BAB 7

Romance Completed 8164

“So? Are you telling me that I’m lying to you now??”

“Listen, Sally. I know something like this might be happened someday but I didn’t expect that it would be that girl. But Sally, I wonder, kenapa you still nak kahwin dengan I though you dah tahu I ni suami orang?”

Salina mengetapkan bibir. Membisu.

Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Kelihatan sebuah Toyota Camry dipandu masuk ke perkarangan banglo milik Amyr dan Afiqah. Seorang lelaki keluar dari kenderaan itu dan menuju ke pintu banglo berkenaan. Pintu itu dibuka kuncinya. Beliau masuk setelah menanggalkan kasutnya dan menuju ke tangga tengah banglo tersebut. Namun baru sahaja beberapa langkah berjalan, langkah itu terhenti. Lelaki itu memandang ke arah ruang tamu banglo tersebut. Kelihatan seorang wanita sedang terbaring tidur dengan nyenyaknya di situ.

“Bibik! Bibik!”

“Ya? Ada apa Cik Puan? Pagi-pagi sudah bising ni? Ada apa?”

“Bibik, semalam, saya tidur di ruang tamu. Macam mana saya boleh ada di bilik saya pagi ni? Bibik yang angkat kah?”

“Bibik? Haha, Cik Puan. Tengoklah bibik ni, agak-agaknya laratkah nak angkat Cik Puan, ni?” Afiqah mengetap bibirnya. Benar juga kata Bibik. Takkanlah tubuh tua itu larat untuk mengangkatnya. Namun persoalannya sekarang ini, siapa yang telah mengangkatnya? Amyr? Ah! Tak mungkin, semalam kan dia tidak balik ke banglo.

“Mungkin aku yang tidur berjalan agaknya!”Fikir Afiqah lalu menuju ke dapur untuk membantu Bibik menyiapkan sarapan.

“Tuan Amyr, Datuk nak jumpa.”

“Ada apa, Tasha?”

“Itu…saya kurang periksa, tuan.” Amyr bingkas bangun menuju ke pintu pejabatnya.

Tok! Tok!

“Masuk!” Kedengaran suara dari dalam mengarahkan. Amyr tanpa membuang masa memutar tombol pintu dan menutupnya semula tatkala sudah berada di ruangan pejabat Datuk Mukhriz.

“Duduk, Am.”

“Ada apa papa nak jumpa Am?” Tanya Amyr sambil duduk di sofa panjang yang terletak di tengah bilik pejabat Datuk Mukhriz. Datuk Mukhriz tidak segera menjawab. Dibiarkan Amyr untuk mengambil nafasnya dahulu. Kedua tapak tangannya disatukan sambil jari-jemarinya menyelati antara satu sama lain. Amyr yang memerhati dari tadi memandang hairan.

“Papa?”

“Oh, ya! Papa nak tanya, apa pendapat kamu tentang projek di Bukit Antarabangsa, tu? Kamu berminat?”

“Bukit Antarabangsa? Projek kondo mewah tu kah, pa? Bukankah itu projek Syarikat Diamond Holdings, apa kena mengena dengan kita, pula?”

“Kamu berminat atau tidak?” Datuk Mukhriz mengulang kembali bahagian terakhir soalannya tadi dengan menekan sedikit nada suaranya.

“Pa, Diamond Holdings sepatutnya dah beri projek tu kepada Mega Berhad, kenapa kita perlu campur tangan lagi? Tender tu sudah diberikan, kita sudah tak boleh buat apa-apa lagi. Apa yang papa cuba sampaikan, ni? Am tak faham.”

“Datuk Merican akan berikan projek itu kepada kita…”

Terbeliak mata Amyr apabila Datuk Mukhriz berkata sedemikian rupa. Masakan tidak, setahu Amyr, projek kondo mewah itu sudah bermula tempohnya dua minggu yang lalu. Jika projek itu beralih tangan sekarang, Syarikat Diamond Holdings juga yang akan mengalami kerugian besar.

“Apa maksud papa ni? Am still tak faham. How could that be?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience