BAB 14

Romance Completed 8164

“I’m sorry , Sal. But I really meant it.”

“Makanlah, favourite you ni. Penat I masak, tau.”

“I really appreciate that , but still, I’m not hungry. Sorry.”

“You ni, kan! Ape yang I buat, tolong you selama seminggu ni langsung tak dapat ubah mood you, kan? Kenapa dengan you ni? Apa masalah you? You langsung tak kesian kan I kan? I balik penat-penat dari Milan tu, bergegas tau, semata-mata untuk jaga you. Tapi ni balasannya bila I dah ada kat sini? You ni memang tak tahu berterima kasih!”

“Well, if I’m that bother to you, just leave.” Salina bagai tidak percaya. Kata-kata itu keluar dari mulut Amyr sendiri.

“Okay, fine! I’ll leave! And you, stop looking for me because I’m not going to accept you anymore in my life!”

Amyr menjerit. Beliau menyelerakkan segala apa yang ada di hadapannya. Cadar dan bantal ditarik. Telefon di tangannya dibaling ke pasu tembikar di penjuru biliknya. Pasu itu pecah dan bunyi itu mengejutkan seluruh isi rumah.

“Bibik…” Amyr yang terbaring di lantai biliknya menegur, lemah. “Ya, tuan.”

“Mana Alyaa?” Bibik tidak terus menjawab. Dia mengangkat tubuh yang makin kurus saban hari itu ke katil dengan kudrat tuanya.

“Puan Alyaa…dia..umm…”

“Kenapa , bik?” Bibik membisu. Dia sedang berkira-kira, patut atau tidak untuk dia mengatakan hal yang sebenarnya kepada Amyr.

“Cakap bik, mana Alyaa?”

“Tuan, masa Puan Lya jaga tuan hari tu, bukan kah tuan sudah katakan yang tuan tak nak tengok dia lagi selepas Puan Salina kembali?”

“Jadi?”

“Jadi…Puan Alyaa dah balik ke kampung halamannya malam selepas kepulangan Puan Salina.”

“Kenapa Bibik tak cakap pada saya?”

“Papa tak tahu alamatnya wujud lagi ke tak. Tapi kamu cubalah cari dulu.”

Amyr memecut kenderaan empat rodanya menuju ke destinasi hati. Dia sangat berharap bahawa alamat itu masih ada supaya dia dapat menemukan Alyaa Afiqah.

“Mak, Iqah ke surau dulu, ye? Assalamualaikum!”

“Yalah, jalan elok-elok. Waalaikumussalam…”

Malam ini malam Jumaat. Ada kenduri tahlil di surau Kampung Buluh Betong. Afiqah telah berjanji untuk bersama-sama menyertai kenduri itu bersama teman-teman sekampungnya. Berjanji untuk membawa adik-adiknya juga.

“Gelapnya. Tak ada lampu agaknya kampung ni. Jalan-jalannya semua gelap dan sunyi. Bahaya betul.” Amyr memandu perlahan kenderaannya. Bimbang takut nanti terlanggar sesiapa.

“Eh! Kenapa dengan kereta ni? Tolonglah jangan buat hal time genting macam ni. Dah la malam, gelap pula tu. Please…”

“Kereta siapa pulak tu?” Afiqah mendekat. Lampu picit di tangannya dipegang kemas. Bersedia atas segala kemungkinan. Matanya meliar memandang ke kiri , kanan, depan, dan belakang. Bimbang kalau-kalau budak-budak nakal punya angkara. Sengaja menyakat.

Semakin lama, semakin dekat. Tak lama, dia sudah dapat mengecam seorang lelaki di situ. Tertunduk di hadapan bonet kereta. Ditelan asapnya sendiri.

“Encik buat apa kat sini sorang-sorang? Bahaya tau.”

“Taklah, saya…”

“Kamu berdua buat apa kat sini? Bergelap, berdua-duaan. Hah?!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience