BAB 1

Romance Completed 8164

“Mak! Iqah pergi dulu, ya?” laung Afiqah dari luar rumah setelah lama menunggu ibunya.

“Nanti dulu, Iqah! Nah, roti goreng. Makan dalam bas nanti. Nanti lapar pula dalam bas nanti.” Ucap Puan Aminah setelah muncul di muka tangga sambil menghulurkan sebekas Tupperware kepada Alyaa Afiqah.

“Mak ni susah-susah je. Bukannya bas tu tak berhenti langsung nanti.” Tangannya mencapai bekas roti lalu dimasukkannya ke dalam beg sandangnya. “Okaylah, mak. Iqah pergi dulu, assalamualaikum…”

“waalaikumussalam, jalan tu elok-elok. Jangan cakap dengan orang yang tak dikenali. Hati-hati. Lagi, kalau dalam bas nanti…”

‘’Kalau dalam bas nanti, jangan tidur, kan mak? Iqah ingatlah pesanan mak. Mak jangan risau sangat, ya? Iqah dah besar. Dah boleh jadi mak budak ni hah! Hehehe…”

Tersenyum Puan Aminah mendengar kata-kata anak dara sulungnya yang seorang itu. Afiqah memang suka bergurau dengan ibunya. Lebih-lebih lagi ketika ibunya sedang memberikan nasihat. Seperti setiap patah perkataan ibunya sudah terlekat mati di fikiran Afiqah, sehingga semuanya boleh dihafal dan diulang tanpa tertinggal satu pun perkataan. Setelah bersalam dengan ibunya, Afiqah menaiki teksi menuju ke stesen bas. Dia akan ke Kuala Lumpur hari ini. Mencari pekerjaan sementara menunggu panggilan untuk pekerjaan tetap sebagai pemegang ijazah Pengajian Polisi.

“Alyaa! Sini! Sini!” Afiqah yang baru sahaja menjejakkan kakinya ke tanah tersentak. Matanya meliar mencari pemilik suara itu. Suara yang amat dikenalinya. Setelah beberapa ketika, target dikenalpasti. Afiqah tersenyum.

“Alyaa! Rindunya aku kat kau, ya Allah, lama betul ya kita tak jumpa lepas habis belajar hari tu?” Sapa Hashiras, teman rapat, teman sebilik, teman seuniversiti merangkap teman menggila Alyaa Afiqah ketika belajar dulu. Teman-teman umumnya memanggil Afiqah dengan nama hadapannya berbanding ahli keluarga Afiqah yang gemar menggelarkannya sebagai Iqah.

“Lama la jugak, dalam setahun macam tu, kan?” jawab Afiqah, pendek. Penat memikul beg tadi belum hilang. Mana tidaknya, semua jenis kerepek disumbat ke dalam beg oleh ibunya, untuk Hashiras katanya. Benar, Hashiras memang gemarkan kerepek buatan ibunya. Superb katanya. Kegemarannya pada kerepek menimbulkan gelaran hantu kerepek kepadanya ketika di universiti dahulu. Namun, seperti biasa, Hashiras langsung tidak terkesan dengan gelaran itu.

“Aku ada banyak cerita nak kongsi dengan kau. Nanti kita sampai rumah, kau mandi, solat, makan, then kite gossip, ye? ” kata Hashiras sambil menukar haluan kereta Perodua Viva yang dipandunya memasuki suatu lorong dan di tepi lorong itu ada satu papan tanda bertulis ‘Taman Melati 3’.

“Kau nak gossip apa, ni? Cepatlah beritahu, aku tak sabar dah ni!” gesa Afiqah setelah selesai mengemaskan meja makan lalu duduk di hadapan Hashiras yang khusyuk menonton drama Korea kesayangannya, Secret Garden.

“Okay, tarik nafas dalam-dalam, dulu.” Ucap Hashiras setelah memadamkan televisyen menandakan drama kesayangannya telah tamat. Afiqah yang tidak sabar dari tadi melakukan apa yang disuruh. Menarik nafasnya sedalam yang mungkin dan menghelanya dengan bunyi yang kuat. Hashiras tersenyum nakal.

“Eh, kenapa kau tiba-tiba senyum macam tu?”

“Aku rasa, kau mesti nak dengar satu cerita ni.” Senyumannya tak lekang. Terus mengundang persoalan di minda Afiqah.

“Cerita apa? Cepatlah beritahu, cepatlah!” gesa Afiqah sambil menggoncangkan badan sahabatnya. “Uish, kau ni pun. Cubalah bawa bersabar. Aku tak cerita nanti, kempunan kau!” Hashiras mula jual mahal.

“Alah, Okay, aku minta maaf. Tolong cerita sekarang ya, Tuan Puteri Hashiras.” Rayu Afiqah. Dia harus mengalah jika ingin mengetahui sesuatu daripada Hashiras kerana Hashiras tidak akan berhenti jual mahal jika sama-sama berkeras. Lebih-lebih lagi, Hashiras amat terkenal sebagai Queen di dalam kelas mereka dahulu. Tanya sahaja gossip apa, semuanya dapat diceritakan kerana dia, the Queen of Gossip.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience