Bab 6

Romance Series 17875

BAB 6

Badrul dan Dian terpaksa berlakon di hadapan Tuan AMar dan Puan khadijah seperti mereka reda dan menyintai antara satu sama lain. Hakikatnya, Badrul sentiasa menyakitkan hati dan melepaskan kata-kata yang kasar terhadap Dian. Disebabakan itu juga Dian naik geram dengan lelaki itu.

"Cepatlah pilih mana satu baju yang kau nak. Kalau bukan atas arahan mama dan papa untuk bawa kau pilih baju nikah ni, aku pun tak kuasa nak angkut kau ke butik ni!" kata Badrul kasar dan menyakitkan hati.

"Kalau tak suka, kenapa tak mengaku je depan mama dan papa awak? kenapa nak terus berlakon dan menyakitkan hati saya?" tanya Dian kembali menahan geram yang berbuku di dalam hati.

"Kalau aku tolak, nanti mereka tak jadi ke Australia. Kau nak ke mama dan apap aku bersedih?" tanya Badrul.

Dian hanya mencebikkan bibir. Dalam jahat-jahat dan buruk perangai, lelaki ini amat mementingkan kedua orang tuanya.

"Lama-lama pilih, belek ni, kau ingat kau cantik sangat ke? Tak payah nak berhias benar. Asalkan nikah dah cukup," marah Badrul.

"Untuk awak memang lah macam tu. Tapi bagi seorang perempuan, pernikahan itu sesuatu yang istimewa dalam hidup. Mungkin hanya sekali saja. Tak boleh ke awak tunggu sekejap saya pilih baju yang lebih elok? soal Dian. Badrul menggeleng-gelengkan kepala.

"Kau ni berangan ke? demam? Istimewa apa pernikahan ini? Kita kahwin atas nama je," kata Badrul.

"Biar pun atas nama saja, tapi tak boleh ke kalau kita laksanakan majlisini dengan sempurna. Saya pun terpaksa kahwin dengan awak. Kalaubukan mak cik dan pakcik yang pujuk, saya pun dah lama tinggalkan awak," balas Dian geram.

"Kalau macam tu, kau cakaplah macam tu pada mama dan apap aku. Kau pun tak berani kan? Dah! Tak kuasa aku nak kena tunggu lama-lama semata-mata nak beli baju baru untuk kau. Ambil je yang satu set kuning air ni. Berangan!," omel Badrul sambil ketawa sinis. Sepasang baju pengantin yang sudah siap tergantung dihadapan mereka diangkt oleh badrul lalu di hempas ke kepala Dian.

"Awak ni tak berhati perut! Saya tak mahu kahwin macam ni. Tak bolehke pilih elok sikit?" rungut Dian lagi. Serta merta Badrul merenung marah ke wajah Dian.

"Dengar sini... dah cukup baik aku nak kahwin dengan kau. Jangan nak komplen lebih. Pakai je apa yang dah aku pilih kat sini. Tak ada masa aku nak layan karenah kau," cebik Badrul. Tak sedar diri! Dian mendengus geram.

Bagi Badrul, janji cukup syarat untuk bernikah saja. Yang lain tolak tepi. Cincin pun sekadar cincin belah rotan tanpa ada sebarang ukiran. Bermacam alasan diberikan kepada Tuan Amar dan Puan Khadijah sebab dia emmilih cicncin sebegitu rupa. Tidak mah umemanjangkan hal, mereka terpaksa menerima sahaja alasan Badrul itu. Yang paling penting, Badrul dan Dian selamat dinikahkan dan menjadi suami isteri yang halal untuk mereka berdua tinggal bersama di bawah satu bumbung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience