Bab 37

Romance Series 10848

Perjalanan yang mengambil masa 18 jam itu sungguh memenatkan bandanya. Dia terus menelefon ibunya bahawa dia sudah sampai di lapangan terbang schiphol di amsterdam.

"hello ma.. Tia dah sampai kat lapangan terbang ni.. "

" kejap lagi mama sampai.jem sikit ni. " kata Tengku layla.

" okey. Tiara tunggu kat cafe.. "

" ah.. Okey. 10 minit lagi mama sampai. "

" bye.. "

Tiara menarik bagasinya masuk ke dalam cafe. Dia bercadang mahu tinggal di amsterdam selama 2 bulan sebelum pergi ke korea. Kerana dia bosan dia terus mengambil telefonnya dan mendail no yaya yang berada jauh di malaysia.

" hello.. "

" sorry aku kacau kau tidur ke?? "

" pukul berapa ni?? "

" malaysia dah pukul 4 pagi.. Bangunlah cepat. Nanti terlepas solat subuh... "

" pagi ni kita breakfast sama - sama boleh?? "

" yaya kau mamai lagi ni.. Aku kan ada kat amsterdam. "

" ya allah aku lupa... Thanks kejutkan aku. Kau dah sampai ke? "

" dah.. Kat sini baru pukul 12 malam. "

" okeylah.. Aku nak kena siap - siap ni.. Kejaplagi nak masuk kelas. "

" kau masuk u lagi ke?? "

" dah bapak aku suruh habiskan je sebab tinggal 2 bulan. Jadi aku pun sambung lah. "

" oh.. Okey.. Bye.. "

Tiara mematikan panggilan. Dia menghirup hot chocolatenya. Dia membuka beg sandangnya yang berjenama louis Vuitton. Itulah beg kesayangannya yang diberi oleh ibunya.

" sorry.. Anak mama lama ke tunggu?? " kata Tengku layla.

Di amsterdam sedang musim sejuk. Jadi berlapis pakaian yang perlu dipakai.

" tak lah. Baru 15 minit. Mama ni macam tak sihat je.. "

" biasalah. Negara orang ni sejuk sangat. Jom lah.. "

" kejap.. Tiara nak bayar hot chocolate ni.."

"ah..cepat.mama tunggu kat luar. "

Selepas membuat pembayaran dia terus keluar dan mengikut tengku layla keluar dari lapangan terbang tersebut. Mereka menaiki kenderaan mpv. Mereka dibawa ke aminah villa. Iaitu rumah kepada neneknya. Neneknya ialah seorang kaum kerabat diraja yang tinggal di amsterdam dan menjalankan perniagaan di situ.

"haa layla.. Kamu dari mana je?? "soal tengku aminah. Dia tidak tahu bahawa tiara mahu pulang ke situ.

" saya keluar jap..abang faris dah balik ke??? "

" dah dia dah balik tadi.. Kamu masuklah bilik rehat. "

" ah.. Okey.. " tengku layla masuk ke dalam biliknya.

Tiara yang berada di luar siap sedia untuk mengenakan neneknya itu. Dia memakai topeng yang selalu pencuri pakai lalu masuk ke dalam rumah. Tengku aminah pula sedang duduk di meja makan sambil menikmati susu suam yang dibuat oleh pembantu rumahnya.

Tiara berjengket masuk ke dalam rumah itu. Dia pergi ke neneknya lalau di peluk. Agak kuat juga pelukannya itu.

"ya allah.. Layla... Faris... " tengku aminah menjerit. Dia cuba meronta tetapi tidak berjaya.

Tengku layla dan tengku faris hanya duduk di dalam bilik. Mereka menahan ketawa melihat gelagat nenek dan cucu itu.

" lepaskanlah aku..kau nak apa??? Kalau kau nak duit aku boleh bagi duit.. Faris..layla..tolong lah mak ni" tengku aminah seperti mahu menangis.

"surprise!! " tiara melepaskan pelukannya dan membuka topengnya. Tengku faris dan tengku layla keluar sambil ketawa

" allah hu akbar..ya allah.. " tengku aminah mengucap.

" surprise nenek... Terkejut tak tiara balik.. "

" terkejut kamu kata? Macam dah nak mati tau... Sebaik nenek tak ada sakit jantung.. " tengku aminah mengusap dadanya.

"sorry nek.. Kuat sangat ke tiara buat??"

" bertuah punya budak.. Allah.."

"dah lah mak. Mak masuk lah bilik dulu. Biar layla je kemasni. "

" haa yelah. "

" tia nak tidur dengan nenek boleh? "

" jom lah.. Nenek nak rehat. "

Tengku aminah dan tiara berjalan ke arah bilik utama rumah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience