Series
3646
Sejak balik dari pasar tadi Elisya banyak mendiamkan diri. Ikmal faham yang isterinya itu masih terkesan dengan kejadian tadi.
“Sayang are you okay??” Tanya Ikmal.
“No Im not.” Dan tanpa diduga Elisya menangis semahunya.
“You masih sayangkan dia?” Ikmal sedikit kecil hati kerana dia tidak mengetahui punca isterinya menangis.
“No, Im sorry, did its hurt you?” Elisya memandang wajah Ikmal dia merasa bersalah dengan apa yang terjadi. Dia juga yakin yang Ikmal terluka dengan apa yang Adrian katakan.
“Its hurt me a little but best man win, I dah jadi suami you sayang. Did you love me? Can I hear it from you?” Jelas Ikmal dan meminta untuk isterinya mengucapkan kalimat indah itu.
Elisya memeluk erat Ikmal. “I love you soo much, sayang cintakan abang seikhlas hati sayang.” Mendengar ayat itu keluar dari mulut Elisya, Ikmal mengeratkan pelukannya.
‘Ya Allah benarlah hati itu milik mu.’ Ucap Ikmal dalam hati.
Elisya melepaskan pelukan dan melihat wajah Ikmal tak puas hati.
“Dah kenapa pulak monyok ni?”
“Tak jawab pun! Huh!” Elisya acah merajuk kerana tidak mendengar suaminya itu membalas kalimat indah itu. Ikmal tersenyum melihat gelagat isterinya itu. Memegang wajah isterinya itu dengan kedua belah tangannya dan mengangkat wajah isterinya itu.
“I love you too sayang, abang pun cintakan sayang. Abang tak nak berjanji tapi abang akan sentiasa mencuba untuk jadi yang terbaik untuk sayang.” Ikmal terus membalas dan satu kucupan hadir pada dahi Elisya.
Pasangan itu bahagia bersama, Ikmal bahagia memiliki Elisya begitu juga dengan Elisya. ‘Untung, dapat husband handsome, sweet and gentlemen.’ Gumam hati Elisya bahagia.
“Fikir apa tu senyum sorang sorang?” Tanya Ikmal melihat Elisya senyum sendiri.
“Ye laa, untung nye jadi I dapat rezeki terpijak tetiba dapat suami segera, handsome, sweet, romantik.” Elisya ketawa halus memuji suaminya itu.
Muka Ikmal merah menerima pujian dari isterinya dan tawa Elisya itu menyedarkan yang dia sedang di kerjakan oleh isterinya.
Ikmal berfikir untuk mengenakan Elisya kembali. Sengaja dia membuka baju nya mendekati isterinya merubah karakternya, menolak Elisya perlahan ke dinding. “Apa sayang? Ulang balik.” Bisik Ikmal, tanpa menunggu lama Ikmal mengucup leher Elisya berkali kali membuat Elisya mula tak keruan.
“I pun beruntung dapat isteri yang seksi macam you.” Tali gaun yang dikenakan Elisya di lucutkannya menampakkan bahagian dada Elisya, kali ini muka Elisya pula yang memerah. Melihat wajah Elisya memerah giliran Ikmal pula tertawa dan meninggalkan Elisya tak keruan.
“Ikmal!!!!” Jeritan Elisya menyedarkan Ikmal yang Elisya ingin mengejarnya. Rumah yang sunyi itu kina bergema dengan suara tawa Elisya dan Ikmal yang main kejar-kejar persis anak kecil.
‘Terima kasih Ya Allah atas kebahagian yang engkau berikan.’ Bisik hati Ikmal itu sama seperti bisik hati Elisya.
Kebahagian yang dibina mungkinkah akan kekal?
Share this novel