Bab 14

Romance Series 10848

"sayang bangun" kejut ally. Dia menggoyang badan tiara yang tertidur pulas.

Tiara membuka matanya perlahan. Dia menegankan segala urat di badannya.

"dah sampai ke dear"tanya tiara.

"kejap lagi dah nk mendarat. You standbye. "kata ally.

Tiara hanya mengangguk. Dia mengeluarkan tisu basah dari beg sandangnya. Dia mengelap mukanya. Selesai membersihkan mukanya, dia menyapukan pelembap dan sun block. Dia turut mengoleskan lip balm pada bibirnya.

Ally hanya melihat tiara. Tiara memang putih. Muka pun bersih licin. Anak matanya berwarna perang. Hidung mancung. Perfect muka tiara ni.

"hobi you memang pandang i je ke dear "soal tiara apabila Ally asik merenung mukanya.

" yes. I dah tukar hobi i. "kata ally. Dia masih memandang muka tiara.

Mereka dikejutkan dengam suara pramugari yang meminta mereka memakai tali pinggang keselamatan.
~~~~~~~~
Adilia mengetuk pintu bilik kakaknya.dia menolak apabila kakaknya tidak menjawab. Dia memandang sekeliling, rupanya kakaknya itu sedang mandi.

Adlina melangkah keluar dari bilik air itu melabuhkan punggung di meja solek. Dia menyikat rambutnya.

"bila akak ni fly pergi Pahang "tanya adilia. Dia membelek majalah wanita itu.

" lusa. Kenapa kau tanya "adlina menepekkan cream malam pada mukanya.

" lia dengar ally dah fly pergi sana"kata adilia.

"bila"tanya adlina. Lusa baru dia jumpa dengan lubuk duitnya itu.

"tadi. Mungkin dah sampai"kata adilia. Dia melangkah keluar apabila kakaknya hirau tak hirau kehadirannya.

"kau tunggu Ally. Kau akan jadi milik aku"kata adlina sebelum ketawa kecil.
~~~~~~~~
Mereka masuk ke dalam restoran kampung itu untuk mengisi perut yang lapar. Mereka mengambil meja yang boleh memuatkan seramai 10 orang itu.

Mereka memesan tomyam dan beberapa lauk yang lain. Seusai sahaja mereka makan, mereka menuju ke uitm Pahang untuk membuat pendaftaran.

"tia"ally memanggil tiara yang tidak jauh darinya.

Tiara yang leka membalas Whatsapp itu hanya diam. Ally membuka langkah ke tiara.

"tia jom masuk dom. Kalau nk sewa rumah u kena tunggu esok "kata ally dia menarik bagasi miliknya.

" oh.. Okey. Susahkan u je"kata tiara. Dia menyimpan telefon bimbitnya ke dalam beg sandangnya. Dia turut menarik beg nya ke aatu bangunan yang menempatkan dom perempuan.

Dom perempuan dan lelaki hanya bersebelahan. Kalau duduk dom, susah sikit nk keluar. Kalau duduk rumah sewa senang sikit.

"ok dah sampai dom you. Kalau ada apa 2 you call je i"kata ally.

"okey"kata tiara.

Sedang mereka berbual sebentar yaya yang berjalan seiring dengan nik itu menuju ke tiara.

"amboi 2"kata yaya.

"eh kau ni buat terperanjat aku je lah " kata tiara. Dia menguru dadanya. Dah lah dia kiat melata.

" agak agak lah nk couple pun"kata yaya. Dia mengusik mereka.

"kau jealous kan.."kata tiara.

"memanglah jealous. Sapa je tak jealous dapat lelaki hot macam ni"kata yaya.

"kau jangan nk lebih lebih eh... Dia aku punya tau. Kalau kau nk kau amik lah si nik tu. Dia kan belum berpunya"tiara merangkul tangan ally.

"ally jom naik atas panas ni"kata nik. Habislah hitam muka dia yang melepak ni.

"okey. Kalau ada apa apa you call je i"kata ally.

Tiara hanya mengangguk. Dia melambai kepada ally yang sudah berjalan ke bangunan yang berwarna oren itu.

"jom lah weyh. Bilik 2 orang je. Tak de orang lain. "kata yaya. Dia menarik tangan tiara ke tangga. Dom ni tak ada lift ye.. Penghawa dingin pun tak de.

" okey " tiara menyahut. Sakit satu badannya duduk dalam flight.
~~~~~~~~~
Mereka melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Bilik yang berwarna putih itu dilengkapi perabot seperti katil bersaiz single, meja belajar.gerobok baju dan kipas siling. Simple tapi selesa. Mereka hanya duduk sementara. Esok mereka akan mencari tempat tinggal baharu.) l

"penatnya.. Best betul dapat baring"kata yaya. Dia merebahkan badan di katil.

"tanggalkan lah stokin tu dulu "kata tiara dia meletakkan bagasi nya di tepi katil.

" jap lagi lah. Aku nk rehat jap"kata yaya. Dia melepas ikatan rambutnya.

"aku nk gi toilet tau"kata tiara. Dia hendak mencuci muka.

Yaya hanya mengangguk. Dia melelapkan mata.

Tiara menutup pintu dan menuju ke toilet yang bereda di hujung aras 3 itu. Ramai yang memandangnya. Dia hanya tersenyum sepanjang jalan. Tak nk lah orang kata sombong.

Dia masuk ke dalam bilik air dan menuju ke. Singki. Dia mengeluarkan pencuci muka jenama nivea dan menyapunya ke muka. Segala kotoran di mukanya tanggal apabila dibersihkan. Dia membilas mukanya dengan air.

Tiba tiba seseorang menegurnya.

"awak budak baru ke"tanya perempuan itu.

"aah saya baru je masuk. "kata tiara dia menyambut huluran salam dari perempuan itu.

" nama saya sakinah, boleh panggil kinah je" sakinah memperkenalkan diri.

"nama saya tiara amanda, awak boleh panggil je apa yang awak nk panggil. "kata tiara. Dia cepat mesra kepada sesiapa sahaja.

" saya pergi dulu ye"kata sakinah.

"okey. "kata tiara dia turut mengemaskan barangnya dia berlalu keluar dari bilik air.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience