Adlina keluar dari kuantan airport bersama iris. Danny akan pergi esok. Mereka menuju ke kereta toyota vellfire yang disediakan oleh datin emy. Datin emy ibu kepada iris.
"cik nk gi mana dulu " tanya pemandu tersebut.
" bawak i pergi kondo. "kata iris angkuh.
" baiklah"kata pemandu tersebut.
"apa rancangan kau"tanya iris.
"aku akan cari ally. Kalau aku tahu dia ada kat mana baru aku akan jalankan rancangan aku" kata adlina.
"kalau dia dah berpunya"tanya iris.
" aku akan buat perempuan tu menderita "kata adlina.
Pemandu yang mendengar itu hanya mampu beristighfar di dalam hati. Kalau dia menjawab kan tak pasal pasal kena buang kerja. Apa lah nk jadi dengan remaja sekarang ni. Asik buat maksiat je.
~~~~~~~
Tiara menandatangani kontrak sewa rumah itu. Dia telah bersetuju untuk menyewa rumah tersebut.
"thanks tengku.tak sangka tengku nk sewa apartment saya yang tak seberapa ni"kata puan fauziah a.k.a. pemilik apartment tersebut.
"welcome. Rumah ni dah lebih dari cukup. I selesa tinggal dekat sini."kata tiara.
"bila tengku nk pindah masuk ye?? "tanya puan fauziah.
" insya allah minggu depan"kata tiara.
"oh.. Kalau gitu i keluar dulu. "kata puan fauziah. Dia menyerahkan kunci rumah kepada tiara.
Tiara mengambil kunci tersebut dari tangan puan fauziah. Dia memasukkan ke dalam beg tangannya. Dia membawa dua beg satu beg sandang yang dibawa sewaktu datang ke pahang dan lagi satu handbag yang di letak di dalam bagasi.
Dia menghantar puan fauziah keluar dari rumah itu. Tengku adam sedang duduk menonton tv. Yaya pula sedang ada di dalam biliknya. Dia melabuhkan punggung di sebelah tengku adam.
"abang tinggal kat mana"soal tiara. Lupa pula dia nk bertanya.
"abang tinggal dekat taman sebelah. Rumah berkembar 2 tingkat."kata tengku adam.
"tinggal dengan sapa "tanya tiara.
" member abang. Ada dalam 4 orang"kata tengku adam. Dia baru teringat kan sesuatu. Dia mengambil sling bagnya dan mengeluarkan seauatu.
"ni kunci kereta tiara. "kata tengku adam sambil menghulurkan kunci kereta myvi 1.5 itu.
" thanks abang. Sebaik pandai pilih "kata tiara. Kalau abang dia bagi kunci audinya kan susah.
" bila korang nk balik u ni. "tanya tengku adam.
" kejaplagi. Abang balik lah dulu. Tiara nk kemas. sikit. "kata tiara.
"okey kereta tiara ada dekat tiang nombor 2B"kata Tengku adam. Dia mengambil sling bag nya dan keluar dari rumah tersebut.
" mana abang adam"soal yaya.
"dah balik dah pun"kata tiara.
"habistu kita nk balik naik apa"soal yaya. Dia menuju ke dapur untuk mengambil air.
"aku dah dapat kereta aku " kata tiara.
" yang audi ke"tanya yaya.
"tak myvi"kata tiara.
"bila kita nk balik ni"soal yaya. Dia nk mandi tapi tak bawa baju.
"kejap lagi. Aku nk kemas sikit "kata tiara. Dia mengambil penyapu dan menyapu kawasan ruang tamu dan dapur.
Yaya hanya mengangguk. Dia turut menyusun bantal kecil yang berselerak di sofa.
~~~~~~~
Tiara membuka pintu dan merebahkan badan di katil.penat sungguh dia harini. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan disambungkan pada kabel.
Dia membuka bagasi miliknya dan mengeluarkan sehelai pijama. Dia mengambil tuala dan berlalu keluar untuk pergi ke bilik air. Yaya yang sudah terbongkang atas katil turut mengambil baju dan mengikut tiara ke bilik air.
Mereka mengambil masa dalam 10 minit untuk membersihkan diri. Selepas sahaja mereka mandi mereka terus masuk ke dalam bilik mereka.
Tiara menjawab panggilan video dari ibunya yang sedang berada di Amsterdam.
"hello mama. "
" hello. Macam mana kat sana" tanya tengku layla.
"ok je.. Semua baik. Mama pulak macam mana" tanya tiara pula.
"okey. Ada sesiapa tak buli tiara"
"tak ada lah. Thanks tau bagi tiara kereta baru. "
" welcome. Tiara jaga diri baik baik. Jangan buat benda tak senonoh"kata tengku layla.
"iya ma.. Tiara ingat pesan mama. Mana nenek? " tanya tiara.
" nenek keluar pergi jumpa persatuan dia" kata tengku layla.
"mama buat apa tu"kata tiara apabila mamanya asik menggerakkan tangan.
"mama tengah mengait. "kata tengku layla.
" oh... "
" dah dapat rumah " tanya tengku layla
" dah.. Abang dah carikan. Dah bayar full pun"kata tiara.
"okeylah tiara. Papa dah panggil tu. Jaga diri tau. Kalau ada apa apa call je mama. "kata tengku layla.
" ok ma.. Good night. "kata tiara sebelum mematikan talian.
Share this novel