Series
3646
“Is that her Ian?” Soal Adriaz di dalam kereta di dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang.
“Yes, thats her.” Jawab Adrian lemah.
“She is beautiful, how could you hurt her that way?”
“How could I? How about my wife Iaz?”
“Then why you touch her heart?”
“Because I was crazy about her that time, everytime I dekat I hilang separuh kewarasan I and now what?! I hanya ada rasa bersalah, I don’t even dare to look her in her eyes.” Apa pun yang cuba dijelaskannya sememangnya dia tahu dia bersalah.
****
“Its hurt so bad to see you, but all I know is that I love you Adrian. Tak semudah itu memadamkan perasaan I terhadap you. Apa alasan I sebenarnya? Tujuan I menjemput you kesini? Betul ke dendam? Atau sebenarnya I rindu?” Elisya berbica sendiri dengan dirinya mencubai memahami hatinya sendiri.
Deringan telefon mematikan keluh kesah Elisya. Elisya mengerutkan dahinya melihat pemanggil tidak bernama. Tidak menunggu lama Elisya menerima panggilan tersebut.
“Hello Elisya, Ikmal ni.” Satu suara menyapa sebaik saja Elisya menerima panggilan itu.
“Oh Ikmal, ada apa ye?” Balas Elisya ringkas.
“You free tak lunch ni? I kebetulan berada dekat dengan your area, kira nak you temankan I lunch. Boleh tak?” Ikmal sememangnya tau syarikat milik keluarga Elisya hanya Elisya sangat susah untuk ditemui, cuma sekarang dia memiliki nombor telefon gadis ini.
“Lunch dekat mana Ikmal?” Tanya Elisya.
“Up to you, you name it.”
“Cafe I boleh?”
“You have a cafe?”
“Yes I did, bangunan sebelah butik arwah my mom ada one cafe. Thats mine, you tau kan butik arwah my mom?”
“Ye I ingat lagi. So I jumpa you kat sana in one hour. I still ada work to do.”
“Sure, I tunggu you kat cafe. Gonna serve you the best menu.” Elisya tersenyum mengingat bahawa dia ada tukang masak yang sangat berkebolehan sehinggakan cafenya itu tersenarai antara yang terbaik. Dia juga cukup berbangga dengan semua staffnya yang sentiasa mengikut prosedure kerja dan sangat berdisiplin.
Elisya sampai ke cafe lebih awal untuk mempersiapkan apa yang dijanjikannya pada Ikmal.
“Aja!” Panggil Elisya ceria.
“Yup bos”
“Sediakan best menu for two dekat meja biasa I makan.” Arah Elisya.
“For two? Siapa? Adrian dah balik ke?” Soalan Aja bagaikan panahan petir. Mata Elisya membutang melihat Aja.
“Nope, not him. Stop mentioning him around me, he’s dead by now.” Wajah yang tadi ceria bertukar suram. Elisya cuba menarik nafasnya panjang. ‘Dia suami orang Elisya, dia suami orang! Ingat tu!’ Bentak hatinya sendiri.
“Bos, I’m sorry.” Aja memohon maaf seikhlasnya kerana rasa bersalah. Elisya memandang wajah Aja dan turut merasa bersalah. “Its okay, mana tau yang datang nanti pengganti yang lebih baik.” Seloroh Elisya.
“Ehh, lunch date ke ni?” Tanya Aja tekejut.
“Tak lah, kawan sekolah dulu. Dah pergi siap kan. He will be here anytime now.” Arahan diterima oleh Aja dan terus dilaksanakan dengan baik.
Tidak sampai setengah jam, meja sudah pun siap disediakan.
Keep readinggg
Share this novel