BAB 3

Romance Completed 8164

Berkahwin dengan orang lain. Berkahwin dengan orang selain Fuad. Afiqah menunduk. Ada air jernih menitis di jemari runcingnya.

“Baiklah, mak. Iqah setuju.” Ujar Afiqah dalam sedu-sedan. Puan Aminah sebak memandang anak gadisnya. Menghampiri lalu dipeluknya tubuk genit itu.

“Maafkan kami, nak. Maafkan mak, maafkan ayah, maafkan atuk, Iqah.”

Majlis perkahwinan antara Afiqah dan Amyr berlangsung meriah. Kaum kerabat membanjiri villa mewah kepunyaaan keluarga Datuk Mukhriz. Warna tema putih keperakan menjadi pilihan mereka berdua. Di atas pelamin, Afiqah termenung sendiri. Sambil mengukirkan senyuman palsu lagi menyakitkan kepada hadirin. Hashiras yang berdiri di sebelahnya sebagai pengapit dipandang sayu. Sesekali Hashiras mengelap cairan peluh yang menitik di dahi Afiqah.

“Sabar, Lya. Mungkin ada hikmahnya di sebalik semua yang berlaku ni. Jangan mudah menyalahkan takdir.”

“Maksud kau? Takdir aku memang macam ni? Berakhir dalam kehidupan yang penuh kepura-puraan ni?” Afiqah menyoal kembali. Dia begitu kecewa memikirkan kehidupan yang bakal berakhir di banglo mewah tetapi ibarat penjara hidup.

“Astaghfirullah’azim, istighfar, Lya! Bukan ini caranya kau nak luahkan kekecewaan kau. Banyak lagi cara lain. Ingat Allah, Lya!” sergah Hashiras apabila Afiqah mula berkata-kata di luar batasan. Afiqah beristighfar panjang. Nafasnya ditarik lalu dihembus perlahan-lahan. Hashiras benar. Dia tidak sepatutnya berkata begitu. Ini ujian Allah kepadanya. Dia harus reda, malah bersyukur sebagai hambaNya yang disayangi.

“Tadi aku nampak Fuad.” Setelah lama menyepi Afiqah bersuara memecah kesunyian di kamar pengantinnya.

“Kau jemput dia?”

“Taklah! Takkanlah aku sekejam tu. Aku tahu, Lya. Fuad pun menaruh hati pada kau. Cuma bibirnya sahaja berat untuk meluahkan.”

“Jadi siapa yang jemput dia?”

“Fuad!” Fuad lantas berpaling. Amyr sedang menuju ke arahnya. Tanpa rela, senyuman palsu diukir indah. Diukir untuk sahabat terbaiknya yang menjadi pengantin pada hari itu.

“Hei, bro! Dah nak balik, ke? Lepaklah dulu. Kita coffing-coffing dulu.” Sapa Amyr Afiq kepada sepupunya yang merupakan sahabat yang paling disayangi dari kecil sehingga kini. Fuad tersenyum. Menggeleng. Perangai Amyr memang tidak pernah berubah. Sejak dari zaman belajar dahulu, hingga kini. Sikap suka melepaknya masih tebal dalam diri.

“Aku kena balik. Kerja sedang menunggu di pejabat. Kau tak apalah, newlywed!” sindir Fuad sambil menyiku lengan Amyr. “Hahaha… Pandailah kau newlywed, ye? Aku bukan pergi honeymoon pun. Esok aku masuklah office. Jangan risau.” Fuad mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti.

“Bibik! Kenalkan, ini Alyaa. Dia akan kerja sekali dengan bibik mulai hari ini.”

Afiqah tercengang mendengar kata-kata daripada suaminya. Kerja? Jadi orang gaji? Sudahlah aku disuruh berhenti dari kerja di pejabat, sekarang, disuruh jadi orang gaji pula?

“Saya? Orang gaji?”

“Yalah, kenapa? Tak puas hati? Kalau tak, kau boleh keluar dari rumah ni. Aku pun tak pernah mengalukan kedatangan kau, perempuan kampung!” sindir Amyr Afiq. Afiqah memandang tidak percaya. Rupa-rupanya wajah yang kelihatan suci di hadapan tok kadi, melafazkan akad menandakan mereka telah diijabkabulkn tadi bukanlah seperti yang diharapkan. Malah, orangnya lebih teruk!

“Lagi, jangan panggil aku abang. Aku tak suka jadi suami kau, apatah lagi suka pada kau. Sebagai orang gaji, kau boleh panggil aku tuan. Tapi ingat, di depan papa, mama, ibu kau dan di depan ahli keluarga yang lain, kau boleh panggil aku abang dan jangan sampai mereka tahu yang kau sebenarnya bekerja di rumah ini. Faham?”

Seperti lembu yang dicucuk hidungnya, Afiqah mengangguk faham. Amyr berlalu menaiki tingkat atas. Afiqah hanya menghantar suaminya dengan pandangan kosong. Marah tidak, sedih tidak. Suka tidak, jauh sekali cinta. Dia langsung tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap suaminya. Baginya, lelaki bernama Amyr Afiq itu merupakan seorang Hitler yang perlu ditumbangkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience