Bab 28

Romance Series 10848

Tengku adam melangkah masuk ke dalam bilik kuliah itu. Kedengaran pekikan. Dia melihat tiara dan seorang perempuan menarik rambut masing masing.

"tiara stop it! "tengku adam terus menarik tangan tiara.

" lepaskan tiara. Perempuan ni memang nak mati" tiara meronta.

"wey apasal tengku adam pegang tangan dia? Mesti diorang ada skandal. "

" kan i dah cakap diorang ada skandal" adlina yang terngucap - ngucap cuba berdiri.

"kau diamlah. Ni semua salah kau?? Apa masalah kau! Ally dah tak nak kau tu tak payahlah nak kata aku ada skandal. " tengking tiara.

" saya nak mintak maaf kalau tiara mengganggu kamu semua" kata tengku adam.

"betullah tengku ada hubungan dengan dia? "

" betullah tu. Patutlah kena tinggal. "

Suara sumbang bersuara lagi.

" ye memang saya ada hubungan dia. " kata tengku adam.

" tetapi sebagai abang dan adik. Dia adik saya tengku tiara amanda " tambah tengku adam lagi.

" adik tengku? " mereka semua terkejut.

" iye adik saya. Jadi tak baik lah kalau korang fitnah sampai macam tu sekali. " kata tengku adam.

Mereka semua berbisik-bisik. Adlina sudah panas bontot apabila dia mendapat tahu tiara ialah salah satu waris tengku holding.

" kami mintak maaf tiara. Kami percaya sangat perempuan ni. " kata salah satu murid di situ.

" and kau! Aku ingatkan lagi sekali eh.. Jaga sikit adab kau tu! And kalau korang nak tahu dia ex ally. Dia yang main kaki tiga."kata yaya sebelum mengikut tengku adam dan tiara keluar.

"eyy menyesalnya aku hina dia. "

" entah. Dah ex tu tak payah lah nak amik hak orang. "

" korang diam lah!! "jerit adlina dia terus keluar dari bilik kuliah itu.

Di luar dia berjumpa dengan iris dan danny.

" kau dah kenapa ni? Serabai sangat?? " tanya iris.

" betina tu lah!! " jerit adlina.

" you senyap sikit boleh tak adlina? " kata danny. Pekak telinga dia dengar adlina menjerit.

" you diamlah. Perempuan tu memang nak kena dengan aku! " kata adlina.

" apa yang jadi? Cuba cerita dekat aku? " iris menarik tangan adlina untuk duduk di kerusi berdekatan mereka.

Danny masuk ke dalam bilik kuliah itu apabila iris menyuruh dia masuk dahulu . Dia tahu adlina cuba untuk memisahkan tiara dan ally.

" apa yang jadi tadi?? " tanya danny. Dia melabuhkam punggung di sebelah hilmi a.k.a kawan sekelasnya.

" tadi tiara masuk. Adlina tu bangun lah dia kata yang tiara tu ada skandal dengan tengku adam. Diorang bergaduh kat bawah tu. Lepastu tengku adam masuk. "

" sapa yang call tengku adam? Jadi betullah diorang tu ada skandal. " tanya danny.

" sabar aku belum habis cerita. Yang call tengku tu kawan tiara. Yaya kot nama dia. Tengku adam tarik lah tiara tu supaya dia tak belasah adlina. Kiteorang terkejut lah macam mana tengku adam tu boleh masuk lepastu dia kata... "

" cepatlah. Kau jangan buat aku saspen boleh tak. Apa anak jutawan tu buat dengan budak miskin tu? " tanya danny

" baik kau jangan panggil dia macam tu. "

" asal pulak?betullah dia miskin"

"tiara tu sebenarnya adik tengku adam. Tengku tiara amanda. "

Danny terkejut. Macam mana dia tidak tahu yang tiara tu anak tengku.

" tengku amanda tiara? " soal danny. Bagai nak tercabut nyawa. Ex girlfriend dia anak tengku. Kaum kerabat diraja.

" iye.. Kiteorang mula - mula tak percaya. Tapi Kiteorang goggle. Memang betul tiara tu anak tengku faris. "

Danny terus bangun dia mahu mencari tiara. Jadi tiara tu anak tengku. Dia sudah melepaskan peluang keemasan untuk dia menjadi kaya seumur hidup.

Tiara mengetuk pintu rumah ally. Berkali kali dia memberi salam. Tetapi semua salamnya tidak berjawab.

"tiara jom lah balik. Mungkin dia tak de kat rumah" pujuk yaya. Naik lenguh badannya.

"kau balik lah kalau kau nak. Aku nak cari ally. "kata tiara.

" kita balik dulu, nanti aku tanya nik ally ada kat mana? " pujuk yaya lagi.

" iyelah. "akhirnya tiara mengalah kerana yaya sudah kepenatan.

Ally membuka pintu kereta. Dia sudah menyuruh nik untuk menguruskan pindahannya. Dia tidak mampu lagi untuk duduk di sana.

" ehh.. Macam mana pulak kamu boleh balik. Bukan ada kat pahang ke? " soal datin kamsiah. Mana tak terkejut dia melihat anaknya balik.

"mama...ally gagal lagi."

"gagal apa pulak? "

" tiara curang"

"what?? Takkan lah. Dia kan budaknya baik. "

" no ma... Ally nampak dengan mata sendiri. Dah lah ma ally nak naik atas dulu. Kalau ada sesiapa cari ally cakap ally tak nak jumpa sesiapapun. "

" okey. " datin kamsiah hanya geleng kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience