BAB 4

Romance Completed 8164

“Handsome? Bolehlah, not bad.”

“Not bad? Ai, dah terpikat dengan suami sendiri ke?”

“Tolonglah, Hashiras. Aku kalau boleh, tak nak ada kena-mengena pun dengan lelaki macam tu. Buang masa saja.” Afiqah menghempaskan badannya ke sofa empuk di ruang tamu banglo rumahnya. Hashiras meletakkan beg tangan Louis Vuittonnya di atas meja lalu duduk di sebelah Afiqah.

“Tak baiklah kau, ni. Itu suami kau. Jangan cakap bukan-bukan pasal dia. Berdosa kau.”

“Astaghfirullahal’azim… Aku pun tak faham dengan diri aku ni. Kenapa susah sangat nak terima dia dalam hidup aku. Mungkin sebab dia hanya anggap aku sebagai orang gaji di rumah ni agaknya. Jadi aku hanya menganggap dia sebagai tuan rumah.”

“Mungkin juga. Tapi, tak eloklah kalau kamu berdua masih macam ini lagi. Dah tiga bulan kahwin, sama saja.”

Afiqah mengjungkitkan bahunya tanda dia juga tidak tahu apa yang akan berlaku lagi selepas ini.

“Eh, Fuad macam mana?”

“Kau masak apa hari, ni?”

“Masak lemak cili api, ikan siakap empat rasa…”

“Empat rasa? Apa rasa yang keempat tu?”

“Pahit!” Berubah air wajah Amyr mendengarkan sahaja jawapan Afiqah. Dia bangun dan meluru ke arah Afiqah yang sedang berdiri di pintu dapur.

“Tak! Tuan, saya main-main saja. Memang siakap masak tiga rasa.” Afiqah tersengih takut. Fikirnya, tuannya itu akan menarik telinganya seperti kebiasaannya apabila Afiqah membuat kesalahan.

“Degil betul! Kalau aku rasa ikan siakap tu tak sedap, siap kau!”

“Yalah tuan, maaf.” Afiqah menunduk tanda mengalah. Kalau tidak memikirkan bahawa itu adalah suaminya, dia akan terus melawan lagi.

“Apa yang bising-bising di dapur ni?” Tiba-tiba Datin Syarifah muncul bersama seorang perempuan muda yang cantik lagi seksi. Terkejut Amyr dan Afiqah tatkala melihat wanita separuh abad itu muncul secara tiba-tiba di dapur banglo mereka.

“Mama! Mama buat apa kat sini?” ucap Amyr seraya menghulur tangan untuk bersalam diikuti oleh Afiqah.

“Hai, mama nak datang rumah anak sendiri pun tak boleh kah?”

Terasa bodoh dengan soalannya, Amyr membalas, “Tak, maksud Amyr, bila mama sampai?”

Datin Syarifah tidak terus menjawab. Beliau merenung tajam ke arah Afiqah. Afiqah hanya mampu membalas renungan itu dengan pandangan kosong.

“Mama nak cakap dengan kamu, kita jumpa di balkoni tingkat atas.”

“Apa maksud mama, ni? Amyr kan dah kahwin?”

“Itulah, datuk kamu, pandai-pandai saja berjanji. Mama pula baru tahu dan sudah terlanjur berjanji dengan Datin Maznah untuk kahwinkan kamu dengan Salina. Takkan mama nak mungkir janji pula? Bolehlah, kamu pujuklah Afiqah tu. Mama yakin dia sanggup bermadu.”

Amyr melepaskan pandangan ke wajah Salina. Gadis moden yang dibawa oleh mamanya. Gadis itu tersenyum menggoda membuatkan Amyr mengubah pandangannya.

“Amyr nak kahwin lagi?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience