"kenapa tak cakap abang nak balik sekali?" tanya tiara.
"kalau abang tak balik tak tahu jadi apa dengan tiara. "
" abang tiara okey. Tak payah nak risau. "
" tak payah nak risau? Semalam sapa yang belasah sapa?"
"dah dia yang cari pasal. Abang tak payah ikut lah tiara nak pergi rumah ally. "
" no.. Abang nak ikut juga. Ingat boleh ke dengar dia hina adik abang macam tu je.. "
" suka hati abang lah. "
Tiara menyuap makananya sehingga habis.
Tiara mendail nombor telefon yaya. Selepas panggilan di sambungkan terdengar suara yaya membagi salam.
" assalamualaikum "
" waalaikumusalam"jawab tiara.
"ada apa kau call aku ni? "
" jom teman aku pergi rumah ally. "
" aku rasa tak boleh lah.. Sorry tiara."
"tak pe lah aku pergi dengan abang adam je lah. "
" abang adam ada ke? "
" ada kat sini. "
" oh.. Sorry tau. Umi aku ni haa.. Dia ajak aku pergi rumah kawan dia.. Padahal ada je adik aku tu.. "
" kau teman je lah aunty. Buat apa kau nak ikut aku.. Mungkin kalau aku pergi ally tak nk tengok muka aku. " suara tiara mula sebak.
" janganlah macam ni.. Kalau dia tak nak dengar apa yang kau nak cakap. Aku datang rumah dia aku kasi flying kick nanti. " kata yaya dalam nada seloroh.
" thanks kau selalu ada waktu aku susah. "
" dah nama pun bestie. "
" iya lah. Okey lah aku dah nak pergi. Doa - doa kan lah aku"
"iye.. Bye.."
"bye.."
Tiara mematikan panggilan. Dia terus menyarungkan sandal dan menuju ke kereta vellfire milik bapanya.
Tengku adam lah yang mahu memaki kereta bapanya. Dah nama kepala batu mestilah kena ikut dia je.
Tiara menekan lonceng rumah milik keluarga ally. Selepas 1 minit menunggu interkom di luar rumah berbunyi.
"ye.. Nak cari sapa"kedengaran suara perempuan lewat 40 an. Mungkin pembantu rumah.
"saya nak cari ally erfan ada? "
" tuan ada. Tapi dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa . "
" kalau macam tu tolong panggilkan datin kamsiah. "
" baik tapi sebelumnya. Cik ni siapa? "
" saya tengku tiara. "
" oh.. Tunggu sebentar. "
Tak lama kemudian pintu pagar terbuka.
" assalamualaikum aunty" tiara menyalam tangan datin kamsiah.
"waalaikumusalam meh lah masuk. "jawab datin kamsiah.
" tak pe lah. Tiara datang nak jumpa ally. Ally ada? "
" ally ada. Tapi tu lah dia tak nak jumpa sapa-sapa."
"tolong bagi surat ni kat ally. Tiara nak minta maaf kalau tiara ada buat salah dengan aunty. Tak pasal - pasal ally terperuk dalam bilik je.. " kata tiara. Dia menghulurkan sampul surat bewarna coklat itu kepada datin kamsiah.
" tiara tak de buat salah dengan aunty pun. Ally tu yang tak pandai nak bincang elok - elok. Nanti aunty bagi surat ni dekat dia. " kata datin kamsiah.
" thanks aunty. Tiara balik dulu. " kata tiara. Dia menyalam tangan datin kamsiah sebelum masuk ke dalam kereta.
Ally yang berada di atas cuma memandang tiara pergi. Tapi hatinya semakin sakit apabila seseorang membuka pintu untuk tiara. Lelaki itulah yang dia nampak di rumah tiara." dasar perempuan murahan. Kau datang sini bawak jantan tu. Heh.. Betina sundal" kata ally dalam hati.
Share this novel