Bab 9

Romance Series 17875

BAB 9

"Tapi apa? Kau ingat aku nak kat kau?" kata Badrul menolak bahu Dian sedikit dan ketawa jahat. Dian mengangkat mukanya melihat Badrul dengan geram. Terus matanya bertakung dengan air. Nafasnya turun naik.

Tidak disangka, Badrul sanggup mempermainkan dirinya sampai begitu sekali. Perbuatan BAdrul tadi mengingatkannya kepada malam dia merontta untuk melepaskan diri dari bapa ayam yang telah membelinya dari bapanya sendiri. Entah lelaki mana telah diletakkan dalam biliknya untuk mempergunakan tubuhnya bagi melampiaskan nafsu.

NAmun air mata itu ditahan. Matanya mulai kemerahan.

"Aku suruh kau masuk bilik ni sebab aku tak mahu mama dan papa tahu yang kita tak akan hidup sebagai suami isteri. Selagi mereka ada dalam rumah ini, kita akan sentias berlakon saling menyayangi antara satu sama lain. Faham?" gertak Badrul.

Dian tidak mahu menjawab walaupun dia mendengarnya dengan jelas. Matanyaditundukkan ke bawah. Dia tidak mahu Badrul mengetahui dia sedang menahan diri dari menangis.

"Jadi aku ada beberapa perkara yang perlu kau patuhi supaya kau tak menyusahkan aku nanti," tegas Badrul dengan nada sedikit tinggi. Dian masih diam tapi mendengus marah.

"Disebabkan hanya aku satu-satunya dalam rumah ini yang tahu sejarah silam kau yang pernah dijual kepada Tauke Wong untuk dijadikan pelacur murahan, maka aku mahu kau rahsiakan pernikahan kita ini. Kalau ada yang tahu, nahas kau aku kerjakan," ugut Badrul.

Dian mengangkat mukanya semula dan merenung BAdrul. Sampai hati lelaki itu membuka kisah silanya semula dan mengguris perasaannya. Dia sedar, pernikahan mereka atas nam asahaja tapi tak perlu sampai begitu. Dian rasa terhina.

"Tak perlu berkasar dan mengugut. Saya masih sedar diri. Itu tak jadi masalah buat saya," balas Dian dengan hati yang remuk.

"Bagus. Aku juga tak izinkankau kelua rumah. Kalau kau nak keluar bila aku izinkan dengan kehadiran aku. Satu lagi, aku dah berhentikan orang gaji kita, Mak Bedah. Sebab mama dan papa pun akan berhiijrah ke Australia dua tiga hari lagi. So, mulai saat ini, kau akan jadi orang gaji yang bukan sahaja kena jaga seluruh rumah ni tetapi juga segala keperluan aku," ujar Badrul dengan senyuman mengejek. Suka hatinya melihat Dian menahan marah. Dia mahu melepaskan rasa sakit hatinya kepada perempuan itu dengan menyiksanya cukup-cukup.

"OK. Kalau itu yang awak nak, saya boleh buat. Tapi saya akan buat semua tu... selepas saya habiskan pengajian saya," kata Dian cuba melepaskan dirinya. Baginya, dia mahu menyelesaikan pengajian nya walau apa pun yang terjadi. Hanya itu sahaja yang boleh menjadi senjatanya kelak untuk meneruskan kehidupan, Sejak kecil lagi, dia sudah cukup terseksa. Dengan pendidikan, fikir Dian dia mampu mengubah kehidupannya dan mencipta bahagiaanya sendiri.

"Tak boleh! Kau dah lupa ke? Kau hanya boleh keluar dengan kehadiran dan izin aku sahaja. Jadi, tangguhkan pengajian kau," balas Badrul.

"Mana boleh macam tu? Saya ada setahun je lagi nak habis. Rugilah... Tolonglah benarkan saya belajar sampai habis dulu," rayu Dian mengharapkan simpati.

"Aku tak peduli pun. Tangguh je belajar. Kalau aku puas hati dengan kerja kau, baru aku akan pertimbangkan. Lagi pun, pengajian kau tu aku yang bayar. Jadi jangan nak mengada-ngada," bentak BAdrul.

Dian menjadi makin benci. Dian marah apabila Badrul tidak membenarkannya belajar. Terus dia berlari keluar dari bilik itu dan kembali ke biliknya. Hanya air mata yang dia ada untuk meluahkan rasa bengang dan kecewa. Air mata yang lama ditahan mengalir deras-sederasnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience