BAB 6

Romance Completed 8164

“Baik, tuan.” Memikirkan kelaparan tuan yang juga suaminya, Afiqah berpendapat seeloknya baiklah jika dia menyediakan makanan malam dahulu. Lalu, dia berlalu ke dapur.

Usai sahaja dia meletakkan semua pinggan lauk di atas meja makan, Amyr masuk ke ruang makan. Beliau duduk di kerusi yang terletak di hujung meja. Kerusi yang akan diduduki oleh papanya jika beliau ada. Kerusi yang akan diduduki oleh datuknya jika datuknya ada. Dia memandang lauk-pauk yang terhidang. Mengambil bau dengan cara mengibas-ngibaskan haba yang masih muncul ke hidungnya. Afiqah kehairanan lalu menyapa.

“Tuan?”

Amyr, terasa ganjil dengan tindakan sendiri terus mengubah posisi duduknya. “Kau buat apa di sini?” Afiqah mengerutkan dahi.

“Saya hidangkan makanan, tuan. Tadi tuan juga yang suruh, kan?”

“Aku suruh kau kemaskan bilik.”

“Tapi tuan juga suruh saya hidangkan makanan.”

“Kau ni bodoh ke apa, ya? Bibik kan ada. Kau boleh saja suruh bibik yang siapkan makanan dan kau, kemaskan bilik. Itu pun tak boleh nak fikir kah?”

Afiqah menahan amarah yang mula terbit di hatinya. Apa yang tak kena dengan Hitler ni? Mengapa perangainya begitu menyakitkan hati aku? Siapa dia? Siapa? Oh, lupa. Dia suamiku. Afiqah menghela nafas pendek. Amyr yang sedang memerhatikannya diam dari tadi menjongketkan keningnya.

“Kau kenapa?”

“Tak ada apa-apa, tuan.”

“So?”

“So?”

“So tunggu apa lagi? Pergi kemaskan bilik aku sekarang!” Afiqah meneguk air liur. Tekaknya yang kering dibasahkan hanya dengan teriakan Hitler itu.

Pasu yang berisi bunga lili yang terletak di penjuru bilik dilap dengan kasar. Panas betul hatinya dengan perangai Amyr Afiq. Baginya Amyr Afiq hanya ingin memeras peluh dan keringatnya sahaja. Bukannya dia tak boleh upah pembantu rumah yang lain. Malahan, ramai lagi pekerja-pekerja asing yang sedang menunggu untuk diambil bekerja di Agensi Pembantu Rumah.

“Si Hitler tu, ikut perangai mamanya agaknya, kan? Suka marah-marah tak tentu pasal. Aku pun tak faham. Padahal, aku ini isterinya, bukan orang gaji. Aduhai…”

Amyr yang entah bila munculnya menyampuk. “Kau mengumpat aku, ya Lya?” Dengan mata yang terkebil-kebil terkejut dengan kehadiran mendadak Amyr, Afiqah tergagap sambil menjawab, “Ya? Mengumpat? Tak adalah, tuan. Bukan tak baikkah kalau kita mengumpat, ni? Berdosa.”

Amyr memandang Afiqah dengan pandangan mata yang tajam seperti helang yang sedang membidik sasaran dari jauh. Tanpa semena-mena, tubuh Afiqah yang genit itu dirapati. Semakin lama, semakin dekat sehingga Afiqah yang mengundur ketakutan, terduduk di atas katil.

“Aerr..tuan kenapa?”Lantas, Amyr berpaling dari wajah Afiqah dan menuju ke meja soleknya. Mencapai jam tangan jenama Rolex dan seberkas anak kunci kereta.

“Aku nak keluar. Jangan tunggu aku. Mungkin aku tak balik malam ni.” Lalu Amyr berlalu keluar dari kamar itu meninggalkan Afiqah keseorangan, kebingungan dengan tindakan spontan Amyr tadi.

“Dia ingat aku ini apa, yaa??”

“You tipu I, Am. You cakap nak kahwin dengan I. Tapi tengok sekarang?” Salina berpaling dari memandang Amyr. Marahnya belum reda sebenarnya. Ketika dia dan Puan Syarifah berkunjung ke rumah Amyr pada hari itu, dia sudah mula merasakan api cemburu yang membuak-buak. Namun ditahan sahaja demi menjaga air mukanya dihadapan Puan Syarifah.

“I tak pernah cakap yang I nak kahwin dengan you.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience