Bab 7

Romance Series 17875

BAB 7

Ayah Dian sudah tidak mahu tahu lagi apa yang terjadi dengan anak gadisnya. Menjadi taik judi benar-benar sudah memporak-perandakan Dian sekeluarga. Perangai buruk ayahnya itu bermula sejak kematian ibunya dahulu. Untuk itu Tuan Amar sudah pun mendapatkan wali hakim untuk menyatukan Badrul dan Dian.

Majlis pernikahan BAdrul dan Dian berlangsung ringkas. Dalam masa kurang enam hari, segala persiapan dilakukan oleh Puan Khadijah dan saudara maranya. Tiada satu pun kawan-kawan BAdrul dan Dian yang mengetahui pernikahan expres ini. Semuanya atas permintaan BAdrul sendiri.

Disaksikan oleh Tuan Amar sendiri dan bapa saudaranya, Badrul menghadap Tok Kadi di hadapannya. Dian sudah bersedia di pelamin yang disediakan untuk mereka bersanding sebentar lagi. Segalanya sudah diatur. tinggal menyempurnakan acara sahaja lagi.

Dengan sekali lafaz, Dian sah menjadi isteri Badrul. Hati Dian hancur kerana dia kini benar-benar milik Badrul yang tidak disukainya itu. Tapi apa kan daya, dia sudah termakan budi. Tiada ciuman di dahi dan bersalaman pun selepas diminta oleh Tok Kadi.

Majlis yang dirancang berjalan dengan lancar. Kini, Dian sah bergelar isteri kepada Badrul dengan sekali lafaz. ‘Dian kini kau bergelar isteri!’ Dian menjerit di dalam hati. Menitis air matanya tika Badrul melafazkan Ijab dan Qabul dengan begitu lancar sekali. “Aku terima nikahnya Dian Fatiha binti Ali dengan mas kahwin sebelas ribu, lapan ratus, lapan puluh ringgit tunai.”

Selesai menunaikan solat sunat syukur. Badrul duduk bersimpuh di hadapan isterinya untuk menyarung cincin di jari manis Dian tanda mereka bersatu. Dian memandang Badrul dan tertunduk malu. Cincin disarungkan ke jari manis Dian dan Dian menyarungkan cincin untuk suaminya. Dian menyambut huluran tangan suaminya dan seperti biasa sang suami akan mencium dahi isteri tapi tidak. Badrul meletakkan tangan kanannya di atas kepala isterinya dan membaca doa.

“Ya Allah, jadikan rumah tangga kami bahagia dan sentiasa di berkati oleh mu. Jadikanlah isteriku, isteri yang solehah dan taat kepada suaminya.” Dian yang mendengar suaminya membaca doa buatnya. Menitiskan air matanya. Sungguh dia terharu. Selesai majlis pembatalan air sembahyang. Mereka bergambar bersama keluarga tercinta.

Sejak dari tadi, Badrul dan Dian tidak berkata apa-apa antara satu sama lain. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Badrul ligat memikirkan dia bakal hidup berdua dengan wanita itu dan apa yang patut dilakukannya kelak sementara Dian memikirkan nasibnya selepas ini. Dia pasti, Badrul tidak mungkin melepaskan dirinya dengan mudah. Dia takut untuk menghadapi Badrul sebagai suami.

"Terima kasih pada semua yang hadir pada majlis pernikahan anak lelaki kami, Badrul dan pasangannya, Dian. Kami sangat gembira kerana akhirnya Dian jadi menantu kami. Untuk membenarkan mereka tenang melayari bahtera perkahwinan mereka sendiri, saya dan isteri akan berangkat ke Australia dalam masa dua hari ini," kata Tuan Amar dalam ucapannya kepada pasangan pengantin.

"Benar. Kami bersyukur kerana segala yang dirancang sudah selamat dilaksanakan dan mama dan papa harap kamu akan melayari perkahwinan ini dengan baik dan bahagia. Itulah yang mama dan apap harapkan. Kepada BAd, jagalah Dian baik-baik sebab mama tahu dialah wanita yang terbaik untuk Bad. Kepada Dian pula, terima kasih sebab sudi jadi menantu kami dan jika Bad apa-apa yang tak baik, beritahu je mama. Nanti mama rotan dia!" kata Puan Khadijah pula. Hadirin yang mendengar berderaian ketawa dengan usikan itu.

Badrul menggeleng-gelengkan kepalaya sambil tersenyum. Kemudian wajah Dian dikerling dari ekor mata. Ternyata Dian tidak selesa dan tersenyum pahit.

Selesai majlis, tinggallah Badrul, Dian dan kedua orang tuanya di rumah itu. Tuan Amar dan Puan Khadijah sudah lama masuk ke bilik untuk berehat selesai makan malam tadi. Letih yang amat kerana asyik melayan tetamu yang hadir.

Badrul berjalan menuju ke tangga. Dian memandang seketika susuk tubuh Badrul yang sedang menaiki tangga itu. Dian teragak-agak untuk turt naik atau biarkan Badrul bersendirian di atas. Hakikatnya dia takut.

"Nak biar dia naik atau aku ikut sekali. Tapi kalau ikut sekali, nanti aku seram pula kalau dia buat apa-apa." kata dia sendirian sambil menggaru-garu kepalanya.

Akhirnya, Dian akur. Dia mengekori lelaki itu ke ruang atas. Bayangkan lelaki dihadapannya itu sudahpun menjadi suaminya. Dulu, lelaki itulah yang membawa dia ke hotel dan kemudian mempertahankan kehormatannya.

Namun entah apa yang berlaku sekarang lelaki itu memusuhinya pula. Semua kata-katanya kasar dan menyakitkan hati. Hatinya sering meraung bagaikan ditikam-tikam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience