BAB 2

Romance Completed 8164

“Fuad.”

“Hah? Kenapa dengan Fuad? Dia dah kahwin kah?” soalan bertubi-tubi daripada Afiqah membuatkan Hashiras bertambah lebar senyuman nakalnya.

“Dia kirim salam pada kau.”

“Bila?”

“Semalam. Aku contact dia semalam. Kau nak tahu, dia dah kerja di sebuah syarikat korporat sekarang, sebagai Project Manager.” Tersenyum malu Afiqah, apabila terdengar sahaja perkataan ‘Fuad’. Lelaki yang telah menambat hatinya semasa di universiti, hingga kini. Hanya Hashiras yang mengetahui akan kenyataan itu. Afiqah malu-malu untuk mengatakan bahawa dia ada hati pada Fuad atas faktor Fuad sendiri. Fuad merupakan jejaka yang menjadi perhatian ramai gadis, tambahan pula dia memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung MPP ketika di universiti dahulu.

“Wei! Dah la tu, senyum seorang diri macam tu. Macam orang gila tahu tak? Okay, esok macam mana? Kau dah tahu di mana tempat temuduga tu?” sampuk Hashiras kerana Afiqah tidak berhenti-henti senyum seorang diri dari tadi. Membuatkan dia mula risau. Takut berjangkit pada dirinya. Penyakit angau memang bahaya.

“Oh ya, mujur kau tanya. Aku tak tahu la syarikat tu di mana. Tapi alamatnya aku ada, lah.”

“Kalau macam tu, pagi esok aku panggilkan teksi. Kau beri alamat tu pada driver , nanti dia bawa kau ke sana, ya?” Afiqah mengangguk bersetuju. Apa-apa pun, dia sudah berada di Kuala Lumpur. Kota metropolis. Dia harus belajar berdikari. Takkanlah nak bergantung pada Hashiras sepanjang masa.

“Terima kasih ya, pak cik.” Ucap Afiqah sambil menghulurkan not RM10 kepada pemandu teksi yang dinaikinya. Turun sahaja dia dari teksi, kepala terus didongak memandang bangunan yang tertulis Putra Holdings sebagai nama syarikat.

“Putra Holdings.” Afiqah menghela nafas. Pendek. Dada yang berdebar cuba ditenangkan. “You can do it, Fiqah!” Afiqah menggenggam tangannya sambil mengucapkan kata-kata semangat dalam hati.

“Alyaa? Alyaa Afiqah?” Afiqah tersentak lalu berpaling kepada gerangan pemilik suara yang memanggil namanya. Suara yang amat dirindui. Dada yang berdebar tadi semakin bertambah kencangnya. Afiqah dan pemilik suara itu saling berpandangan. Mereka berdua tersenyum. Afiqah tertunduk malu.

“Balik? Ada apa, mak?”

“Alah, kamu balik sajalah. Nanti di kampung mak beritahu.”

Setelah berbalas salam, gagang diletak. Kepalanya yang tidak gatal digaru-garu. Kenapa pula ibunya menyuruhnya pulang ke kampung secara tiba-tiba? Musykil sungguh. Baru sebulan dia mula bekerja, sudah disuruh pulang oleh ibunya. Cuti perlu diminta. Cuti tanpa gaji.

“Mak, Iqah tak boleh terima semua ni. Mana boleh paksa-paksa orang kahwin sesuka hati?” Afiqah membantah. Cincin tunang yang tersarung di jari manis kanannya dicabut. Puan Aminah menghela nafas. Berat. Terasa bersalah terhadap anak gadisnya yang seorang itu.

“Maafkan mak, Iqah. Ini wasiat datuk Iqah. Mak tak boleh buat apa-apa.”

“Wasiat? Wasiat apa, mak? Iqah tak faham. Kenapa atuk sanggup buat cucunya macam ni. Kenapa atuk tak bincang dulu dengan mak dan arwah ayah pasal ni?” Afiqah mula tidak tenang. Baginya, wasiat datuknya sangat tidak masuk akal.

“Iqah, atuk Iqah pernah selamatkan nyawa cucu orang tu. Jadi, dia rasa terhutang budi, lalu, dia cadangkan untuk menjodohkan kamu berdua bila kamu dah besar.”

“Kami berdua?”

“Ya, Iqah dengan cucu orang tu.” Afiqah terdiam. Dia berfikir, lama. Merenung ke luar tingkap biliknya. Mungkin ini takdirnya. Berkahwin dengan orang yang tidak pernah dikenalinya. Orang yang telah diselamatkan oleh datuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience