Bab 16

Romance Series 17875

BAB 16

“Kita nak pergi mana ni bang? Ni nak pergi Melaka ni kan?” Badrul tersenyum. “Dian nak tahu kita pergi mana bukan nak tengok abang senyum.” Dian memuncungkan bibirnya.

“Nanti sayang akan tahu juga nanti.” Dian memandang suaminya yang sedang memandu itu dan menghela nafasnya tanda menyerah kalah apabila soalan yang ditanya tiada jawapan yahg pasti. Badrul memberhentikan keretanya dihadapan sebuah banglo yang tersergam indah.

“Ni rumah siapa?” Dian masih memandang suaminya yang sedang tersenyum itu. BAdrul menciut pipi isterinya dan keluar dari keretanya. Badrul tidak pernah memberitahu Dian soal rumah ini. Katanya nak bagi kejutan buat isterinya. Rumah yang Badrul beli selepas mereka berkahwin dulu.

“Rumah ni abang hadiahkan untuk sayang.” Dian tersentak dan memandang Badrul yang sedang tersenyum itu. Badrul mengangguk tanda mengiakan. “Iya sayang. Abang hadiahkan rumah ni sempena hadiah perkahwinan kita.” Dian tersenyum dan memeluk suaminya erat. “Terima kasih abang. Dian tak tahu nak kata apa lagi. Terima kasih.” Badrul mengusap kepala isterinya dan mengangguk.

“Sayang, jom tengok bilik kita. Abang dah hias untuk sayang. Harap sayang suka lah.” Badrul memeluk kemas pinggang Dian dan mengajak isterinya naik ke tingkat atas. Tiba di pintu bilik utama, Dian terhidu bau bunga mawar yang sangat mengasyikkan.
“Ya Allah abang! Thank you so much! I appreciate it!” Dian memeluk Aidil dan mencium pipi suaminya.

Badrul dan Dian duduk di sofa yang tersedia di ruang tamu rumah mereka dan menghidupkan televisyen. Imani memandang suaminya.

“Abang nak air? Dian buatkan?”

Aidil yang sedang khusyuk menonton berita itu tidak mengendahkan isterinya. Dian menjegilkan matanya. “Abang dengar tak Dian cakap? Nak air ke tidak?” Dian mencuit pinggang suaminya. Badrul yang terkejut memandang isterinya dan menjongket keningnya tanda kenapa. Dian menggelengkan kepalanya.

“Abang nak air tak? Dian tanya dari tadi. Tak jawab. Geramlah.” Dian mencubit lengan suaminya yang sedang ketawa memandangnya.

“Okay okay sorry. Sayang abang ni. Sejak bila ada sepit ni?” BAdrul menyakat isterinya. Imani memonyokkan wajahnya. Aidil tersenyum memandang wajah isterinya yang sedang masam itu.

“Ala sayang abang ni. Dian nak buat air apa untuk abang ni?” Dian masih memonyokkan wajahnya. “Dian nak naik atas. Nak tidur.” BAdrul ketawa.

“Okay okay. Sayang, tolong buatkan abang air milo.” BAdrul memeluk pinggang isterinya. Dian menggelengkan kepalanya dengan telatah manja suaminya itu.

“Macam mana Dian nak buatkan air untuk abang kalau abang tak nak lepaskan?” BAdrul meleraikan pelukan dan tersengih. Lama mereka berbual-bual di ruang tamu sehingga jam menginjak ke angka 11 barulah Badrul mengajak isterinya naik ke atas.

“Sayang jom naik atas.” Dian yang sedang mamai itu mengangguk. Badrul mencuit pipi isterinya yang comel itu.

“Abang dukung sayang nak?” Dian memandang suaminya dan mengangguk. Badrul mengendong isterinya yang mengantuk itu naik ke bilik mereka. Di dalam pelukan suaminya, Dian terlena sehinggalah malam melabuhkan tirainya..

Sebelum terlena, sempat Dian mengungkapkan rasa cinta dan kebahagiaan yang di arasakan kini.

"Terima kasih abang kerana membuat Dian rasa sangat bahagia begini. Dian cintakan abang dan abanglah cinta di hati Dian selamanya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience