Series
3646
Deringan telefon Elisya menghentikannya daripada meneliti setiap dokumen yang ada di atas mejanya. Melihat nama diskrin telefonnya membawa senyuman di wajahnya.
“Hai sayang.” Suara Ikmal ditalian.
“Ye abang.” Elisya membalas manja.
Ikmal: Abang rindu.
Elisya: Sayang pun rindu.
Ikmal: Sayang busy ke?
Elisya: Busy sikit, abang tak busy?
Ikmal: Kejap lagi nak pergi site. Saja call isteri abang ni sementara ada masa.
Elisya: Tadi Elisya ada terima bunga, Elisya ingat dari abang tapi dari Adrian.
Ikmal: Lepas tu sayang terima bunga tu?
Elisya: Tak, dah suruh Erina buang.
Ikmal: Sayangnye, bunga tu tak bersalah.
Elisya mengekeh dihujung talian, boleh pulak suaminya berfikir sedemikian.
Elisya: Weekend ni abang free tak?
Ikmal: Free sayang, kenapa?
Elisya: Kita pergi rumah anak yatim dan rumah orang tua yang ibu dan ayah wasiatkan untuk Elisya bangun dan jaga. Boleh?
Ikmal: Boleh sayang, abang baru tau sayang ada rumah anak yatim dan rumah orang tua.
Elisya: Orang tak tau Elisya pemilik, cuma orang tau rumah rumah tu bergerak sebab banyak penderma yang kebanyakkannya menggunakan nama syarikat termasuk lah syarikat Elisya sendiri.
Ikmal: Bagusnya isteri abang ni.
Elisya: Abang makan dekat mana tengahari ni?
Ikmal: Nanti abang singgah office sayang ye, sayang nak makan apa nanti sayang whatsapp abang. Abang singgah belikan. Abang dah kena gerak ni, team dah tunggu sayang. I love youuu isteriku.
Elisya: Okay abang, I love you too.
Elisya kembali menyambung kerjanya sebaik talian di matikan.
“Sya, I keluar makan ye. Semua staf lain pun dah turun, you tak makan?” Erina meninjau di sebalik pintu.
“Okay, I tunggu Ikmal datang.” Kalau tidak kerana Erina dia tidak menyedari yang jam sudah pun menginjak waktu makan tengahri. Erina mengangguk dan berlalu pergi.
Elisya membuat panggilan kepada suaminya. Menunggu panggilan berjawab Elisya mengemas mejanya, tiba tiba ada satu bayang masuk ke ruangannya. “I baru ke call dah sampai dah?” Tanya Elisya masih sibuk mengemas meja. Telefon yang berdering tadi tiba tiba berjawab. Elisya mengangkat kepalanya.
“Adrian! You buat apa dekat sini?!” Elisya separuh menjerit kerana terkejut dengan kehadiran Adrian.
Ikmal yang berada di sebalik talian turut cemas mendengar suara cemas isterinya itu. Dia cuba memanggil tapi tidak ada balasan mungkin kerana isterinya lupa untuk meletakkan panggilan pada mood speaker.
Ikmal yang sememangnya memandu memecut kereta miliknya menuju ke syarikat isterinya itu.
“You milik I, takkan semudah tu I lepaskan you Elisya! You buat I separuh gila! I tak rela you dengan lelaki lain!” Setiap patah perkataan keluar membawa Adrian mendekati Elisya selangkah demi selangkah. Elisya berundur dan berundur mencuba untuk menjauhkan diri dari Adrian.
Adrian berjaya meraih tubuh Elisya, cuba memeluk Elisya. Elisya bergelut sekuat tenaganya. “Lepaskan I Ian!!!!” Jerit Elisya. Elisya meronta minta dilepaskan, namun tidak dihiraukan Adrian. Elisya sudah mula menangis dan melawan sekuat tenaganya, namun tubuh sasa itu mengunci tubuhnya dengan kuat. Bibir Adrian mula mengucup leher Elisya. Elisya semakin kuat melawan, meronta dan esakannya makin kuat.
“No Ian no, jangan!!!! I isteri orang!” Rayu Elisya menangis. Tubuhnya dibanting ke sofa, bajunya dirobek kasar oleh Adrian. “Please, jangan Ian!” Tangisan Elisya tidak dihiraukannya, Elisya meronta mencuba melawan dan melepaskan dirinya.
“Elisya!!” Satu jeritan keluar dari mulut Ikmal melihat isterinya yang sudah dalam keadaan takut dan mengigil, dia mendengar setiap perkara yang terjadi kerana panggilan tidak diputuskannya sedari tadi.
Mendengar suara Ikmal Elisya merasa sedikit selamat namun dia masih ditindih Adrian. Ikmal meluru masuk menarik Adrian dan bertalu talu tumbukan hinggap ke wajah Adrian dari Ikmal. Penjaga keselamatan yang dibawa Ikmal cuba meleraikan mereka dan menahan Adrian.
“Kurang hajar kau! Dia bini aku! Kau tunggu aku tuntut kau di mahkamah!” Jerit Ikmal keras.
“Aku minta maaf, aku tak sengaja. Aku tak mampu kawal perasaan aku, aku minta maaf, aku tak de niat nak sakitkan kau Elisya.” Giliran Adrian pula yang merayu menangis.
“Please bawak dia keluar, I tak nak tengok muka dia.” Rayu Elisya kepada Ikmal. Melihat keadaan Elisya, laju Ikmal melepaskan tangannya yang di pegang oleh penjaga keselamatan yang meleraikannya dengan Adrian. Ikmal mencapai kardigan milik isterinya yang tersangkut pada kerusi kerjanya dan menutupi tubuh isterinya dengan kardigan tersebut.
Tubuh Elisya masih menggigil dan esakannya masih lagi berlanjutan. Elisya kelihatan benar-benar ketakutan.
“I takut.” Elisya mengadu dalam esakan.
“I’m sorry, I lambat. I’m sorry sayang.” Ikmal memeluk tubuh isterinya itu, namun esakan Elisya semakin kuat. Ikmal memujuk dan memujuk Elisya sehingga akhirnya Elisya tetidur di pangkuan Ikmal.
Ikmal mencapai telefon Elisya dan menelefon Erina kerana Ikmal sedia maklum yang Erina ialah personal assistant Elisya.
“Hello Erina, Ikmal ni.” Ikmal bercakap di talian. “Masuk ke pejabat nanti tolong jangan bagi sesiapa masuk ke bilik Elisya, dan boleh tak you tolong ambikkan baju dekat butik sebelum naik?” Dia meminta bantuan dari Erina kerana dia tahu buat masa ini dia tidak dapat meninggalkan Elisya bersendirian.
Tidak menunggu lama, Erina muncul. “Ada apa ni Ikmal? Apa yang jadi?” Laju soalan itu keluar dari mulut Erina melihat keadaan Elisya. Meskipun sudah terlelap esakan Elisya masih berlarutan.
“Tadi ada Adrian datang dan menyerang Elisya, serangan sexsual.” Jawab Ikmal ringkas sungguh hatinya juga begitu sakit dan tidak ingin mengulang kejadian tersebut meskipun di kepalanya.
“Tapi kenapa?” Soalan Erina tidak berjawab dan dibiar tergantung. Erina merasa faham akan keadaan itu dan melupakan soalannya itu.
“Ni baju yang you pesan suruh ambik dekat butik tadi.” Ucap Erina menghulurkan beg kertas berisi baju.
“Okay, thank you. You boleh keluar, I nak tukarkan pakaian Elisya.” Arah Ikmal ringkas, Erina mengikut arahan Ikmal meskipun hatinya ingin mengetahui tapi dia tahu itu bukan masa yang sesuai.
Tidak ingin orang lain turut tertanya tanya Ikmal menunggu Elisya sehingga bangun dari lelapnya. Ikmal memohon perlepasan untuk tidak turun kerja petang itu. Setia menemani isterinya itu, memandang sayu wajahnya. Satu perasaan bersalah membaluti hatinya “Maafkan I sayang.” Ucap Ikmal mengucup dahi Elisya.
Tindakan itu ternyata mengusik lena isterinya dan tanpa di duga Elisya bagaikan orang histeria meronta ronta minta tolong dan minta di lepaskan, dia masih ketakutan dan tangisnya bersambung lagi.
“Heyy, heyyy, ni abang sayang, ni abangg.” Ikmal cuba memujuk dan memeluk erat tubuh isterinya. Elisya mula reda namun tangisannya belum reda.
“Jangan tinggal Sya, Sya takut.” Rayu Elisya dalam tangisnya.
“Kita balik rumah dulu nak?” Tanya Ikmal lembut. Luluh hatinya mendengar tangisan isterinya itu. Elisya mengangguk laju. Ikmal mengesat airmata isterinya itu “Dah sayang, jangan nangis lagi nanti semua staf you nampak. Hati abang sakit tengok sayang macam ni, abang minta maaf abang datang sedikit terlambat.” Elisya mendengar kata kata suaminya itu, hatinya mula merasa tenang, esakannya mula reda. Elisya cuba menenangkan dirinya.
Setelah Elisya benar benar tenang, mereka pun beredar keluar. Sempat Elisya berpesan kepada Erina yang minggu itu Elisya tidak akan masuk ke pejabat, dan dia meminta untuk Erina mengupah interior design untuk mengubah ruang pejabat. Merubah keseluruh ruang, dan menukar pintu ruang pejabatnya itu kepada pintu yang lebih selamat.
Adrian?!!
Share this novel