Bab 4

Romance Series 17875

BAB 4

"Dian jom makan sayang," laung Puan Khadijah dari meja makan. Sejak masuk ke bilik tadi, Dian belum keluar. Nasi dan lauk yang dah siap dihidangkan juga belum dijamahnya.

"Baik, mak cik. Dian akan turun sekejap lagi," jawab Dian ringkas.

Kebetulan, Badrul Hisham juga sudah tiba di rumah itu. Cuma Dian saja belum mengetahui. Tuan Amar, Puan Khadijah dan BAdrul sudah menunggu Dian di meja makan. Segalanya sudah siap tersedia. Kelewatan Dian turun dari meja makan menyebabakan Badrul rasa geram.

'Kau ingat kau puteri raja ke semua orang nak tunggu kau baru boleh makan. Makan dah terhidang, kau ada hati nak turun terkedek-kedek pula,' getus Badrul dalam hati.

Terkujat Dian beberapa saat apabila ada wajah Badrul sekali di meja makan. Pandangannya disambut dengan jelingan tajam.

"Mari duduk sini sebelah mak cik, Dian," pelawa Puan Khadijah sambil menepuk kerusi di sebelahnya. Dian serba salah untuk duduk di situ kerana perlu duduk setentang dengan Badrul.

"Sudah, mari kita semua makan. Saya dah lapar ni," kata Tuan Amar mengajak semuanya makan.

"Kalau Tuan Puteri Celup ni tak lambat keluar dari bilik, dah lama kita makan papa," sambung Badrul memerli Dian. Dian hanya tersengih tapi dalam hati dia juga geram dengan perli Badrul.

"Saya minta maaf sebab lambat," pinta Dian dengan wajah kasihan.

"Tak apa Dian. Badrul ni saja nak mengusik, jangan dilayankan sangat. Mak cik dan pak cik tak ada apa-apa pun. Dah jangan malu-malu ambil lauk tu, makan," pujuk Puan Khadijah.

"Bad, macam mana kerja kamu di pejabat tu? Dah selesai semua urusan?" tanya Tuan Amar menukar topik perbualan.

"Dah papa, semuanya mengikut permintaan papa hari tu, saya dah rancang semuanya dan alhamdulillah seua sudah selesai. Cuma ada beberapa perkara tentang pemasaran yang masih tersangkut. Tapi papa jangan risaulah. Saya dah sediakan pelan strategi yang baru untuk selesaikannya. Pembantu saya sendiri yang akan memantau dan melapor terus pada saya. Dalam seminggu lagi, kalau tak ada apa-apa yang menghalang, siaplahlah kerja tu," jelas Badrul panjang lebar. Dia tahu, Tuan Amar amat teliti jika berkaitan perniagaan.

"Baguslah kalau macam tu. Jadi maknanya kamu dah ada masa yang lapang sekarangkan?" tanya Tuan Amar lagi.

"Bolehlah papa. Tapi kenapa papa tanya macam tu? Macm ada sesuatu yang apap terfikir je? Ada tugasan syarikat yang papa nak saya uruskan lagi ke?" tanya Badrul kehairanan.

"Bukan tu. Sebenarnya papa dan mama merancang nak tunangkan kamu dengan Dian secepat mungkin," kata Tuan Amar.

"Apa? Secepat mungkin? Bila?" tanya Badrul.

Dian suah tersedak makanan mendengar kata-kata Tuan Amar tadi. Terkebil-kebil matanya bagaikan tidak percaya isunya belum habis diperkatakan.

"Kan mama dan papa dah beritahu dulu, dan kamu kata kamu ikut je perancangan kami. Jadi sebelum kami nak berangkat hijrah ke Australia ni, eloklah kami selesaikan hal kamu berdua ni dulu," terang Puan Khadijah.

"Apa ni mama? Kenapa tak bincangg dulu dengan BAd?" kata Badrul tidak puas hari.

"Alah, tak payah nak bincang sangatlah. Mama tahu kamu tak akan menolak. Dian pun sama kan? Dian akan setuju betul tak? MAk cik harap sangat Dian jadi menantu makcik. Jadi kami nak kamu berdua bersatu sebelum kami berangkat dalam masa sebulan lagi,"tanya Puan Khadijah memujuk Dian di sebelahnya.

"Ha? Cepatnya mak cik nak tinggalkan Dian?" Dian sudah rasa terperangkap. Dia tidak mampu menolak.

"Sebab tulah, kami merancang nak tunangkan kamu berdua lusa. Kita buat majlis ringkas je," kata Puan Khadiajah tersenyum lebar mengerling ke arah Tuan Amar.

"Apa?? Lusa juga kami akan ditunangkan?" tanya Badrul dan Dian serentak terkejut dengan perancangan sudah disapkan oleh Tuan Amar dan Puan Khadijah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience