Bab 33

Romance Series 10848

Ally mengelap peluh. Sudah 2 jam dia di gym itu. Dia terus pergi ke bilik air untuk mandi. Sebaik sahaja dia keluar dari bilik air dia terus ke loker untuk mengambil barangnya.

Selepas membuat pembayaran. Dia terus ke restoran berdekatan untuk makan. Dia memesan mee goreng basah dan air mocha.

Tiba - tiba bahunya disentuh seseorang. Dia memandang gerangan tersebut.naik meluat dia tengok orang di depanya itu.

"ally i nak cakap sesuatu. " kata tiara.

" kau nak cakap apa. Kita dah tak de apa - apa. Kau pergilah dengan jantan tu. Aku dah tak nak amik kesah pasal kau lagi. " kata ally sinis.

" ally please bagi i satu lagi peluang. "

" waiter. Ini duit untuk makanan ni. Keep a change. " ally memanggil pelayan dan menghulur kan duit not rm 50 sebelum berlalu pergi.

" ally. Lelaki tu.. "belum sempat tiara mahu bercakap ally sudah memotong.

" lelaki? Dia tak layak lah nak panggil lelaki. Jantan tu memang kurang ajar. Kau pun sama. Betina sundal!! "

Bagai luruh jantungnya. Apabila dipanggil begitu sekali oleh ally. Hina sangat ke dirinya??

" lepasni kau jangan cari aku lagi. Aku dah tak nak tengok muka kau lagi!! "

" okey. Lepasni i tak akan cari you lagi. Good bye.. " tiara terus berlalu pergi. Dia sudah penat. Apa salahnya dihina begitu sekali. Dia tersenyum nipis bersama air mata yang mengalir. Dia terus menuju ke kereta.

Ally pula terus masuk ke dalam kereta dan memecut laju pulang ke rumahnya.

" tiara kenapa tiara menagis ni??" tengku adam kelam kabut apabila tiara menangis.

"hina sangat ke tiara ni?? "

" tiara jumpa dia ke? "

" ye.. Dah lah.. Tiara dah move on. Tiara nak balik. Lepastu tolong belikan tiket flight yang baru. Esok juga tiara nak pergi Amsterdam.

"bukan ke tiara nak pergi next week. "

" no.. Tiara nak pergi esok. "

" iyalah. "

Tiara menanggalkan rantai yang di berikan ally. Dia melemparkan keluar rantai itu. Dia tidak mahu ada memorinya bersama ally. Gambar ally di dalam telefon bimbitnya dihapus semua.no telefon ally di block dan di padam.

" selamat tinggal. I akan lupakan you. Semoga you akan jumpa dengan perempuan yang sempurna." tiara berkata perlahan.

" betul ke kau nak pergi esok?? Bukan ke minggu depan. " yaya memeluk badan tiara. Mungkin dia akan rindu dengan kawannya itu.

" aku dah buat keputusan. Aku dah tak tahan nak tinggal kat sini lagi. "

" ally tu memang nak kena. Kalau aku kan dah lama aku bunuh dia tu.. "

" kau ni tak baik lah macam tu. Dia kan kawan nik. "

"kawan ke tak kawan ke.. Ada aku kisah. Dia dah melebih. Nak panggil orang betina sundal pulak. Dia tu jantan keparat."

Tiara ketawa kecil. Mesti dia rindu kawanya yang sorang ni. Banyak betul mulut dia ni.

"dah lah aku nak kemas baju. "

" okey. Aku tolong eh.. "

" iya.. "

Tiara meletakkan luggage di tepi almari. Dia turun kebawah untuk minum petang bersama kawan baiknya itu.

" kau nak cake ni?? "soal yaya. Dia menyuapkan kek buatan mak yah ke dalam mulutnya.

" kau makan lah. Aku dah rasa tadi. " jawab tiara.

" esok kau flight pukul berapa?? "

" pukul 3 petang. Aku nak pergi jumpa boys aku dulu. "

" oh.. Esok aku ikut hantar kau boleh?? "

" boleh. Takkan kah tak boleh. "

" nanti jangan lupa negara sendiri. Ingat jangan gembira sangat. Kesian aku kat sini dah tak de orang nak jaga. "

" alaa.. Jangan lah sedih. Nik kan ada. Dia boleh jaga kau. "

" malam ni aku nak tidur sini boleh? "

" kau nak tinggal terus pun boleh. "

" thanks. "

Mereka berbual. Kadang - kadang mereka ketawa. Sedar tak sedar mereka berbual sehingga pukul 7 malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience