Bab 5

Romance Series 17875

BAB 5

Semakin laju jam berdetik. Semakin tidak keruan degupan jantung Dian. Terasa serba salah. Ditelan mati mak, diluah mati bapak. Dirinya terperangkap dalam kitaran membalas budi baik keluarga Tuan Amar. Sebentar lagi Dian akan ditunangkan dengan jejaka yang bukan pilihan hatinya sendiri. Dian kena terima takdir yang dirinya sudah tiada sesiapa lagi. Ayahnya juga sudah menjual dirinya kepada bapak ayam untuk melangsaikan hutang judi yang dah bertimbun. Bagai dikirim oleh Tuhan yang Esa, Badrul ada di tempat kejadian menyelamatkan maruahnya dari dinodai oleh lelaki entah siapa-siapa. Semakin jauh Dian berangan, semakin laju jam berdetik.

“Dian dah siap ke belum? Fikir apa tu sampai jauh termenung.” Suara Puan Khadijah membuatkan dirinya tersedar kembali alam realiti.

“Mak cik!” Dian memandang ke arah Puan Khadijah yang berdiri di hadapan biliknya yang dihiasi dengan bunga mawar. Sungguh Indah kamarnya bila diperhatikan kembali.

“Ya sayang? Saudara mara semua dah ada di bawah tapi, ayah Dian belum sampai. Jom lah turun dulu.” Puan Khadijah memandang Dian dengan perasaan kasih terhadap seorang anak. Hanya Dian satu-satunya anak perempuan yang dia ada. Walau pun bukanlah datang dari rahimnya sendiri tetapi di asudah menganggap gadis itu seperti anaknya sendiri. Sebab itulah dia mahu Dian dan Badrul bersatu sebagai suami isteri secepat mungkin. Dia tidak mahu kehilangan Dian atau kekurangan kasih seorang anak perempuan yang sudah lama diidamkannya dari Dian.

Dian yang serba lengkap dengan pakaian tunang berwarna putih bersih. Rasa cuak kerana sebentar lagi Dian akan menjadi tunangan orang yang bernama Badrul Hisham. Lelaki yang dibencinya dan selalu menyakitkan hati.

“Dian takut mak cik. Dian…” Dian pergi ke arah Puan Khdijah dan memeluknya dengan erat. Zahra teman baiknya di kampus juga tidak sempat diberitahu tentang hal pertunangannya. Pasti wanita itu akan terkejut dan marah kerana dia tidak diundang sekali. Tapi apa kan daya, semuanya terjadi dalam sekelip mata.

“Jangan nangis sayang. Mak cik dan pak cik nak yang terbaik untuk Dian dan Badrul itu je. MAk cik nak Dian jadi seorang isteri yang baik, solehah, taat kepada suami. Kalau ada apa-apa cakap dengan Mak cik. InsyaAllah makcik akan bantu Dian. Mak cik gembira apabila melihat Dian bahagia sayang. Begitu juga dengan ayah Dian. Dah jangan nangis. Tak cantik nanti bakal menantu mak cik ni.” Dian menangis dalam dakapan Pun Khadijah dan Puan Khadijah mengusap lembut belakang bakal menantunya. Puan Khadijah mengesat air mata yang masih tersisa di pipi Dian dan mengajaknya turun ke bawah.

Sampai di tangga terakhir, Dian terpandang seseorang yang sebentar lagi akan menjadi tunang kepada dirinya. Pakaian Dian dengannya juga warna sendodon. Dalam hati Dian terdetik ‘Kacaknya bakal tunang aku.’ Selalu marah-marah dan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati, tapi bila berpakaian baju melayu cekak musang siap dengan sampin hitam, kacak pula Badrul Hisham di matanya petang itu.

Dian senyum antara mahu tidak mahu apabila matanya dan Badrul bertaut. Dian tidak pernah rasa perasaan aneh yang ada pada hatinya sekarang. Adakah Dia jodoh dunia akhirat yang Dian cari selama ini? Dian menarik nafas sedalam yang mungkin dan duduk di peamin kecil yang dibuat ala kadar oleh Puan Khadijah dan saudaranya yang terletak di belakang Aidil. Hiasan rumah yang sederhana, riuh rendah dengan bualan dan hilai tawa tetamu yang datang yang turut memeriahkan majlis walaupun segalanya hanya besederhana.

Ayah Dian tetap juga tidak muncul di majlis pertunangannya. Dian sudah tahu bahawa ayahnya memang sudah tidak menghiraukan dirinya lagi. Walau pun sedih, Dian cuba tabahkan dirinya.

"Dian, termenung lagi? Mak cik dan pakcik dah pun berbincang dengan semua saudara mara yang hadir. Tarikh penghijrahan makcik dan pakcik terpaksa diwalkan atas beberapa sebab tertentu. Maka, kamu dan Badrull perlu kami nikahkan segera. Selagi kamu tak bernikah, kamu tak boleh duduk serumah dan mak cik dan pak cik tak mungkin akan tinggalkan kamu berdua tanpa ikatan yang sah," kata Tuan Amar menyentak lamunan sedihnya sebentar tadi.

"Betul tu sayang, mak cik dan saudara yang lain akan mempersiapkan majlis pernikahan kamu nanti. Jangan risau ya. Badrul kenalah bersiap sedia juga ya nak. sebab pernikahan kamu akan diadakan minggu depan. Sebaik habis kamu bernikah, kami akan terbang terus ke Australia," kata Puan Khadijah dengan gembira.

BAdrul sempat menjeling kepada Dian. Mereka berdua tidak mampu membantah lagi. Perancangan Tuan Amar dan uan Khadijah sungguh licik untuk mempercepatkan pernikahan mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience