Bab 10

Romance Series 17875

BAB 10

"Saya dah siapkan sarapan awak ni. Makan je lah!" kata Dian geram.

"Aku dah kata aku tak ada selera, kau masaklah yang lain. Itu kan ememang tugasan kau" balas Badrul pula.

"Leceh la macam ni. KAlau makan je apa yang saya dah sediakan, tak boleh ke? Mati ke kalau makan sandwich je sebelum pergi pejabat?" bentak Dian. Dia geram kerana Badrul sengaja ngin menyusahkannya supaya menyediakan sarapan yang lain. Badrul tidak mahu menjamah nasi goreng dan roti bakatr yang sudah disapkannya lebih awal.

Badrul yang tiba-tiba geram dengan Dian yang asyik menjawab semua arahannya bangun dari kerusi dan memegang kedua-dua lengan Dian dan merapatkan bibirnya dengan gadis itu.

"Hah, sekarang kau nak buat apa? Kalau aku cium kau nanti, kau tak boleh lari tahu?" kata Badrul.

Dian tersentak diam. Tak menjangka Badrul akan bertindak sampai begitu sekali.

"Hah, tadi berani sangat menjawab. AP aku cakap semua kau nak bangkang.. sekarang takut pula ke? Cakap la lagi. Cakap..." kata BAdrul mengugut.

"Tak, saya tak takut. Lepaslah!" jawab Dian cuba melepaskan cengkaman tangan BAdrul. Dia pura-pura berani sedangkan dirinya rasa nak pengsan apabila muka Badrul bedekatan dengan mukanya sekali lagi. Terasa jiwa wanitanya bergetar.

"Boleh, tapi jangan suka nak menjawab sangat. Aku kata buat,buatlah. Tak payah banyak sangat cakap," kata Badrul seraya melepaskan Dian perlahan-lahan.

" Jangan nak buat lawaklah. Awak pun berkasar dengan saya. Tak payah nak nasihat sangat supaya saya jadi isteri yang patuh," perli Dian pula.

"Aku ni suami, kau pula isteri. Suka hatilah aku nak buat apa kat isteri aku. Kasar ke lembut ke. Kalau dah dapat isteri suka menjawab macam kau ni, manalah akau tak bercakap kasar," balas Badrul pula melepas geram.

"Mana ada suami boleh buat sesuka hati pada isteri? Awak ingat saya ni apa? bukan manusia ke? Saya tak pernah belajar pula suami ada hak macam tu dan isteri kena tunduhk patuh pada suami yang tak bertanggungjawab macam awak," Dian masih menjawab.

"Aku yang tak bertanggungjawab ke atau kau bukan isteri terhormat? Layak ek nak layan au baik-baik?" kata-kata BAdrul menusuk hati. Tajam.

"Jangan nak menghina, Awak sengaja nak buat saya marah je kan?" soal Dian mendengus marah. Jari telunjuknya menghala ke muka Badrul.

Laju sahaja Badrul kembali merapinya dan memeluknya. Dian menjerit ketakutan dan berjaya melepaskan diri. Dian lari meninggalkan Badrul keseorangan di meja makan. Dia sudah tidak tahan diugut mahu dicium begitu.

BAdrul yang melihat tindakan refleks Dian sebentar tadi ketawa terbahak-bahak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience