Bab 42

Romance Series 10848

Sebab author malas nak tulis panjang - panjang tiara kat korea so kita cepatkan ye.. Happy reading. Sapa yang belum follow ig cozy boleh follow ye. Littlecozy_. Kat sana dah ada watak untuk ILYF
_________________________________________________

4 TAHUN KEMUDIAN

"igeos-eun yeoleobun moduleul-wihan geub-yeoibnida. jeowa hamkke il haejusyeoseo gamsahabnida. (ini gaji untuk korang semua. Terima kasih sebab sudi kerja dengan saya.) " kata tiara.

Dia menghulurkan lima sampul duit pada kelima lima pekerjanya. Sudah 4 tahun berlalu. Dia sudah melupakan segala masa lalunya yang sedih. Kini kedai keknya laris dan menjadi perhatian ramai.

Hari ini ialah hari last pekerja untuk bekerja. Dia akan tutup kedainya ini. Dia mahu pulang ke malaysia dan menetap di sana.

"gamsahabnida, Ms. Tiara. (terima kasih,cik tiara.) "kata pekerjanya serentak.

" dol-agal su issseubnida. najung-e dasi hangug-e omyeon dasi mannayo. (korang dah boleh baliklah.nanti kalau saya datang korea lagi saya akan jumpa awak semua lagi.)

"ulineun hwagsilhi dangsin-eul geuliwo hal geos-ibnida tiala. (kami pasti akan rindu cik tiara.) " kata pekerjanya yang bernama yoonra.

" nado neoleul geuliwo halgeoya. (saya pun akan rindu kamu semua.) " mereka berpelukan.

" nanti kalau.. Free.. Call lah.. " kata pekerjanya yang bernama sukhee.

" wow! Awak dah boleh cakap malay. " kata tiara.

" saya belajar sikit sikit. "

" sughuido galeuchyeo jwo. (sukhee ajarlah kami semua.) " kata yuri. Dia juga ialah salah satu pekerja tiara.

" boleh. " jawab sukhee.

Selepas pekerjanya pulang dia terus menutup kedainya. Di dalam kedainya itu sudah kosong. Dia sudah memindahkan barangnya semua ke gudang lama. Mungkin dia kan bagi ke orang yang memerlukan.

Dia menghidupkan enjin kereta. Dia sudah belajar memandu di korea. Jadi dia lebih suka memandu sendiri daripada mempunyai pemandu peribadi.

Dia memandu keretanya ke kondo mewahnya. Minggu depan dia sudah mahu pulang ke malaysia. Jadi. Dia harus berkemas - kemas.

Kerana belum membelikan apa - apa untuk ibubapanya, dia singgah di shopping mall. Dia membelikan cenderahati dan baju. Untuk yaya pula dia belikan makanan yang hanya ada di korea.

Selesai membeli belah dia pulang. Dia lekas masuk kedalam rumah dan mandi. Selesai mandi dia terus mengemas rumah. Dia menyapu, mengemop, membuang sawang dan membuang sampah. Pinggan juga dia basuh.

Apabila dia rasa rumahnya sudah bersih dan kemas. Dia menonton tv pula. Kerana tiada rancangan yang menarik minatnya, dia membuka kdrama. 100 days my prince menjadi pilihannya.

Sudah lama dia mahu menonton drama ini. Lakonan do kyung soo dan nam ji hyun. Dia menonton semua 16 episod dalam satu malam. Pukul 6.00 pagi baru dia terlelap. Mesti bangun pukul 3.00 petang.

Bangun - bangun jam sudah menunjukkan pukul 2.30 petang. Dia terus masuk ke dalam bilik air dan mandi. Dia mandi aja dekat 1 jam. Lepas sahaja mandi dia terus duduk kembali di depan tv. Kdrama lain pula yang dia layan.

4 tahun dia bekerja. Hari ini ialah hari dia berehat sepuas-puasnya. Kerana di Malaysia dia akan bekerja pula di tengku holding. Tengku adam pula akan dilantik menjadi ceo bulan hadapan.

Sambil menonton tv dia mendail no telefon yaya.

"hello tiara. Dah lama kau x call aku tau. " kata yaya.

" alaaa. Sorrylah aku busy sikit berapa harini."

"buat apa kau kerja? Tengku holding tu, tak habis makan 10 keturunan. Balik lah sini. "

Yaya tidak tahu bahawa tiara mahu pulang Malaysia. Tiara hendak buat kejutan pada yaya.

" memanglah x habis. Aku nak cuba ada pengalaman kerja. Kau janganlah risau. Kalau aku nak balik aku baliklah. "

" kau balik eh waktu aku kahwin nanti. "

" iya aku balik waktu kau kahwin. Kau kahwin lagi 8 bulan kan. Lama lagi. "

Yaya dan nik sudah bertunang tahun lepas. Mula - mula yaya marah kerana tiara tidak hadir waktu majlis bertunangnya.lama - lama dia okey je.

"ingat tau balik. Ha.. Kau nak tau tak?"

"apa dia? " soal tiara.

" danny dia selalu dm aku tanya pasal kau. Dah 4 tahun kot kau pergi. Dia still cari kau lagi. Dia kata di menyesal putus dengan kau. Dasar mata duitan betul dia tu. "

" ih.. Lantak dia lah. Aku menyesal couple ngan dia. "

" itu lah sebaik aku x de ex macam tu. "

" ya.. Kau nak kirim apa - apa tak kat sini. Sebelum aku balik malaysia nanti. "

" kau nak balik Malaysia? "

" iyalah. Waktu kau nak kahwin nanti. "

" ingatkan nak balik awal. "

" tengoklah. Cepatlah nak kirim apa?"

"aku nak exo boleh tak? " tanya yaya.

" kau jangan main - main. Jealous nik nanti. X pasal - pasal mati bias aku nanti. "

" Gurau jelah. Aku nak mochi. Kau belikan tau. "

" okey. Tapi kan kat malaysia ada jual Mochi. "

" tak nak mochi Malaysia. Aku nak mochi korea."

"iya.."

Selepas satu jam berbual. Tiara pun mematikan panggilan.

Yaya bersiap - siap. Selepas tiara mematikan panggilan, nik menelefonnya untuk keluar bersama. Apalagi terus dia mandi.

Siap sahaja dia terus turun ke bawah. Dia memakai sandal kerana mereka mahu berjalan - jalan di sekitar bandar kuala lumpur, kalau dia pakai heels mau tercabut kakinya.

"sorry lambat. " kata yaya dia masuk kedalam kereta mewah milik nik muhd aiman nadim zhafran.

" its okay. I pun baru datang." kata nik.

"kita nak pergi mana dulu ni? " tanya yaya.

" sebab baru pukul 3.00 p.m kita pergi tengok wayang dulu nak tak? " tanya nik.

" boleh juga. "

" okey kita temgok wayang dulu. "

Nik memandu keretanya ke mall untuk menonton wayang.

" yaya bangun. Orang tengok wayang you tidur pula. " kata nik.

Dia menggoncangkan badan yaya. Boleh pula dia tidur. Sewaktu dia tengah kusyuk tengok wayang terasa bahunya ada sesuatu. Terus dia pandang ketepi. Yaya menyandarkan kepalanya ke bahu nik.

" ah... " yaya membuka matanya.

" lena tidur berbantalkan tangan i. "

" mana semua orang? "

" film dah habis. Jom lah kita keluar. "

"okay."

Mereka pun keluar dari panggung wayang tersebut.

Selepas sahaja makan mereka terus ke taman klcc.

" nik.. " kata yaya

" ye? " jawab nik.

" dah lama i x dengar kabar ally. Dia macam mana? "

" dia sehat. Mungkin busy urus syarikat. Napa you tanya?"

"tak de pape, dia hutang i pelempang."

"you ingat lagi apa yang you cakap 4 tahun lepas.? "

" mestilah i ingat. Adlina tu pun sama. "

" okay, now kita tak payah fikir tentang orang lain. Kita fikir pasal kita je. "

" jom kita duduk sana. " kata yaya.

Dia menunjuk bangku yang kosong.

" okey. "

Ally menyemak dokuman yang di beri oleh seketerinya. Tiba-tiba interkom di tepi mejanya berbunyi.

" ye ain? " kata ally.

" boss,ada perempuan nak jumpa boss. Dia kata nama dia adlina. "

" suruh dia balik, cakap i sibuk. "

" baik boss. "

Dia terus menyambung kembali pekerjaannya. Semenjak dia putus dengan tiara, dia hanya memikirkan kerja. Tiada masa lagi untuk dirinya berfoya-foya.

Tiba - tiba pintu biliknya dirempuh.

" maaf boss. Saya dah tahan dia tapi dia berkeras nak masuk. " kata ain.

" its okay. You keluar lah dulu. " kata ally.

" baik boss. "

" ally, i miss you. Kenapa you tak angkat call i. Apa masalah you? "tanya adlina.

" apa yang you nak? I busy. "

" come on ally. "

" kita dah putus. We over. Yang you datang cari i lagi kenapa? "soal ally.

" you pun dah putus dengan tiara. Give up je lah. "

" give up? Engkau penyebab semua ni! Baik kau keluar sekarang! Aku tak nak tangan aku ni naik kat muka kau. "

" kalau i tak nak? "

" ain masuk! "

Ain yang diluar segera masuk ke dalam bilik majikannya itu.

" ye boss. "

" hantar dia keluar. "

" baik boss. Cik sila ikut saya. "

" ally, i takkan give up! "

Adlina terus mengikuti ain keluar.

" pergi mampuslah! "

Ally kembali duduk. Tak lama kemudian ain masuk ke dalam biliknya kembali.

" boss nak apa - apa ke? " tanya ain.

" buatkan saya coffe.lepastu panggilkan ketua keselamatan. " kata ally.

" baik boss."

Hari yang dinanti - nantikan, tiara akan pulang ke malaysia. Selepas 4 tahun dia akan kembali ke negaranya semula. Dia balik awal sehari. Sahaja mahu membuat kejutan.

Bagasinya di ambil dari bonet kereta. Dia akan mengharungi perjalanan 6 jam jadi dia mengambil tiket bussines class.

Setelah bagasi ditimbang dan badan di scan,dia terus masuk ke dalam balai pelepasan. Lagi 10 minit penerbangannya.

Masuk sahaja ke dalam kapal terbang terus dia mencari tempat duduknya. Dia menaiki korea Airlines untuk ke klia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience