BAB 10

Romance Completed 8164

“Sebab saya tersesat semalam di shopping complex. Hahaha…”

“Tersesat? Jadi macam mana Cik Puan boleh jumpa jalan pulang semalam?”

“Saya balik dengan kawan semalam, Bik. Baik orangnya.” Tiba-tba senyuman terukir di bibir Afiqah tatkala teringat sahaja kepada Fuad.

“Wah, manis betul senyuman Cik Puan. Teman lelaki, ya?”

“Bibik, saya kan dah kahwin. Manalah boleh ada teman lelaki lagi.”

“Jadi, bekas teman lelaki?” Bibik masih belum puas mengorek rahsia. Afiqah termalu sendiri. Ya tak ya. Apa status sebenar aku dan Fuad, ya? Complicated, maybe? Hahaha…

“Iyalah, tu. Tiba-tiba saja senyumannya makin lebar.” Bibik mengusik lagi. Kini pipi Afiqah benar-benar kemerahan. Panas. Bibik begitu suka mengusik Afiqah. Tambahan lagi, sudah dianggapnya Afiqah bagai anaknya sendiri.

“Risau? Bibik cakap, muka si Hitler tu macam risau semalam? Risau pasal apa?”

Afiqah memintal-mintal rambut ikalnya. Apa yang dirisaukan oleh Amyr agaknya.

“Ah, malas nak fikir. Lantak dialah!”

Tok! Tok! Tok!

“Alyaa, boleh aku cakap sekejap?” Huh? Si Hitler! Panjang betul umurnya. Baru saja fikir, sudah muncul.

“Sekejap!” Pintu biliknya dibuka. “Ya, tuan? Ada apa?”

“Esok, teman aku. Kita balik Mont Kiara.”

“Kenapa? Puan Cleo tak boleh teman, kah?” Spontan sahaja pertanyaan itu keluar dari mulut Afiqah. Amyr mengerutkan dahinya.

“Cleo? Siapa?” Afiqah kaget. Aduh! Kenapa aku boleh terlepas cakap ni?

“Maksud saya,Puan Salina. Tuan kenapa tak ajak Puan saja?”

“Dia busy esok. Eh, ikut sajalah. Banyak pula songehnya.”

Afiqah tersengih seperti kerang busuk.

“Hah, masuklah Alyaa. Lama betul ibu tak jumpa kamu. ” Puan Aisyah menjemput anak menantunya masuk. Alyaa hanya tersenyum. Senang diperlakukan sebegitu. Sememangnya hanya Puan Aisyah yang amat menyayanginya dalam keluarga Amyr. Puan Aisyah merupakan ibu kandung Amyr Afiq. Walaupun Puan Syarifah hanyalah bergelar ibu tiri, Amyr tetap menganggap Puan Syarifah seperti ibu kandung, begitu juga dengan Puan Syarifah.

“Lepas ni bolehlah kita berbual panjang ya, Lya? ”

“Awak ni, anak tu baru saja duduk. Sudah banyak yang dicadangkannya.” Datuk Mukhriz memotong. Puan Aisyah memang terkenal dengan sifatnya yang peramah.

“Abang saya dah lama tak jumpa dia. Masa nikah hari tu pun, sekejap saja sempat berbual. Biarlah saya borak dengan Alyaa lama sikit.”

Afiqah tersenyum mendengar kata-kata ibu mertuanya. Sesekali Amyr mengerling memandang Afiqah. Amboi, senyum panjang. Sukalah tu.

“Alhamdulillah, kenyangnya. Sedap betul la ibu masak. Tak rugi Lya datang.”

“Kalau macam tu datanglah hari-hari. Nak tinggal sini pun tak apa. Boleh ibu ajarkan. ”

Afiqah tersengih. Dia memandang Amyr. Amyr juga tersengih. Mungkin terkesan dengan kata-kata ibunya. Memang benar, Puan Aisyah ingin benar tinggal sebumbung bersama anak menantunya. Namun, terhalang oleh hasrat Amyr yang ingin tinggal di banglo sendiri.

“Ibu kalau ada masa, Insya’Allah. Kami akan datang. Amyr kan selalu busy. Ibu janganlah macam ni.” Dengan spontan, Amyr menjeling tajam kepada Afiqah. Afiqah yang menyedari jelingan maut itu hanya melarikan pandangan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience