Bab 14

Romance Series 17875

BAB 14

Dian berlalu untuk masuk ke dalam biliknya untuk membersihkan diri. Badrul memandang isterinya yang baru masuk ke dalam bilik mereka. “Dian...” Aidil memanggil nama isterinya untuk duduk sebelahnya yang sedang berdiri di pintu utama dan Dian menggeleng sambil tersenyum.

“Dian nak mandi. Badan melekit sangat. Tak selesa.” Dian tersenyum memandang suaminya dan mengambil tuala dan juga bajunya. Perasaan malu di dalam hati Dian masih menebal. Tak tahu kenapa rasa malu kena ada waktu mereka bersama. Badrul datang ke arah isterinya yang sedang berdiri di hadapan almari pakaian. Badrul menggenggam erat tangan isterinya yang sedang memegang tuala mandi itu.

“Abang sayangkan Dian.” Badrul berbisik di telinga isterinya dan mencium dahi isterinya lama.

Dian memandang mata suaminya. Di mata redup itu Dian nampak rasa kasih suaminya kepadanya membuak-buak. Mungkin Dian perlu belajar menyayangi suaminya mulai saat ini. Tebak hatinya.

Selesai membersihkan diri Imani merebahkan dirinya ke atas katil yang dipenuhi dengan kelopak bunga mawar dan akhirnya Dian terlena sehingga Badrul mengejutkannya. k.

Imani menenyeh matanya dan memandang ke arah Aidil yang sedang tersenyum itu. “Abang dah solat? Dian cuti hari ni.” Badrul menggelengkan kepalanya.

“Kalau macam tu abang solat dulu okay? Dian nak tukar baju sekejap.” Badrul mengangguk sambil mencium dahi isterinya dan berlalu ke bilik air untuk mengambil wudhu dan solat. Dian yang sudah menukar pakaiannya memandang suaminya yang sedang tersenyum kepadanya. Dian membalas senyuman suaminya dan berlalu ke pintu untuk turun ke bawah.

Tidak sempat Dian memulas tombol pintu Aidil menarik tangannya untuk berhadapan dengannya. Dian turutkan sahaja kehendak suaminya. Dian dan Badrul duduk di birai katil mereka. Badrul memandang isterinya yang masih mendiamkan diri itu.

“Kita duduk sekejap boleh? Borak-borak dulu?” Dian ketawa kecil dan memandang wajah suaminya.
Terasa lucu pulak suaminya cakap macam tu. Omel Dian di dalam hati.

“Abang, nanti lepas makan kita borak-borak okay?” Badrul baring dan tidak menghiraukan isterinya. Dian menarik tangan Badrul yang masih baring itu.

“Abang cepatlah. Kalau tak jangan tidur dengan Dian malam ni.” Lekas-lekas Badrul bangun dan tersengih. Dian mencubit lengan suaminya. Badrul merangkul kemas pinggang Dian.

“Yela, bila tuan puteri dah bercakap. Sampai abang nak merajuk sekejap pun tak boleh.”
Dian ketawa dan mencuit hidung suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience