Bab 2

Romance Series 17875

BAB 2

Dian mencari tempat yang sesuai untuk menelefon lelaki yang baru menghantar mesej mengejutkan di Telegram sebentar tadi. Hingga mengubah moodnya sekelip mata.

"Aku tak peduli. Aku nak kau balik juga! kata lelaki di hujung talian dengan kasar.

"Tapi saya banyak kerja. Sedang sibuk dengan tugasan yang berlambak," jawab Dian dengan keras juga. Kalau boleh, dia tidak mahu balik ke rumah lelaki itu dan berjumpa dengannya. Sejak menjejakkan kaki ke kampus, Dian cukup lega tidak perlu menghadap wajahnya lagi.

"Setiap kali suruh balik, ada je alasan yang kau berikan. Kali ini, kau tak boleh lari lagi. Ini arahan mama dan papa. Kalau kau tak balik juga, aku akan beritahu mereka kau tak dah kurang ajar dan dah lupakan semua budi yang mereka taburkan kepada kau," balas lelaki itu dan kemudiannya mendengus.

"Kalau saya cakap saya sibuk nak exam tentu mereka akan faham," ucap Dian enggan mengalah dengan ugutan itu.

"Kau ingat kau siapa? Aku yang keluar duit. Kau tu cuma perlu dengar kata je. Ni tidak, buat tak tahu je. Aku dah banyak bersabar tengok perangai kau yang mengada-ada ini. aku tak kira, kau mesti balik juga," marahnya. Menyirap rasanya Dian setelah mendengar kata-kata itu.

"Saya buat tak tahu? Saya ni mengada-ada? Dari dulu saya cuba menjauhi. Tapi mama dan papa awak yang nak sangat saya terima. Ini bukan hal dua tiga hari lepas, tapi dah lebih setahun mereka cuba memujuk. Apa yang awak buat? tak ada kan," jawab Dian semula menahan marah yang meluap. Lelaki itu suka benar mengugut. Biar pun dialah yang menyelamatkannya dulu tapi itu bukanlah tiket percuma untuk lelaki itu membuli dirinya.

Dian tahu selama hari ini juga mama dan papa lelaki itulah yang telah menolongnya. Atas dasar kasihan, dirinya dijadikan anak angkat. Biar pun begitu, kasih sayang kedua-duanya kepada dirinya tidak ada sempadan. Bahkan dia dilayan bagaikan anak kandung dan mungkin lebih dari itu. Keberadaannya di kampus itu juga hasil pujukan dan sokongan yang diberikan oleh mereka. Disebabkan itulah, dia berjanji pada dirinya sendiri untuk belajar bersungguh-sungguh dan tidak mahu menghampakan harapan yang telah dihamparkan untuknya. Budi dan jasa mereka akan dibalasnya juga satu hari nanti.

Sejak kejadian hitam itu menimpanya, mama dan papa lelaki itu jugalah tempatnya menumpang kasih dan menjadi sumber untuknya meneruskan kehidupan yang suatu dulu pernah terlintas dalam benaknya untuk menghentikan sahaja nafasnya itu.

Namun yang menjadi masalahnya adalah lelaki yang sedang berada di hujung talian dengannya. Sikapnya yang angkuh dan tidak berperikemanusiaan sering menimbulkan masalah. Lama-kelamaan rasa benci itu terbit. Malah masalah semakin sulit apabila dirinya diminta oleh mama dan papa lelaki itu untuk menerima anak lelaki mereka itu. Dia tersepit antara rasa kebencian dan taat kepada dua orang manusia yang sudah menerimanya sebagai anak mereka. Buntu.

"Tak payah nak dolak-dalih lagi la perempuan. Aku tahu muka kau ada kat rumah nanti minggu ni. Kalau tak... tahu la aku nak ajar kau macam mana," ugutnya lagi. Dian makin geram.

"Jangan nak ugut macam tu. Bukan saya tak mahu balik tapi memang tengah sibuk dengan tugasan. Exam pun dah dekat. Saya akan cuba untuk balik lepas tu," balas Dian sedikit berlembut. Dengan harapan, lelaki itu akan termakan pujuk dan menerima alasan yang diberikannya. Kalau dulu, dia terima sahaja kata-kata dan perbuatan yang menyakitkan hati dari lelaki itu tapi tidak sekarang. Rasa benci yang terbit membuatkannya berani untuk melawan dan Dian tidak mahu terus dibuli.

"Hei. Dengar sini perempuan. Tugasan ke exam ke, aku tak mahu tahu. Kau balik juga,"jerkah lelaki itu dengan sara yang kuat. Tersentak Dian dbuatnya apabila telinganya diterpa dengan suara sebegitu.

"Tak perlu jerit lah! Saya ni belum pekak lagi. Ok, saya balik minggu ni." Akhirnya Dian mengalah. Jerkahan kuat tadi mengecutkan keberaniannya yang tinggi sebentar tadi.

"Aku datang jemput kau kat kolej," kata lelaki itu lagi.

"Eh, tak payah nak jemput bagai. Saya balik sendiri. Kalau tak, saya cancel balik minggu ni," ujar Dian. Berani pula nak buat macam tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience