Ally mengambil tempat di dalam restoran nasi ayam itu. Dia menerima panggilan dari seseorang yang dia tak kenal untuk berjumpa di situ.
Bahunya dipenggang seseorang. Dia lantas bangun apabila melihat wajah perempuan itu.
"kau nak apa ad? "tanya ally. Dia bercakap perlahan kerana dia takut orang ramai akan memandang mereka.
" i nak kasi you sesuatu. "kata adlina. Dia meletakkan sampul surat di atas meja.
" kita duduk dulu. I nak you tengok isi sampul surat ni. It's about tiara. " kata adlina.
Ally bagai di pukau di terus duduk dan membuka sampul surat itu. Terbeliak mata dia apabila melihat gambar tiara bersama seorang lelaki berada di dalam rumah.
" apa semua ni? " tanya ally.
" ally tiara curang belakang you. I dapat tahu lelaki tu ada kat rumah dia sekarang. Jom ikut i"adlina terus menarik tangan ally. Dia tersenyum.kalau rancangan dia kalini berjaya dia akan dapat pisahkan ally dengan tiara.
Ally hanya menurut. Dia kena tahu kebenaran.
Tiara menghidangkan air untuk abangnya. Memang setiap minggu abangnya akan datang ke rumahnya.
"thanks "kata tengku adam dia menghirup teh panas itu.
" welcome. Abang minum lah dulu tiara nak masuk bilik kejap. "tiara lantas masuk ke dalam biliknya.
" hmm"
Ketukan pintu terdengar dari luar. Tengku adam terus bangun dan membuka pintu. Dia melihat seorang lelaki dan seorang perempuan berada di situ.
"ye cari sapa? " tanya tengku adam.
Ally terkejut melihat seorang lelaki di dalam rumah tiara. Jadi betullah apa yang adlina cakap. Dia telah ditipu. Kenapa dia gagal dalam percintaan lagi.pelbagai penyesalan datang pada dirinya.
Bukk..
Ally terus menumbuk muka Tengku adam. Tengku adam pula sudah jatuh tersungkur di lantai. Dia mengelap bibirnya.
"kau pasal datang rumah orang, nak cari pasal"tengku adam menumbuk balik ally.
"ally. "adlina terus menjerit. Dia membantu ally bangun.
" hey mana betina sundal tu. Panggil dia sekarang. "adlina menjerit lagi.
Tiara yang berada di dalam bilik terus keluar. Terkejut dia melihat ally dan tengku adam tumbuk menumbuk.
" stop!!. Apa yang korang buat ni. Apa masalahnya. You nak apa ally! "tiara terus menjerit.
" i nak tanya sapa jantan ni. "kata ally.
" dia... Dia.. "tiara gagap. Dia pun tak tahu kenapa dia gagap. Mungkin kerana dia takut melihat muka bengis ally.
" kenapa kau gagap. Jadi betullah kau ada jantan lain. Dasar betina sundal. Korang perempuan memang sama. " ally terus berlalu pergi. Adlina yang terpinga - pinga terus mengikut ally pergi. Akhirnya rancangan dia berjaya.
" ally sanggup you buat i macam ni. Apa salah i?? Sanggup you hina i sampai macam tu sekali! "tiara terus meraung. Kenapa nasibnya sampai begini. Kenapa dia ditinggalkan lagi.
" tiara. Tenang tiara. Abang ada kat sini. Dah lah. Esok kita bincang baik- baik dengan dia. "pujuk tengku adam. Dia memeluk tiara. Dia telah berjanji untuk menjaga adiknya.
" tiara tahu dia takkan nak bincang baik - baik. Tiara kenal dia. "tiara terus menangis.
" tiara. Tiara kena kuat. Takkan tiara nak nangis aje..itu takkan berhasil tiara. Sekarang tiara masuk bilik. Abang call kan yaya. "kata Tengku adam.
Share this novel