Bab 40

Romance Series 10848

Setelah 2 bulan berada di amsterdam tiara akan ke Korea. Dia memasukkan telefon bimbit, dompet dan barang keperluannya ke dalam beg Louis Vuittonnya.

Bagasinya pula sudah dimasukkan ke dalam kereta. 2 bulan ini juga dia gunakan untuk belajar bahasa Korea.

"tia jaga diri kat sana. " kata tengku aminah. Tengku layla dan tengku faris pula sudah pulang ke tanah air semenjak sebulan yang lalu.

" iya. Nek..tiara pergi dulu. "

Tengku aminah tidak dapat menghantarnya kerana demam. Mereka berpelukan sebelum tiara berlalu pergi.

Penerbangan yang mengambil masa 11 jam 20 minit itu mendarat di korea pada pukul 6 petang di incheon airport. Dia mengambil grab sebelum ke kondo mewah yang dibelinya 2 bulan lalu. Semua itu diurus oleh nenenya.

Kondo yang berada di tengah bandar korea selatan itu ialah kondo termewah di korea.

Dia melangkah masuk ke dalam kondo itu. Kondo yang menggunakan warna hitam dan putih itu agaklah besar.

Dia membawa begnya masuk ke dalam bilik dan meletakkannya di tepi almari. Memandang sudah malam, dia hanya turun kebawah untuk membeli beberapa makanan.

Dia membeli mi segera dan beberapa minuman. Lalu dia ke kaunter dan membayarnya. Kerana kondo mewahnya terletak di tengah bandar seoul, dia mengambil keputusan untuk berjalan - jalan di situ. Meriah sungguh bandar seoul apabila malam.

Dia tersedar apabila dia sudah berjalan agak jauh. Jadi dia berpusing balik.

Sampai di lift di menakan butang 12.lalu lift itu bergerak naik ke atas.

"sekarang pukul berapa kat Malaysia? " kata tiara di dalam hati

Tiara membuka telefon bimbitnya. Dia melihat waktu di Malaysia ialah 7.10 p.m.

"agak - agak kalau aku call yaya, dia jawab tak. Jawab kot." kata tiara di dalam hati

Tiara mendail no yaya. Tapi tidak berjawab. Tiara cuba berkali - kali tapi tidak berjawab. Dia terus masuk ke dalam rumah.

"elis!! " jerit yaya.

" apa kak? " tanya elis.

Elis adalah adik kepada yaya. Atau nama sebenarnya nur elisa aisyah.

" kucing kau lah ni yang jatuhkan Handphone aku! Dah lah sim kad dah patah!! " jerit yaya lagi.

Puan Sri rafidah terus naik keatas apa bila yaya menjerit.

" ya Allah.. Umi tengah nak solat kat bawah terperanjat dengar korang bertekak. "

" adik ni umi.. Toben pecahkan orang punya hp. Sim kad pun dah patah ni.. Kalau hp je tak pe.. Ini dengan sim kad.. "

"hp je kot.beli je lah baru." kata elis.

"senanglah kau cakap. Kau tau tak aku punya sim kad ni berharga. Dalam ni semua ada. "

" dah.. Stop.. Tak malu ke jiran sebelah dengar. " kata puan sri rafiah.

" umi.. "

" nanti umi belikan baru. Elis pun sama. Umi dah kata. Kurung toben. Tapi elis tak nak dengar. Tengok apa yang dah jadi. Cuba elis bayangkan toben pecahkan hp elis. Elis marahkan. Elis dah besar, dah 17 tahun pun. Dah nak amik spm. "

" iye umi.. Elis mintak maaf. " kata elis.

" cam mana dengan aku punya sim kad. "

" nanti hantarlah repair. "

" eh... Repair nenek kau lah. Sim kad ni dah berkecai. Lain kali kalau tak pandai jaga kucing jangan bela kucing. Aku memang tak puas hati. Aku kena pecahkan balik kau punya sim kad. "

Yaya berlari je bilij adiknya. Dia mengambil telefon bimbit adiknya lalu dihempas. Kemudian, dia mengambil sim kad adiknya lalu di patahkan.

Elis yang melihat itu terus menangis. Dia cuba mengejar yaya tapi yaya mencapai pula mac booknya.

" kau jangan gerak. Kalau tak aku hempas pulak kau punya macbook. "

" okey aku tak gerak. Letaklah balik. Aku dah minta maaf kan. "

" cam mana aku nak call tiara? Dah lah tiara dah buang instagram. Kau tahu tak? Nak cari abang dia lagi lah jauh kat pahang. Nak pergi rumah dia, aku dah tak de pas masuk. Kau memang nak mati. Esok aku buang pulak toben kau tu. Dah lah bongok semacam. "

" akak janganlah marah. Elis minta maaf. Lepasni toben takkan ada kat depan mata akak lagi. "kata elis.

" ingat apa yang kau cakap tu. Kalau kau buat lagi, dengan kau punya bilik aku rosakkan. "

" iye.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience