ucap Elisya sinis tanpa memikirkan orang yang berada di dalam ruangan itu kerana dia tahu seluruh team tahu siapa Adrian dan ada apa dia dengan Adrian.

“Oh I see, I’m so sorry for what you have go through.” Adriaz cuba menenangkan keadaan yang agak tegang antara Elisya dan Adrian. Kerana apa yang pernah diceritakan Adrian kini menemui tuan yang punya badan. Adrian kaku disisi Adriaz, hatinya disiat-siat dengan kejam sekali. ‘Elisya! You anggap I mati?!’ Jerit hati Adrian.

“It’s okay sir, Allah itu adil bukan.” -Elisya

A bit late update hari ni, maafkan saya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience