"macam yang semua tahu kita ada pelajar pertukaran. Mereka akan berada di sini selama 5 bulan. Harap awak semua boleh beri kerjasama. Kalau tak ade apa apa masalah mereka akan memperkenalkan diri." kata puan aliyah.
"hai nama saya erfan boleh panggil ally" ally memperkenalkan diri. Ramai yang berbisik,ada jugak yang tergedik gedik. Macam macam betullah.
Selepas mereka memperkenal nama,mereka dibenarkan duduk. Tiara mengambil tempat di sebelah ally manakala yaya mengambil tempat di sebelah nik.
Ramai yang tak puas hati, apabila tiara duduk sebelah ally. Ally hanya endahkan apabila ada yang cuba menggodanya. Dia tetap akan setia dengan tiara.
"baiklah. Harini kita akan mula dengan cara pengurusan wang. Seperti yang anda tahu, kalau kita nk buat sesuatu business,kita kena ada wang. Jadi kita kena pandai berlabur. Saya tahu ramai di sini ialah anak dato. Dah ada syarikat sendiri. Tapi you must know to about this,you akan bankrup kalau you amik leka je benda ni. " kata puan aliyah. Dia mula mengajar untuk subjek itu.
~~~~~~~~
Tiara dan yaya keluar dari bilik kuliah. Manakala ally dan nik pula sudah keluar awal. Mereka menuju ke cafe untuk menjamu selera sebelum keluar untuk mencari rumah sewa. Mereka mengambil tempat di sebuah meja.
"diorang semua tu memang ramah lah"kata yaya.
"kan.. Tak sombong. Tapi adalah yang macam suka tak suka je.. "kata tiara. Mereka berbual sebentar sementara menunggu makanan mereka sampai.
" mesti jealous tengok kau dengan ally"kata yaya.
"lantak lah. "kata tiara apabila minuman mereka sudah sampai.
" rumah yang kita nk tengok ni rumah apa? "tanya yaya. Dia bukan tak try cari, tapi tiara dah dapat dulu.
"apartment. Ada dua bilik, perabot lengkap. Air-conditioned ada. Ada dapur, ada ruang tamu, ada toilet." kata tiara. Yaya ni suka bertanya. Jadi dia terus terangkan semua.
"oh... "kata yaya.
~~~~~~~~
Ally mermarking keretanya di hadapan satu rumah berkembar satu tingkat. Cukuplah dia tinggal dengan nik.
Mereka masuk ke dalam rumah tersebut. Rumah itu ialah milik makcik nya ally. Mereka menyewa rumah tersebut.
" cukuplah kita tinggal berdua"kata ally. Dia melabuhkan punggung di atas sofa. Jarak antar rumahnya dengan uitm pahang tidaklah jauh mana.
"aku amik bilik yang ni tau"kata nik sebelum masuk ke dalam bilik nombor dua.
"okey"ally menghidupkan tv. Dia mula mula mahu menemankan tiara untuk cari rumah sewa kerana tiara belum mempunyai kereta. Dia pun baru dapat keretanya itu. Tapi tiara menolak,dia pun tak kisah.
Ally mengambil bantal kecil sebelum melayari laman instagramnya.dia melihat gambar adlina.kalau lah dia tak curang. Mesti dah tunang dah pun, tapi perempuan ni takkan dapat lagi cinta dia,dia sudah lelah bagi perempuan ni semuanya. Nk kata harta, hari dia bagi 1000.tak kan tak cukup lagi. Dia menghela nafas. Dia perlu hilangkan segala tentang adlina. Dia perlu fokus untuk tiara pula.
Share this novel