Adlina menghadiahkan senyuman pada kawan baiknya iaitu iris. Mereka melangkah masuk ke dalam club malam. Adlina yang memakai baju satin midi dress menjadi tatapan ramai.
Mereka mengambil tempat duduk dan memesan wine. Ramai lelaki memandang mereka. Sapa ke yang tak terliur. Macam dah tak pakai baju.
"ad betul ke kau nak sambung belajar dekat pahang"tanya iris.
Ad hanya mengangguk dia leka memerhati sekeliling, mana tau ada ally disitu.
"bila kau nak pergi? "tanya iris.
" lagi 2 bulan, kenapa "tanya adlina.
" danny dia sambung belajar dekat sana. Aku nk daftar lah "kata iris sambil menuangkan wain ke dalam cawannya.
" kau gi lah daftar. Ada kau lagi bagus. "kata adlina.
" tengok lah nant" kata iris. Sedang mereka berbual datang seorang lelaki menghampiri iris untuk mengajaknya menari.
"aku kena fikir apa rancangan aku yang seterusnya"adlina berkata di dalam hati. Dia mengukirkan semyuman sinis.
~~~~~~~~
"baiklah kelas sampai di sini sahaja"kata encik suhaimi sebelum berlalu keluar dari bilik kuliah itu.
"yaya, aku nk pergi library. Kau nk ikut"tanya tiara sambil mengemas buku buku miliknya.
"tak nak lah.. Aku nk gi toilet. Perut aku memulas ni. "kata yaya.
" kau period ke? "tanya tiara.
" aah.. Sesungut aku datang. Aku nk balik. "kata yaya.
" ok lah aku balik lah alu pergi sorang"kata tiara sambil menolong yaya bangun dari kerusi.
Tiara menghantar yaya sampai ke tempat parking. Dia hanya melihat kereta yang dipandu yaya itu keluar dari kawasan parking itu. Degil betul yaya tu. Suruh call ibunya tak nak.
Tiara berjalan menuju ke perpustakaan. Sedang dia berjalan seseorang menegurnya.
"hai sorang ke"tanya ally.
"hai. Sorang je lah ada nampak berkumpulan ke"kata tiara.
"mana kawan you tu"tanya ally. Dia berjalan beriringan dengan tiara.
"balik bendera merah"kata tiara. Dia malu hendak bercakap dengan lelaki di sebelahnya ini.
"oh...you nk gi mana"tanya ally.
"library "jawab tiara sepatah.
" i nk pulangkan baju kemeja ni"kata ally sambil menghulurkan beg kertas.
"tak pe lah you simpanlah"kata tiara.
"Boleh tak i nak nombor you"tanya ally.
"nak buat apa no telefon i? "tanya tiara.
" nak buat lepas rindu"kata ally. Ayat manis sudah keluar dari mulutnya
"give me your phone"kata tiara.
Ally menghulurkan telefon miliknya pada tiara. Tiara mengisi nombor nya pada kenalan. Tiara terus berlalu pergi.
Ally tersenyum. Akhirnya dia dapat juga no tiara. Dia terus berlalu pergi dan masuk ke dalam kereta miliknya. Dia menghidupkan enjin dan memandu pergi keluar dari kolej itu.
Share this novel