Tiara membayar duit kepada pemandu uber tersebut. Dia mengambil bagasinya lalu keluar dari uber tersebut.
Dia menekan loceng rumah itu. Kemudian keluar seorang wanita dalam lingkungan umur 40 tahun.
"ya cik. Cik nak cari sapa?"
" tengku layla ada? " tanya tiara.
" ada sebentarya saya panggil. Jemput lah masuk dulu. " kata wanita itu.
Tiara menarik bagasinya masuk ke dalam rumah. Dia memandang sekeliling rumah. Tidak banyak yang berubah. Dia melabuhkan punggung di sofa.
" ye ada apa cari saya? " tanya Tengku layla.
" ma.. " tiara menoleh ke belakang.
" tiara. It's that you?. Anak mama dah balik. I'm really miss you honey. Kenapa tak cakap nak balik awal." tengku layla memeluk tiara.
"ya. Its me. Saja tiara nak buat surprise. Mama macam mana sehat? " tanya tiara.
" alhamdulillah, mama sehat. Tiara pula macam mana.? " tengku layla melepaskan pelukannya. Dia menarik tangan tiara untuk duduk.
" tiara pun sihat je. Papa and abang mana? "
" kerjalah. Ni tiara dah makan ke belum. Kalau belum mama suruh mak yah hidangkan. "
" sapa mak yah? "
" pembantu rumah baru. Yah. Sini kejap. " panggil tengku layla.
" ya, puan. "
" ini anak perempuan saya, nama dia tiara. "
" hai mak yah. Boleh panggil tiara. Tak pun panggil tia. "
" saya panggil cik muda sahaja. "
" tolong buatkan air. "
" baik puan. "
Mak yah terus berlalu ke dapur.
" mak mah pergi mana? " tanya tiara.
" mak mah keluar pergi pasar. "
" oh.. "
Mak yah datang membawa minuman. Dia menghidangkan air untuk tiara dengan penuh hati-hati.
Tengku adam melangkah masuk ke dalam rumah. Tidak lama lagi dia akan menjadi ceo,jadi dia perlu berusaha. Baharu sahaja dia nak naik ke atas, tiara menegurnya.
"penat ke balik kerja? " tanya tiara.
" bila tiara balik. Kata esok. "
" saja nak buat surprise" kata tiara. Dia membawa secawan air untuk abangnya itu.
"thanks. " tengku adam meminum air itu.
" macam mana kerja. Tak lama lagi makin sibuk." kata tiara.
"abang masih training. Banyak benda abang kena tanggung. " kata tengku adam.
" tiara pun akan bekerja kat tengku holding. Cukuplah 4 tahun tiara dekat negara orang. "
" baguslah tu. "
" papa pukul berapa balik? " tanya tiara.
" dalam pukul 5 balik lah tu. "
" oh.. Abang gi lah naik atas mandi. Lepastu rehat. "
" okey. " jawab tengku adam.
Hari ini tiara mahu membuat kejutan untuk yaya. Yaya tidak tahu yang dia sudah pulang ke Malaysia.
Dia memandu sendiri ke rumah yaya. Akhirnya dia sampai di hadapan rumah yaya.
Dia menekan loceng rumah. Kemudian keluar puan sri rafiah.
"assalamualaikum aunty . "
" waalaikumusalam."jawab puan sri rafiah.
"yaya da tak? "
" ya Allah. Tiara ke?"
"aah."
"jemputlah masuk."
"tia datang nak buat surprise untuk yaya. "
" oh. "
Tiara pun masuk ke dalam rumah agam itu.
" tiara tahu kan bilik yaya. "
" tahu. Tia pergi dulu. "
Tia naik ke tingkat atas. Dia membuka pintu bilik yaya. Dia melihat yaya sedang berbaring atas katil sambil bermain telefon bimbit.
" ye umi. Ada apa? " tanya yaya. Dia tidak yang masuk itu ialah tiara.
" bangunlah. Kau dah mandi ke belum." kata tiara.
"tiara kau ke tu!"
"aku lah ni. Takkan lah umi kau. "
" tiara! "
Yaya terus memeluk tiara.
" kau balik tak bagitahu aku pun. Jahat lah kau ni. "
" saja nak buat surprise. "
" jom lah turun bawah. "
Tiara dan yaya turun kebawah.
" tia, yaya. Meh sini aunty dah buatkan air ni " panggil puan sri rafiah.
" buat susah - susah je aunty. " kata tiara.
" tak de susahnya pun. Jemputlah minum. " kata puan sri rafiah.
" terima kasih aunty. " kata tiara.
" sama - sama " jawab puan sri rafiah.
" makanlah tiara. Kau macam mana kat sana? " tanya yaya.
" aku okey je. Kedai kek aku pun aku dah tutup.kau punya mochi ada kat dalam kereta tu. Aku lupa nak ambik. "
" biarkan lah dulu kat situ. Kau memang eh. Dah lah balik tak cakap.pastu kata nak balik sebelum aku kahwin. "
" saja je aku gurau. Korang dah cari ke barang hantaran? " tanya tiara.
" kitaorang rancang nak beli bulan depan. Kau jadi pengapit aku eh. "
" mestilah. Kau sekarang kerja ke? "
" harini aku amik cuti. Kau duduklah rumah aku lama sikit. Aku nak lepas rindu kat kau. "
" boleh. Dalam pukul 6.00 nanti baru aku balik. "
" aku nak tumpang toilet kejap. "
" haa. Pergilah. "
Tiara berlalu ke tandas.
" okey, jumpa lagi nanti. Aku balik dulu. " kata tiara.
"iye.. Nanti kalau kau free kau datang lah lagi tak pun kita outing."
"boleh. Tapi sekarang aku kena balik. Nanti mama aku marah. "
" ok bye. "
Yaya melambaikan tangannya. Tiara turut melambaikan tangannya.
Tiara mencapai penyapu yang berada di diam stor. Dia mahu menolong membersihkan sampah. Dia hanya memakai skirt paras betis dan tshirt lengan panjang.
Sedang dia menyapu kedengaran orang menekam butang lonceng. Kerana dia sudah berada di luar di cuba menjenguk siapa yang datang.
"ye. Nak cari siapa. " tiara memandang perempuan yang berada di hadapannya. Perempuan itu memakai singlet sleeveless dan seluar jeans paras peha.
Tiara mengaku baju itu agak seksi dan menampakkan peha gebunya itu.
" you ni maid baru ke? I nak cari tengku adam. "
" cik ni siapa? " tanya tiara.
" i bakal tunang tengku adam. "
" oh.. Bakal tunang. "
" i tanya tengku adam ada tak? "
" dia ada. "
" haa. Panggilah cepat. You tu jadi maid buat kerja laju sikit. "
" boleh saya tahu cik datang nak buat apa? "
" hey! Apasal kau banyak tanya. Tahu tak kat luar ni panas. "
" dah tahu panas pergi pakai macam tu kenapa? Nak badan surnburn. Lagi satu saya bukan maid. "
" kau memang nak kena pecat ke? Aunty layla! " jerit perempuan itu.
" ada apa emelin? Terjerit - jerit depan rumah aunty ni. " tengku layla keluar dari rumah.
" maid baru ni ha. Dia tak kasi emelin masuk. Pecat je dia ni aunty. "
Emelin ialah jiran yang baharu sahaja berpindah di situ. Setiap minggu dia akan datang ke rumah itu untuk berjumpa tengku adam.
" kau.sesuka hati je nak pecat orang. " kata tiara.
" kenapa emelin datang ni? " tanya tengku layla.
" harini kan tiara nak balik. Boleh emelin berkenalan dengan dia. " kata emelin.
" kau tak layak nak berkenalan dengan tengku tiara. Perangai dah lah macam apa. Mesti kau terhegeh - hegeh dengan tengku adam. "
" aunty tengok dia ni. "
" dah-dah. Masuk dulu emelin. "
" ma.. Jangan cakap yang tiara ni tiara. Mama panggil amanda. Tia nak tengok perangai dia ni. " bisik tiara pada tengku layla.
" okey. "
Dia dalam rumah emelin terus melabuhkan punggung di sofa tanpa di pelawa.
" emelin duduk dulu. Aunty nak naik atas kejap. " kata tengku layla.
" ok aunty. "
Tengku layla terus naik keatas. Tiara yang menyuruhnya naik. Dia sebenarnya tidak terlalu suka pada emelin kerana perangai. Tapi kalau dia halau nanti apa jiran kata.
" hey bibik. Kau buatkan air. Itupun tak pandai. " arah emelin pada mak yah.
" mak yah tak payah buat. Mak yah pergi je dapur. Jangan buatkan dia air. " kata tiara yang muncul dari luar.
" kau ni kenapa? Korang tu sebagai bibik buatlah kerja sebagai bibik. Tak payah lah nak tunjuk yang kau berkuasa dalam rumah ni. "
" bibik untuk rumah ni. Bukan untuk kau. Datang - datang rumah orang nak ngadu - ngadu pula. Nape rumah kau tak ada bibik ke. Ke kau layan bibik kau macam hamba. "
" diamlah. Pergi panggil tengku adam. "
Tiba - tiba tiara mendapat idea.
" baik. "
" tahu pun nak dengar apa yang aku cakap. Kau kena ingat tak lama lagi rumah ni akan jadi rumah aku juga. "
Share this novel