Bab 12

Romance Series 17875

BAB 12

Sudah lebih enam bulan, Badrul mendera dan membuli Dian. Selama itu jugalah Dian membuat segala arahan yang diberikan walaupun kebanyakkan masanya dia akan bertengkar dengan Badrul. Dan setiap kali itu jugalah Badrul seperti mengambil kesempatan memeluk dan merangkulnya selain mengugut mahu menciumnya. Hinggalah ada satu kejadian kemalangan yang menimpa bapa Dian.

Bapa Dian telah dibelasah oleh sekumpulan lelaki kerana gagal melangsaikan hutang. Oleh itu, dia dimasukkan ke dalam hospital dan hasil pemeriksaan bapanya terlalu kritikal dan meminta Dian untuk emnghabiskan masa-mas terakhir sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir.

"Maafkan ayah, Dian. Ayah bukan bapa yang terbaik. Ayah tak guna!" kata bapa Dian sambil memukul dirinya sendiri.

"ayah... jangan buat begitu. Dian dah maafkan ayah," kata Dian yang dibanjiri air mata.

"Kau bahagiakah anak? Ayah lihat badrul selalu di sisi kau selama kau menjaga ayah di sini," soalnya.

" Ayah tak perlu risaukan Dian. Dian bahagia ayah. Badrul suami yang baik. Yang penting sekarang adalah kesihatan ayah. Ayah dah siha nanti, ayah duduk dengan Dian ye? Dian akan jaga ayah," jawab Dian. Dari renungan mata anaknya, dia tahu ada beban yang Dian sedang tanggung. Dia terasa bersalah. Semua penderitaan yang Dian alami adalah berpunca darinya.

Badrul terharu dengan layanan baik yang masih diberikan oleh Dian terhadp bapanya walaupun sudah banyak kali, lelaki itu enyusahkan hisup Dian. entah mengapa dirinya begitu senang melihat Dian bersatu semul adengan bapanya. hati lelakinya bagaikan tersentuh. Dian memang seorang wanita yang baik.

********************

"Ayah tahu masa ayah sudah tak banyak di dunia ini Badrul. Jadi ayah nak minta maaf pada kau," kata Bapa Dian perlahan.

"Tak payah cakap macam tu ayah. Saya dah tanya doktor, ayah masih ada harapan untuk sembuh," kata Badrul. Bapa Dian hanya tersenyum pahit. Dia tahu menantunya itu cuma mahu menennagkan peraasaannya sahaja.

"Tak perlu kamu cuba menyenangkan hati ayah BAdrul. Ayah dah tahu segala-galanya. Terima kasih kerana menerima Dian sebagai isteri kamu. Kalau kamu tak ada dalam hidup dia, ayah tak tahu apa yang terjadi," kata bapa Dian lagi.

"Semuanya sudah ditentukan Tuhan ayah. Tak payah lah bercakap lagi. Ayah berehatlah ye," balas Badrul tidak mahu bapa mentuanya bercakap lagi keran anampak benar orang tua itu sukar untuk bercakap.

"Tak boleh, ayah mesti cakap dengan kau Badrul. Ayah mohon kau jaga Dian baik-baik. Dia anak yang taat. Biar ayah dah banyak menyusahkan dia, tiada dendam dalam hatinya untuk ayah. Apabila ayah tanya jika hidupnya baik-baik saja, ayah boleh lihat ada satu beban yang ditanggungnya," kata bapa Dian mencungap-cungap.

" Saya tahu saya bersalah padanya Ayah. Tapi ayah jangan risau, saya berjanji akan menjagany dengan baik selepas ini," janji BAdrul terkenangkan kesialapn yang elah dilakukannya. Dia sedar, Dian adalah wanita yang terbaik untuk dirinya. Da sahaja yang ego selama ini kerana mengutipnya dari kancah pelacuran. Tapi itu pun bukan atas permintaan Dian sendiri. Dia didagang oleh ayahnya sendiri.

"Ayah dah tak lama lagi Badrul. Itulah harapan ayah yang terakhir. Supaya Dian boleh hidup bahagia dalam sisa hidupnya. Cukuplah dia menderita dari kecil. Ayah mohon dengan kau Badrul," pinta bapa Dian lagi. Sebaik dia menghabiskan kata-katanya, bapap Dian meninggal dunia. Dian yang baru kembali dari kafe berlari mendapatkan jasad ayahnya yang sudah kaku apabila diberitahu oleh Badrul.

"Jangan bimbang ayah. Saya dah pun janji akan menjaga Dian dengan baik. Saya akn ubah sikap saya terhadapnya mulai hari ini," Kata Badrul sambil menutup wajah ayahnya dengan selimut hospital. Dian banjir dengan ir mata turut mendengar janji Badrul sebentar tadi. Apakah dia slah dengar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience