Bab 1

Romance Series 17875

Tajuk: Kaulah Cinta Di Hatiku
Penulis: Elmyra Almy

BAB 1

"Kenapa Dian? Dari tadi aku tengok kau macam resah saja. Kenapa ni?" tegur Zahra prihatin. Dian memandang padanya lantas duduk di hujung katil Zahra. Wajah rakannya Zahra ditenung dalam-dalam. Tidak pasti bagaimana dia mahu meluahkan apa yang mengganggu fikirannya. Bolehkah Zahra memahami situasinya itu? Dian serba salah. Wajarkah dia memberitahu segalanya kepada Zahra? Lama Dian berfikir dan akahirnya dia tidak jadi meluahkan lalu bangun.

"Eh, kau nak kemana pula? Tadi kau macam nak beritahu akau sesuatu. Tapi kenapa kau diam saja?" tanya Zahra terkejut dengan tindakannya tadi. Eh, dah kenapa pula Dian ni. Desis hati Zahra. Dian mengeleng-geleng.

"Err... aku tak ada apa-apa. Tak ada apa. Betul," dalih Dian. Zahra memandang Dian kembali. Walaupun Dian selalu menjadi kegilaan pelajar lelaki di kampus tetai Dian tidak pernah mahu melayan seorang pun dari mereka. Berilah apa jua hadiah, bunga, coklat, teddy bear, semuanya dia tolak dengan baik dan semestinya hal remeh sebegitu tidak pernah mengganggu gugat sedikit pun emosi dan fikirannya. Teringat kata-kata Dian ketika mereka pertama kali bertemu selepas ada pelajar lelaki yang cuba mengoratnya.

"Untuk berada di sini, di dalam kampus ini bergelar seorang pelajar bukanlah satu perkara yang mudah. Kau tak tahu apa yang telah aku hadapi selama ini. Jadi aku tak mungkin akan sia-siakan peluang yang dah terbentang depan mata. Tidak sekali-kali. Mereka sepatutnya menghabiskan pelajaran dan membina kehidupan bukannya sibuk mencari pasangan," ujar Dian dengan wajah serius apabila dia mengaku rimas menjadi perhatian dan sering diganggu. Dian tetap dengan pegangannya dan menyebabakan beberapa lelaki memendam rasa.

Tetapi sekali ini lain pula. Dian nampak benar-benar terganggu.

"Kau ni ada masalah apa? beritahulah pada aku, manatahu aku boleh tolong," pinta Zahra. Dian berhenti meneruskan langkahnya dan mengalih pandangan kepada Zahra. Hatinya berbelah bagi untuk meluahkan. Dia tidak mahu menyesal kemudian keranan apa yang baru dia terima melalui pesanan aplikasi telegram sebentar tadi bukan sesuatu yang mudah. Ia akan membawa kesan kepadanya.

Zahra masih menunggu jawapan dari Dian. Baginya, dia bukan kenal sangat dengan keluarga Dian. Dian sendiri tidak pernah berbicara tentang keluarganya dan jika ditanya dia akan mengelak untuk menjawab. Apabila cuti semester pun, Dian akan tinggal di kolej kediaman atau mengikut Zahra pulang ke kampung.

"Tak ada apa... aku okay je," dalih Dian lagi.

"Betul ke tak ada masalah ni? Dah tu muka macam siput dah tu, kenapa?" soal Zahra lagi cuba mengorek apa yang berlaku kepada rakannya itu.

"Aku..." Dian terkulat-kulat mencari dalih.

"Cakap je la. Sejak bila pula kau tergagap-gagap ni?" Zahra sudah mula naik darah kerana pertanyaannya tidak lagi dijawab dari tadi.

"Ish, kau ni. Janganlah paksa-paksa aku. Aku takut nak beritahu. Aku takut nanti masalah ni menyusahkan kau pula. Lagi pun, kau ni boleh percaya ke?

"Dah lebih dua tahun kot kau kenal aku. Hari pertama kau kat koleh ni, siapa yang tolong kau? Aku kan? Ingat lagi ke tak? Jadi apa masalah kau sebenarnya ni? Tak percaya aku konon," ujar Zahra semakin geram bercampur teruja untuk mengetahui.

Boleh ke Zahra menerima cerita yang akan disampaikannya nanti. Apa pandangan Zahra selepas ini terhadap dirinya nanti. Dian gelisah. Dia belum terbuka untuk menceritakan perihal itu. Lidahnya kelu untuk memulakan bicara.

"Dian, kau boleh percayakan aku. Beritahulah apa yang mengganggu kau ni? Aku sedia menjadi pendengar," kata Zahra seolah memujuk seterusnya bangun merapati Dian dan menyentuh bahu rakannya itu.

"Aku yang belum sedia nak cakap Ara. Aku tak sedia. Sorry ya," ujar Dian dengan wajah sugul. Dia mengambil telefon bimbitnya dan mencaai selendang biru yang memang tergantung tidak jauh dari tempatnya berdiri. Dilitnya ringkas dan mengemaskan lilitan.

Zahra dibiarkan berdiri di posisi tadi.

"Nak ke mana pula ni Dian? soal Zahra.

"Aku keluar ambil angin sebentar. Aku perlu masa untuk bersendirian." balas Dian seraya keluar dari bilik mereka. Zahra menggeleng kepala melihat rakannya jadi tidak keruan seperti itu.

Penyudahnya, Zahra masih tidak mengetahui apa yang terjadi kepada Dian. Usahanya untuk mengorek perkara yang amat dirahsiakan oleh gadis itu hanya sia-sia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience