BAB 15

Romance Completed 8164

Sergah ketua kampung Buluh Betong. Dia bersama lima orang anak buahnya menyuluh-nyuluh wajah Afiqah dan Amyr.

“Maaf Tok Ketua, tapi saya yakin yang anak saya tak lakukan perkara tak bermoral macam tu. Tolong jangan tuduh dia bukan-bukan, tok.”

“Maaf, Minah. Tapi itulah kenyataannya. Aku dan anak-anak buah aku sendiri yang tangkap mereka berdua tu hah. Sedang berdua-duaan dalam gelap dekat simpang Kebun si Meon tu. ”

Puan Aminah menahan sebak. Afiqah dan pasangan khalwatnya masih belum dipandang. Dibiarkan sahaja di tangga tanpa disuruh masuk.

“Bagitahu mak, Iqah. Betul ke Iqah buat benda tak senonoh dengan orang muda tu tadi?” wajahnya ditundukkan saja. Tak mahu memandang si anak yang telah menconteng arang ke muka keluarganya.

“Iqah sumpah mak! Memang tak ada apa-apa. Iqah sampai je, tengok-tengok dah kena serbu. Diorang ni kena hasut ni, mak. Iqah tak buat benda-benda tak senonoh tu. Iqah masih waras mak. ”

“Macam ni la, Minah. Esok aku bawa Imam Hassan, kita kawinkan mereka tengahari esok. Kau pilihlah nak buat di mana. Di rumah, ataupun di surau.”

“Saya nak tengok lelaki tu, tok.”

“Leman, bawa anak muda tu ke atas!” Kedengaran Leman memberi arahan supaya Amyr dibawa ke atas rumah Puan Aminah sekeluarga.

“Ini dia, Mak Minah!” baju Amyr dipegang kemas sehingga membuatkan Amyr kehilangan nafas.

“Amyr?”

“Maaf, tuan. Saya tak ingatlah, yang kita sebenarnya suami isteri.” Afiqah menggosok batang lehernya. Malu dengan tindakannya tadi yang kelihatan sangat bersalah. Tambahan pula, dia sudah menangis dengan teresak-esak.

“Sekarang dah ingat?” Amyr menegur. Afiqah menunduk, tersenyum.

“Dah.”

Amyr memandang langit. Suasana pada malam itu sangat indah. Bulan yang memantulkan sinaran matahari seakan memancarkan cahaya itu ke arah mereka berdua.

“Lya..” Afiqah memandang Amyr, menunggu kata-kata seterusnya.

“Ikut aku balik KL?”

“Saya rasa tak kot, tuan.”

“Kenapa?”

“Dunia saya di sini. Saya tak biasa dengan hidup di KL. Ramai sangat orang. Bising. Saya tak suka.” Sekuntum senyuman terukir. Amyr yang dari tadi memandangnya terpana. Sesungguhnya, Afiqah kelihatan manis malam ini, bisik hati kecilnya.

“Salah tu, Lya”

“Hum? Apa yang salah, tuan?”

“Itu..” Afiqah mengerutkan dahinya. “Apa, tuan?”

Amyr merapatkan duduknya dengan Afiqah. Serapat yang mungkin. Lalu membawa bibirnya ke telinga Afiqah.

“Bukan tuan, tapi abang.”

Afiqah terkesima. Jantungnya berdegup kencang. Wajahnya terasa panas. Matanya langsung tidak memandang Amyr. Dia seperti berada di awang-awangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience