BAB 13

Romance Completed 8164

“Tuan, bangun jom? Kita mandi. Tuan dah lama tak mandi kan? ” Afiqah menyelak selimut tebal yang menutupi tubuh Amyr saban hari.

“Mandi? Tak naklah! ” Amyr menolak. Dia tidak mahu Afiqah memandikannya. Dia cuma inginkan Salina. Hanya Salina.

Afiqah menjawab tolakan Amyr dengan ketawa sinis. “Saya tak tahu pula yang tuan ni jenis yang susah nak mandi?”

“Kau cakap apa? Aku? Susah nak mandi? ” Afiqah menjongketkan bahunya. Amyr bengang. ‘Ada ke patut dia cakap aku ni jenis yang susah mandi? Dia ingat aku ni apa? Kambing?’

“Hoi! Sejuklah! Kau ni tak reti-reti nak mandikan aku dengan air hangat ke? Pagi-pagi subuh macam ni digunanya air paip. Kau nak aku mati kesejukan ke apa?” marah Amyr. Afiqah tersengih. Ya tak ya, jugak. Amyr ini anak Bandar. Bukan kebiasaannya untuk mandi dengan air paip pagi-pagi sebegini. Lainlah Afiqah yang sudah terbiasa mandi dengan air telaga di kampungnya.

“Hehe, maaf tuan. Tapi tuan, mak saya cakap, mandi pagi ni bagus untuk kesihatan. Nak-nak lagi air sejuk macam ni. Banyak khasiatnya tau, tuan!” Tangannya menggosok badan Amyr dengan sehelai tuala basahan. Amyr mencebik. ‘Entah betul, entah tidak mak yang cakap macam tu. Jangan-jangan kata-katanya sendiri. Huh!’

“Amyr accident? So , how is he right now?”

“Bila Puan Salina dah balik nanti, dia pula yang akan jaga tuan. Jadi tuan dah tak payah nak susah-susah naik darah setiap pagi lagi macam sekarang ni. Ye, tuan?” Sekuntum senyuman diberikan kepada Amyr tatkala Afiqah selesai menuturkan ayat itu.

Amyr terdiam. Kenapa dia tiba-tiba merasa sebak? Dadanya seperti ditusuk sesuatu yang sangat halus lagi tajam. Dia langsung tidak mengerti. Salina akan pulang esok, sepatutnya perasaan gembira dan tak sabar yang sedang bermain di hati dan mindanya, bukan perasaan galau seperti ini.

“Tuan? Makan?”

Afiqah tersengih sendiri. Amyr makan dengan berselera tadi. Pagi tadi pun dia tak banyak bunyi untuk mandi dan memakai baju. Menurut saja seperti anak kecil.

“Kan bagus kalau dia macam tu saja dari awal? Baik dan menurut saja. Aku ni taklah jadi babysitter yang garang. Hahaha. Comel betul!”

“Oh ya, esok Puan Salina dah sampai KLIA. Aku kena call Pak Darus untuk ambil Puan di airport.”

“Oh, darling! My poor darling… How are you my baby?” Salina mengusap-ngusap pipi Amyr Afiq. Amyr hanya memandang kosong ke wajah Salina. Afiqah yang berada di luar bilik mereka mendengar setiap tutur kata Salina. Hatinya tiba-tiba sebak. Afiqah mengurut-ngurut dadanya.

“Kenapa dengan aku ni?”

“Sayang, you kenapa ni? Moody je I tengok sejak I balik. You tak suka I balik, ye?”

Amyr tidak terus menjawab. Dia lebih memilih untuk diam. Benar sudah seminggu Salina pulang dan seminggu itulah Amyr tidak merasakan sesuatu yang dia rasa selama beberapa minggu yang lalu. Dan selama seminggu inilah, dia langsung tidak nampak kelibat Alyaa Afiqah.

“I tak ada mood la, Sal. You know, I’m sick.”

“But I thought that you miss me? I mean, missing me so much when I were in Milan. What happened to you now?”

Amyr melepaskan keluhan. Dia sendiri tidak pasti. Yang pasti, hanyalah kekosong itu semakin lama semakin menyelubunginya saban hari. Walaupun dengan kehadiran Salina di sisinya.

“I tak nak. Tak selera.”

“You, makan la sikit. Perut kosong kan?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience