Bab 17

Short Story Series 3646

Menutup rapat pintu rumahnya Elisya bersandar pada pintu itu dan perlahan tubuhnya tersungkur lemah, bersama airmata jatuh.

“Just why Adrian? Kenapa? I dah lepaskan you, and I terima Iqmal untuk I belajar mencintai seseorang yang ikhlas dengan I.” Bunyi telefonnya membuatkan Elisya mengesat airmatanya. Melihat panggilan dan whatsapp dari Ikmal. Namun, hatinya tidak ingin membalas. Dibiarkan telefonnya berbunyi.

****
“Mana Elisya ni? Belum sampai rumah ke?” Ikmal masih mencuba menghubungi Elisya namun tidak bebalas. Dia risau kalau ada perkara tidak baik terjadi pada Elisya.

Setelah hampir 3 jam Elisya mengangkat panggilannya. “Hey, are you ok? Where have you been? Ive been calling you for like almost 3 hours.” Laju sahaja Iqmal meluahkan kekhuatirannya.

“Im sorry, I mandi tadi. And I ada a few paper work to do just now.” Elisya beralasan, dia tidak mahu Iqmal mengetahui kisahnya dengan Adrian.

“You know what? Don’t do that again, you boleh buat I heart attack, please let me know if you are home already, so I won’t go crazy panicking about you.” Ikmal meluahkan ketidakpuasan hatinya.

“I’m sorry, miss me already?” Elisya bersahaja dengan tawa halus dihujung talian. Ikmal turut tersenyum mendengar tawa itu.

“What if I say I miss you? Boleh I video call?” Tanya Ikmal.

“Sure, why not.” Laju saja tangan Ikmal mematikan panggilan dan membuat panggilan video. Elisya menerima panggilan tersebut.

“Yes sir, need a help?” Usik Elisya menerima panggilan Iqmal. Elisya selesa dengan Ikmal, dan dengan Ikmal. Adrian tidak lagi dalam fikirannya. Ketika dia memutuskan untuk move on, dia sememangnya sudah memutuskan untuk move on. Hanya kehadiran Adrian pada malam itu cukup menyakitkannya.

“Yes please!” Balas Ikmal bersemangat.

“What?” Tanya Elisya

“Be my wife.” Membuntang mata Elisya mendengar ayat yang keluar dari mulut Ikmal.

“Are you sure about that?”

“You tak ready?” Pertanyaan Ikmal itu membuat Elisya berfikir jauh, adakah dia bersedia untuk menjadi seorang isteri.

“What if I say yes?” Tanya Elisya.

“I will be the happies man alive, and I janji akan jaga you.” Hatinya berdebar apabila Elisya mengangkat panggilan video darinya, dia tahu Elisya orang yang terbuka, pakaiannya pun bukanlah pakaian yang sesuai bagi seorang muslimah. Dia ingin menghalalkan Elisya, melihat Elisya yang hanya memakai gaun pendek bertali halus itu dia ingin segera menikahi gadis itu agar tidak berlarutan dosa diantara mereka.

“You tak rasa ini terlalu cepat? You yakin yang I akan jadi isteri yang baik untuk you? Dan you single kan? Tak de isterikan?” Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Elisya.

“I tak nak kita berterusan macam ni, I minta maaf sebenarnya I rasa berdosa tengok you dalam keadaan sekarang, I nak halalkan you biar I boleh tengok you tanpa dosa, I yakin you orang yang baik, I akan bimbing you selagi I boleh. Niat I ikhlas Elisya, I dah lama suka kan you, dari sekolah lagi.” Elisya sedikit malu mendengar penjelasan Ikmal.

“Betul you tak de isteri?” Tanya Elisya sekali lagi.

“Betul.” Jawab Ikmal laju.

“Ikmal, I terima untuk menjadi isteri you.”

“Kita nikah biasa je ok, then kita buat resepsi kawin hujung bulan untuk jemput kawan-kawan dan orang terdekat. Kita sama-sama anak yatim piatu, cuma I ada 2 orang adik beradik.” Elisya bersetuju, dia percaya yang Ikmal akan membimbingnya.

Im trying my best

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience