BAB 5

Romance Completed 8164

“Ya, mak. Dengan gadis pilihan mamanya. Biarlah mak. Janji mereka bahagia.”

“Masalahnya kamu yang kena makan hati. Kamu nak macam tu? Berkongsi kasih?”

“Sayang pun tak, makan hati apanya, mak?”

“Kamu ni, Iqah. Suka hati kamulah.” Hashiras yang duduk menghadap Puan Aminah memandang Afiqah. Afiqah membalas pandangan Hashiras, dengan maksud ‘Aku bebas sikit kalau dia kahwin lagi’ . Afiqah tersenyum.

“Aku tak sangka yang kau akan kahwin dengan si Salina tu, Am. You know, I thought that both of you just broke up.” Amyr menghirup kopi panas di hadapannya.Hangat lidahnya. Sehangat hatinya. Dia pun tidak mengerti mengapa mamanya begitu mementingkan kawan berbanding anaknya sendiri.

“Aku tak ada pilihan. Kau pun tahu, aku dah kahwin dengan Lya.”

Fuad terdiam. Lya. Jadi itu panggilan Amyr kepada Alyaa. Secara tiba-tiba cemburu menjengah minda. Fuad menggenggam kejap mug kopi di hadapannya. Jika mug itu diperbuat daripada plastik, sudah kemek dibuatnya.

“Aku harap, kau jangan mainkan perasaan Alyaa. Jangan pernah lukakan hatinya. Apatah lagi buat dia menangis. Aku nak kau janji.”

Tersentak dengan kata-kata itu, Amyr terus membalas, “Okay.”

Fuad bangun lantas beredar dari Fullhouse Café, tempat wajib bagi mereka untuk melepak. Amyr menjongketkan keningnya. Dia hanya mampu menghantar Fuad keluar dengan pandangan tidak mengerti.

Fuad kenal Lya? Siapa Fuad kepada Lya? Siapa Lya kepada Fuad? Soalan bertubi-tubi bermain di fikiran Amyr. Perkara itu sangat mengganggunya. Entah mengapa dia pun tidak pasti.

Afiqah yang sedang mengemas ruang tamu terhenti kerjanya tatkala melihatkan wajah Amyr yang berkerut-kerut.

“Tuan fikir apa?”

“Kau ni, bagi salam dulu boleh tak? Terkejutlah!”

Afiqah tersengih. “Maaf tuan. Assalamualaikum! Tuan fikir apa tu?” Afiqah mengulang kembali soalannya tadi. Amyr mendengus.

“Sibuk betul. Kerja dah siap?”

“Dah!”

“Dah masak untuk makan malam?”

“Sudah, tinggal nak hidang saja.”

“Bilik aku dah kemas?” Afiqah yang tersengih dari tadi terdiam. Matanya memandang ke atas, tanda cuba mengingat. TIba-tiba, sengihannya bertambah.

“Kemas esok boleh tak, tuan? Dah malam ni.”

“Ah! Tak ada! Aku nak kau pergi kemaskan bilik aku sekarang juga!” Sergah Amyr. Afiqah mencebik. Lalu berlalu dari situ membawa kain lap dan bulu ayam.

“Bukannnya tak boleh kemas esok. Bukannya ada orang yang nak jenguk ke bilik dan periksa setiap sudut dengan ujian tahap kedebuan bilik. Sampai hari-hari nak kena kemas.”

“Aku dengar tu, Lya!” Terbeliak mata Afiqah. Tak sangka baginya Amyr dapat mendengar suaranya yang berfrekuensi serendah mungkin itu.

“Maaf tuan. Saya pergi sekarang, tuan.” Baru sahaja anak tangga kelima dinaikinya, Afiqah dipanggil.

“Ya, tuan? Ada apa?”

“Pergi siapkan makanan. Aku lapar.” Separuh ternganga mulut Afiqah mendengar arahan kedua itu. Mana satu yang harus dikerjakan dulu? Kemas bilik atau sediakan makanan?

“Tunggu apa lagi? Pergilah buat kerja!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience