Bab 15

Short Story Series 3646

“Sorry I lambat, lama ke you tunggu?” Tanya Iqmal sebaik mendapati Elisya.

“Tak la, I memang biasa dekat sini.” Jawab Elisya mengukir senyum manis. Perbualan Elisa dengan Iqmal berlanjut sambil menikmati hidangan yang sudah pun tersedia. Banyak kisah yang di ungkit termasuklah kenangan di sekolah.

“Can I ask you something El?” Tiba-tiba Iqmal meminta kebenaran untuk bertanya soalan.
“Sure.” Jawab Elisya menganggukkan kepalanya.
“You tak de boyfriend ke? You setuju je I mintak temankan I makan.”

“Takde, I’m single.” Jawab Elisya ringkas. Soalan itu sedikit sebanyak membuat Elisya sedikit janggal.

“You pulak?” Soal Elisya kembali.
“I pun single, tapi hati I dah ada yang bertakhta cuma I tak tau dia akan terima I ke tidak. I tak berani ungkapkan sebab I takut kenyataan itu akan mengubah hubungan baik I dengan dia.” Jelas Iqmal sejujurnya cuba memberi petunjuk kepada Elisya.

“Kenapa tak cuba?”

“Kalau I cakap orang tu you macam mana?” Elisya yang bermain dengan straw nya berhenti seketika, mengangkat wajahnya memandang tepat mata Iqmal. Elisya mencari keikhlasan pada mata itu. ‘Betul ke dia ni?’ Soal hatinya sendiri.

“I? Betul ke I?” Tanya Elisya bagai tidak percaya. Iqmal mengangguk tapi wajahnya kian mempamerkan kekecewaan bila soalan Elisya itu seakan-akan tidak mempercayainya.

“Kalau I terima, you tak boleh tinggalkan I, dan you kena bagi I masa untuk sepenuhnya bagi hati I pada you boleh?” Elisya menyatakan yang sebenarnya. Elisya suka dengan Iqmal tapi bukan cinta, cuma kali ini dia mencuba untuk mencintai Iqmal kerana dia yakin akan keikhlasan Iqmal.

Iqmal tersenyum bahagia, menarik tangan Elisya dan memberikan satu kucupan pada belakang tangan Elisya.

“Terima kasih sayang, you tak tau seberapa lama I tunggu you.” Ucap Iqmal memandang tepat ke dalam mata Elisya.

“Buat I yakin dengan cinta, and please don’t hurt me.” Kehangatan cinta yang Iqmal berikan membuat Elisya merasa sangat takut, takut mencintai dan takut kehilangan. Namun, hatinya tidak dapat menafikan ada satu perasaan yang kian menjalar di hatinya untuk Iqmal.

“I janji” Iqmal mengeratkan genggaman tangannya dengan penuh kasih sayang.

‘Mungkin I perlu belajar mencintai orang yang sepatutnya’ kata hati Elisya berbisik.

Maaf sebab saya lambat new chapter, saya betul betul busy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience